Assalamualaikum semua... Fuhh...datang seru apa la agaknya ni tiba-tiba rasa nak berceloteh di blog. Selamat Tahun Baru 2025. Selamat carry foward azam tahun lepas ke tahun baru dan ucapan selamat juga kepada mereka yang ada azam baru. Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan.
UPKK 2024
Ujian bertulis bagi UPKK 2024 telah bermula pada 6 Januari 2025 dan berakhir pada 9 Januari 2025. Ini pengalaman kali kedua Yaya anak-anak exam UPKK. Alhamdulillah abang Wafiq dulu dapat 8A UPKK.
Tapi tahun ni debaran lain macam.
Batch adik Wazif merupakan batch pertama yang akan berjuang untuk 9A UPKK. Tiada tambahan mata pelajaran tetapi untuk Ulum Syariah tetapi telah dipecahkan kepada dua mata pelajaran iaitu Ibadah dan Akidah.
Batch 2024 ni juga lah menjadi pelopor sukatan terkini matapalajaran UPKK. Semua pelajar belajar menggunakan buku teks yang dibeli dari Jakim. Yaya rasa sukatan kali ni lebih mencabar dari yang lama.
Selamat berjuang untuk semua calon-calon UPKK 2024.
Wazif dan UPKK 2024
Perjalanan sepanjang menuju ke tarikh akhir peperiksaan tidaklah mudah. Yaya menyaksikan bagaimana Wazif berusaha belajar. Dia bukanlah peljar paling top tapi tidaklah kategori pelajar lemah. masih perlu berusaha keras kalau nak 9A UPKK.
Wazif ikut semua kelas yang Yaya dah daftarkan untuk dia. Sehingga malam peperiksaan pun masih lagi join kelas percuma Ustazah Azizah. Tak pernah berkata tidak kalau diingatkan untuk ulangkaji pelajaran.
Percubaan UPKK Wazif dapat semua A. Exam betul ni harapnya semua ok. Apa-apa keputusan pun ibu dah bersedia dan InsyaAllah ibu redho. Sekurang-kurangnya Yaya tahu dia dah berusaha.
Dulu, nenek macam ni lah Wazif, tak pernah marah ibu. Sekalipun tak pernah. Ibu bawa balik apa-apa result pun nenek cooolll je. Nenek kata, bukan nenek tak nampak ibu belajar, cuma result yang super cemerlang belum berpihak. Belum ada rezeki.
Jadual UPKK 2024 |
gambar sebelum exam hari pertama |
gambar sebelum exam hari pertama |
Hari Terakhir Exam UPKK 2024
Tak sabar nak merdeka kononnya. Padahal petang ni exam Bahasa Arab, paper yang paling digeruni. Dekat jam 3 petang mula lah berombak dada ibu tak senang duduk. Membayangkan anak di dewan peperiksaan. Tak berhenti berdoa dan berzikir agar semuanya dipermudahkan.
Amboi anak ibu..beratur depan sekali. Semangat sungguh ni nak jawab exam bahasa Arab hari ni. Setakat ni katanya paper Adab dan Jawi ada sikit je soalan susah dan mengelirukan. Subjek lain semua senang katanya. harap-harap Bahasa Arab pun senang dan adik dapat jawab dengan baik.
bergambar kenangan dulu sebelum masuk exam sebentar tadi. |
Ok la...dah habis jawab exam dah ni..dah merdeka! InsyaAllah cemerlang result Wazif dan kawan-kawan. Yaya nak jemput Wazif balik sekolah pulak. Minggu depan seminggu je lagi sekolah sebelum cuti sebulan. Banyak dah ni rancangan dia. Dah berpakat dengan kawan-kawan sewa padang, sewa court nak main bola, futsal dan badminton jugak.