Busuk-busuk bunga tahi ayam, dipandang tetap cantik. Dah bunyi macam peribahasa pula tajuk entri kali ni. Kebetulan pergi makan-makan ikan celup tepung di Firdausy Seafood Corner. Ternampak pokok bunga tahi ayam dekat tempat parking kereta. Cantik pula tengok bila lebat berbunga. Terus ambil gambar Rasanya green flags person Yaya ni. Haha.. Individu yang dikatakan green flags ni akan menghargai perkara kecil yang indah di sekitar mereka. Hargai orang ke, pokok ke.. Sifat yang berlawanan dengan ciri-ciri red flags. Kiranya green flags ni semua tanda-tanda yang baik-baik je ada pada mereka. Ok done masuk lift tekan sendiri.
Berbalik pada kisah bunga tahi ayam...
Yaya pernah tengok dalam buku teks sains anak, pasal bunga tahi ayam ni lah. Rupa-rupanya bau busuk pada bunga tahi ayam ni mampu menghalau nyamuk. Nyamuk tak suka dengan bauan pada pokok ni dan tak akan mendekat. Itu lah antara sebab yaya ajak anak pergi dekat dengan rimbunan pokok ni, tengok depan-depan bukan baca dari buku je.
Bunga Tahi Ayam @ Lantana Camara |
Tapi.. bau bunga tu taklah busuk sangat..cuma tak adalah ada bau harum. Tapi kenapa nama tahi ayam?
Nama "tahi ayam" merujuk pada bau atau aroma khas yang dihasilkan oleh tanaman ini ketika daunnya rosak atau dipatahkan, yang sering kali dianggap sama dengan bau kotoran ayam. Bau busuk ini biasanya lebih kuat pada daun-daun yang hancur atau bunga yang telah mati. Pada tanaman yang masih segar, baunya tidak begitu kuat, tetapi menjadi lebih busuk pada daun atau bunga yang telah gugur terurai di tanah.
Patutlah hidu tak berapa nak busuk. Dari Yaya kecil lagi bila hidu mesti berkerut dahi, bukan sebab busuk tapi fikir kat mana busuknya. Hahha..Mujur zaman now ada google boleh tanya. Dulu setuju paksa je la bila kawan-kawan sepermainan kata busuk. Haha.
Walaupun Lantana camara dikenali kerana keindahan bunganya yang cerah dan warna-warni, tanaman ini mempunyai banyak kesan buruk, terutama sebagai tanaman invasif yang dapat mengganggu ekosistem alami dan menyebabkan masalah bagi haiwan ternakan, pertanian, serta kesihatan manusia.
Pulak dah.. Pokok beracun la pulak, bahaya kalau ada bela haiwan ternakan dan alergik kepada manusia.Tak jadi lah nak tanam..haha.
Betul tu.
ردحذفMasa kami sampai di Airport Katmandhu di Nepal, kami disambut dengan kalungan bunga tahi ayam. Senyum-senyum bila terkenang semula.