Setiap Selasa merupakan hari perjumpaan Ko Kurikulum untuk sekolah Wazif. Jadi hari ni pakai baju t-shirt BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia). Nak taip BSMM pun hampir tertukar dah dengan PBSM (Pertubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia). Dulu-dulu kan kependekan kita sebut PBSM. Sekarang anak-anak dah sebut BSMM.
Bukan kependekan nama je bertukar, t-shirt pun dah bertukar reka bentuk. Nampak lebih menarik!
Masa Wafiq join PBSM dulu, Yaya ada buat entri mengenai kelengkapan full uniform PBSM siap dengan harga. Tak lama tu, Wafiq balik bercerita, "ibu, kawan abang kata, mak dia nampak abang kat internet".. internet gitu..haha..glemer terus abang Wafiq. 3 4 orang juga yang bagi tahu nampak muka dia kat internet.. Haha.. adoii..
T-shirt BSMM
Baju lama T-shirt BSMM |
Baju T-shirt BSMM dengan reka bentuk baru. |
Reka bentuk t-shirt BSMM yang baru
Korang kalau nak beli baju t-shirts BSMM yang terbaru ni, jangan salah beli pulak. Ada 3 pilihan. Yaya tak ada contoh gambar tapi korang Google je lah. Kalau tengok pada gambar di atas, Wazif pakai tu ada jalur biru.
1) Jalur biru - untuk ahli kadet BSMM sekolah rendah
2) Jalur hijau - untuk ahli kadet BSMM sekolah menengah
3) Jalur kelabu - untuk ahli kadet BSMM dewasa / guru
Wajib ke pakai t-shirt BSMM design baru ?
Kalau diikutkan pelajar yang berada di tahun 5 dan 6 tidak diwajibkan memakai t-shirt BSMM yang baru ni. Kalau dah ada baju yang lama tu pakai je yang lama. Pelajar tahun 4 ok la boleh dapatkan yang baru.
sebelum ni Wazif pakai baju t-shirt BSMM kepunyaan abang Wafiq. Masih kelihatan seperti baru. Sebab Wafiq pakai baju tu pun sekali je. Dia lagi suka pakai full uniform BSMM. Nampak hensem bergaya kata dia. Haha. Ibu ni hah yang gerun nak menyental baju serba putih tu.
Tapi bila dah t-shirt dah tukar design baru, Yaya belikan juga sehelai untuk Wazif. Ikutkan macam tak nak beli dah. Tapi bila fikir-fikir semula, ada pertandingan berkumpulan yang Wazif masuk sebelum ni, bila baju tak sama memang nampak tak seragam. Cikgu memang tak komen apa, tak minta belikan baju yang baru. Tapi bila tengok gambar-gambar pertandingan, eh..baju siapa pulak cikgu bagi Wazif pakai ni?
Tak apa lah..ibu belikan je lah yang baru. Lagi pula ada setahun lagi di sekolah rendah. Berbaloi lah tu beli dengan harga lebih kurang RM35. Hihi.
T-Shirt BSMM baru dengan material jenis Microfiber Interlock
Ini yang paling best mengenai t-shirt yang baru ni. Kalau yang lama menggunakan material jenis kain cotton tapi yang baru ni menggunakan microfiber interlock.
Kebiasaannya orang buat baju jersi sublimation tu guna material microfiber ni lah. Antara kelebihan microfiber semestinya mudah untuk dicuci dan warna printing sublimation tu tak mudah luntur sebab dakwat meresap ke dalam benang, bukan diatas kain.
Material microfiber ni kalau basuh pun cepat kering Kalau kena cuaca, sidai dalam rumah pun dah boleh kering.
Tekstur jersi sublimation microfiber ni tak mudah kembang atau memeri. Kain jenis “stretchable” tapi kuat dan tahan lasak. Sebab tu banyak aktiviti sukan guna kain jenis ni. Lebih selesa dan tak risau nak beraktiviti.
Tekstur jersi sublimation microfiber ni tak mudah kembang atau memeri. Kain jenis “stretchable” tapi kuat dan tahan lasak. Sebab tu banyak aktiviti sukan guna kain jenis ni. Lebih selesa dan tak risau nak beraktiviti.
.
Bergaya dengan full uniform BSMM. |
Wazif ni kalau boleh elak, memang dia mengelak dari pakai full uniform. Panas katanya. Berbeza sungguh dengan abang Wafiq dia masa sekolah rendah dulu.
Tapi yang pasti sama, dua-dua anak ibu nama kena masuk PBSM.. Hihi.