Pakej Haji Swasta Bersama MKM Ticketing Travel & Tours

Hukum mengerjakan ibadah haji dan adalah wajib dikerjakan sekali seumur hidup bagi mereka yang berkemampuan. Seandainya dah berdaftar dengan Tabung Haji (TH), tunggu sajalah sehingga sampai giliran. InsyaAllah ada rezeki dapat menunaikan haji yang dikendalikan sepenuhnya oleh TH. Namun ada juga pilihan lain sekiranya berkemampuan. Yelah, tempoh menunggu giliran haji ni bukan sekejap, bertahun-tahun lamanya.

Dah daftar haji ke belum? Tak kiralah nak pergi dengan TH ke atau dengan pakej haji swasta. Yang penting kena daftar haji dulu ye dengan TH.

Masa usia muda dan bertenaga tak dapat pula panggilan haji. Bila dah jadi warga emas dugaan pula dengan sakit tua. Jadi kalau berkemampuan dari segi wang ringgit apa salahnya tunaikan haji melalui pakej-pakej haji yang lain. 

Kalau nak tahu, ada pakej haji yang dikendalikan oleh anak syarikat TH dengan pengawasan TH dan Mashariq iaitu Pakej Haji TH Travel & Services Sdn. Bhd (THTS).

Selain itu, ada juga Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dikendalikan oleh PJH dengan pengawasan TH dan Mashariq. (melalui Agensi Pelancongan Bumiputra Muslim yang dilesenkan oleh TH).


Pakej Haji Swasta

Pakej Haji Swasta 2025



Bagi mereka yang menginginkan pengalaman yang lebih eksklusif dan peribadi, pakej haji swasta merupakan pilihan ideal. Sudah tentu pakej swasta menawarkan lebih banyak fleksibiliti, kemudahan lebih peribadi dan perhatian yang lebih kepada setiap jemaah. 

Kumpulan jemaah yang lebih kecil semestinya akan memberikan keselesaan dan dapat berinteraksi dengan lebih banyak dengan mutawwif . 

Kebanyakan mereka yang memilih menunaikan haji dengan pakej haji swasta ni adalah untuk mengelakkan kesesakan dan mencari pengalaman yang lebih tenang dan mendalam.  Mereka memilih untuk lebih privasi bermula dari penginapan, pengangkutan hingga ke ibadah itu sendiri.


MKM Ticketing Travel & Tours

MKM Travel & Tours merupakan sebuah syarikat 100% milikan bumiputera  yang menyediakan pelbagai pakej perjalanan yang berkualiti tinggi, termasuk pakej haji swasta yang dirancang khas untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya. 

MKM mempunyai lesen haji dan merupakan PJH yang sah di bawah TH. Selain itu, MKM juga berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). 

MKM berpengalaman lebih 13 tahun dalam menguruskan jemaah haji dan umrah. Telah menguruskan lebih 100 ribu jemaah haji dan umrah dan rata-rata jemaah berpuas hati dengan khimat yang disediakan.

Pakj Haji Premium
Antara barisan mutawif berpengalaman di MKN Ticketing Travel & Tours


MKM juga mempunyai barisan mutawif yang berpengalaman dalam menguruskan perjalanan umrah dan haji dan sentiasa memastikan jemaah mendapat perkhidmatan terbaik. 


Pakej Haji Yang Disediakan oleh MKM Ticketing Travel & Tours

Berikut adalah beberapa pakej haji yang ditawarkan oleh MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd:

- Pakej Salam
- Pakej Menara Jam
- Pakej Safa
- Pakej Firdaus

Nak pilih pakej haji yang mana? Pemilihan pakej sebenarnya bergantung kepada keperluan dan kehendak masing-masing. 

Pakej Haji Swasta

1) Pakej Salam 

Pakej Salam merupakan pakej haji asas yang ditawarkan oleh MKM tetapi masih lagi pakej yang komprehensif dan lengkap untuk mereka yang ingin menunaikan haji dengan kos yang lebih rendah tetapi tetap memastikan segala keperluan ibadah dipenuhi. 

Tempoh perjalanan adalah selama +/- 40 hari. Menawarkan penginapan di: 

  - Mina: Khemah Muassasah (Muassim)
  - Mekah: Rayannah Hotel (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)
  - Madinah: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

2) Pakej Menara Jam 

Tempoh perjalanan adalah selama +/- 40 hari. Menawarkan penginapan di: 

  - Aziziyah: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
  - Mekah: Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
  - Madinah: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

Jika anda ingin sesuatu yang lebih ikonik atau simbolik, Pakej Menara Jam mungkin memberikan pengalaman yang lebih menarik dari segi lokasi dan tema, yang boleh memberi pemandangan atau suasana yang unik.

3) Pakej Safa

Pakej Safa mungkin lebih sesuai jika anda mencari keselesaan dan kemewahan. Ini mungkin menekankan pada perkhidmatan premium dan kualiti yang lebih tinggi.

Tempoh perjalanan adalah selama +/- 20 hari. Menawarkan penginapan di:

  - Aziziyah: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
  - Mekah: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
  - Madinah: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)

4) Pakej Firdaus

Pakej Firdaus menawarkan pakej haji premium semestinya memberikan pengalaman yang lebih istimewa. Jika anda ingin sesuatu yang lebih eksklusif atau luar biasa, pakej ini adalah pilihan terbaik.

Tempoh perjalanan adalah selama +/- 18 hari. Menawarkan penginapan di:

  - Aziziyah: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
  - Mekah: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
  - Madinah: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
  • Penerbangan Business Class - (tertakluk kepada kelulusan TH)
  • Airport Khas (Ketika ketibaan di Saudi)
  • Premium Lounge
  • GMC & Bas VVIP
  • Khemah VIP Mina (PMN)

Kelebihan Pakej Haji Swasta Bersama MKM Travel

PJH Tabung Haji

Antara kelebihan sekiranya memilih menunaikan ibadah haji melalui pakej haji swasta:

  1. Umrah - Jemaah dibawa ke Miqatbagi umrah tambahan ketika ziarah
  2. Hotel - Jarak dekat ke masjid, mempunyai ruang legar, dewan makan dan Pejabat Urusan.
  3. Kargo - Perkhidmatan kargo disediakan do hotel Mekah dan Madinah
  4. Takaful - Pelan Perlindungan Takaful Berkelompok
  5. Kursus Haji - Kursus haji intensif di tanah Air dan ulangkaji di tanah suci. Kursus secara online juga disediakan.
  6. Sajian Makanan - Masakan secara buffet Asia 3 kali sehari di Mekah dan Madinah.
  7. Pelbagai barangan hadiah haji  
MKM Ticketing Travel & Tours


Pakej Haji 2025


Untuk mereka yang mencari pakej haji swasta 2025, segeralah hubungi MKM Ticketing Travel & Tours kerana tawaran dan slot amat terhad.

Layari laman web MKM Ticketing untuk mengetahui harga untuk setiap pakej atau boleh hubungi mereka di:

MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, 
Bandar Pinggiran Subang, 
40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon : 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079
E-mel : haji@mkm.my
Pakej Haji : https://haji.mkm.my/
Laman Web : http://www.mkm.my/






Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post