Sarapan Nasi Kerabu Warisan Nusantara, Kenyang Sampai Ke Petang

Setiap hari Selasa kebiasaannya akan sarapan berat sebab bestie akan ajak sarapan sama-sama. Hari ini tempat dituju kedai Nasi Kerabu Warisan Nusantara yang terletak di Jalan Ibrahim, Bukit Besar. Memang sedap nasi kerabu kat sini. Lokasinya tak jauh pun dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kalau korang datang berkunjung di Kuala Terengganu dan menginap di Paya Bunga Hotel, masa yang diambil untuk sampai ke sini cuma lebih kurang 10 minit menaiki kereta. Sekadar contoh..haha.

Memang berbaloi makan kat sini sebab nasi kerabu memang sedap. Bukan nasi kerabu je ada, korang kalau nak makan sup-sup pun ada tapi Yaya tak pernah cuba. Untuk nasi kerabu ada pelbagai pilihan lauk. Ayam bakar, daging bakar, ikan celup tepung, solok lada, jeruk bawang putih dan telur masin. Pilih la gabungan macam mana korang nak.

Macam Yaya, ayam bakar dan telur masin dah cukup. Telur masin ni kan, kalau tak ambil rasa macam tak lengkap. Makan nasi kerabu mesti nak kena ada juga telur masin sebelah.


Nasi Kerabu Warisan Nusantara
Just the perfect day to eat Rice to Wednesday on Tuesday. Haha.


Campuran sambal-sambal pun cukup rasa. Dan ini juga, keropok keping wajib ada. Di sesetengah gerai yang jual nasi kerabu siap bungkus tu, memang akan diberi juga keropok keping ni. Siapa la yang mula-mula padankan keropok keping bersama-sama nasi kerabu ni? Tapi memang padanan yang padu, menjadi!


Satu bekas keropok ikan cuma RM3.00.



Nasi satu pinggan tu banyak betul. Makan pagi tadi jam 8.30 pagi, ni dah jam 4 petang pun kenyang lagi. 

Korang datang Kuala Terengganu, boleh tuju bersarapan di sini. Yaya sebagai anak Terengganu approved kedai nasi kerabu ni antara yang tersedap. Sebelah kedai ni ada kedai nasi dagang yang sedap juga. Bagi yaya nasi dagang kat sini lagi sedap dari yang viral, yang orang luar kata sedap sangat tu. Ye lah citarasa tak sama kan, kita raikan saja. Kalau nak makan nasi kerabu dan nasi dagang jangan datang hari Selasa, kedai nasi dagang tutup.

Jadi, total hangus untuk 2 pinggan nasi kerabu sama lauk + 2 teh O ais + keropok = RM 23.00


Nasi Kerabu Warisan Nusantara
Waktu operasi : Setiap Hari (7.30 pagi - 12.30 tengah hari)



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post