Yaya ni bukan guru. Guru akademik pun sekadar part time je. Itu pun ajar anak sendiri. Hahaha. Ajar anak sendiri pun sikit lagi nak transform jadi harimau jadian.
Cikgu Fadli ni Yaya rasa ramai ibu bapa kenal. Di kalangan pendidik, JPN, PPD, KPM lagi la. Famous betul cikgu ni. Famous sebab berani utarakan pandangan. Dia antara yang berjuang untuk pendidikan anak-anak kita.
Tapi kali ni Yaya nak kongsikan pandangan beliau. Mengenai prinsip yang dipegang dalam memberi ilmu. Sebelum ni pernah lah yaya bercakap dengan kawan-kawan pasal kelas berbayar eksklusif yang dibuat oleh sesetengah guru.
Kelas ekslusif katanya, bahan-bahan yang diberikan ekslusif, teknik-teknik khas. Yaya tak kisah kalau dia guru tuisyen. Tapi kalau dia juga guru yang mengajar di sekolah tapi pada masa yang sama buat kelas berbayar. Dalam kelas tu pula, semua benda pun eksklusif. Belah pagi kau mengajar budak yang sama, hujung minggu kelas berbayar budak yang sama juga join. Guru yang sama tapi ilmu yang ekslusif. Nota yang lagi menarik, teknik-teknik rahsia, teknik mudah hafal, formula yang senang difahami semua diberi. Yang tak mampu nak bayar kelas berbayar ni macam mana?
Tak ada masalah kalau cikgu buat kelas berbayar. Kita pun faham masa yang telah diluangkan. Ilmu tu mahal dan adakalanya jangan berangan nak dapat secara percuma. Tapi bila melibatkan seorang guru dengan ilmu eksklusif, tak mampu lah Yaya nak berhusnuzon.
Anak-anak Yaya pun ada juga daftar tuisyen online sebab Yaya malas nak drive menghantar sana-sini. Ada pelajar sekali cikgu ajar dah faham, ada yang masa cikgu ajar kata faham tapi bila peperiksaan hancusss. Ada pelajar kena belajar banyak kali. Diajar sekali dalam kelas tak faham. Yang macam ni lah ibu bapa cari kelas tambahan untuk belajar lagi sekali. Biar lebih faham. Tak kan nak suruh cikgu ajar anak dia sorang. Sekarang ni lagi la, dengan sekolah rendah tak ada exam besar, tak adanya cikgu nak buat kelas tambahan.
Cikgu nak buat kelas berbayar? Silakan, tak ada masalah.
Berbayar untuk masa dan tenaga cikgu. Berbayar sebab bilangan pelajar yang terhad, suasana lebih selesa nak bandingkan kelas yang padat di sekolah. Berbayar bila cikgu boleh approach sorang-sorang pelajar yang lemah. Berbayar bila cikgu pun ada benda nak kena bayar, bahan untuk dicetak, bil internet, bil elektrik, sewa tempat, nak bayar langganan Zoom Pro lagi kalau kelas online.
Tapi yang jadi tak kena bila berbayar sebab ilmu yang diberikan dikatakan eksklusif. Ilmu yang berbeza-beza. Di sekolah lain, di kelas berbayar ada ilmu tambahan. Sangat-sangat kesian kepada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang kemampuan kewangan untuk dapatkan ilmu eksklusif.
Apa lah agaknya faktor yang diambil kira yang 'membenarkan' seorang guru di sekolah memberikan ilmu yang berbeza-beza kepada pelajar. Sila komen bagi tahu Yaya sebab tak ada satu pun yang terlintas dalam benak fikiran Yaya buat masa ni.
Mana lah tahu 'faktor' itu boleh buat Yaya berfikir lebih dalam dan mengubah pandangan. Tapi Yaya percaya kalau ada pun guru yang memberi ilmu secara tidak adil adil ni bilangannya sangat kecil. Ramai lagi guru-guru hebat yang boleh boleh kita sanjung dan muliakan.
Apa-apa pun ini pandangan Yaya, tidak mewakili mana-mana pihak.
guru ni antara kerjaya yang sangat mulia kerana ilmu yang di sampaikan akan di manfaatkan oleh anak didik mereka sepanjang hayat, tapi jaminan nya adalah keikhlasan lah dalam mendidik, hanya mereka yang tahu tahap mana mereka ikhlas dalam mendidik anak-anak atau sandaran pada lain.. kan Yaya
ردحذفcikgu fadli dah letak jawatan.. sayang betul. beliay patut duduk lebih lama biar bergegar yang tak buat kerja dalam tu
ردحذف