Sarapan Laksam di NDAT Cawangan Bandar

Lama sunguh tak makan laksam. Selalu je nampak atas meja warung ada laksam yang dah siap dibungkus. Tapi tak teringin pula nak beli. Dah selalu makan jadi memang nampak biasa-biasa je laksam ni.

Sampai la tengok youtube About Sastra. Mereka datang Terengganu jalan-jalan. Ada satu video tu tergugat betul tengok mereka pekena laksam. Tak pasti mereka makan di kedai mana. Tapi pagi ni Yaya sarapan laksam di kedai Nasi Dagang Atas Tol cawangan Bandar, kedai ni berhadapan dengan bangunan Paya Bunga Square (PB Square).

Kalau yang belum pernah tengok channel About Sastra, boleh la tengok kat youtube. Yaya follow dari hostnya cuma Cikgu Sastra..selepas tu Miss Tika join sekali. Kemudian jadi trio selepas Mr Asiz join. Mereka bertiga ni cikgu dari Indonesia. Best juga layan, awal-awal dulu banyak video reaction.  Dah beberapa kali juga mereka datang Malaysia. Ini kunjungan kali pertama ke Terengganu.

Laksam Terengganu

Laksam ni makanan tradisional Terengganu. Walaupun dah selalu sangat Yaya makan laksam, ini lah kali pertama Yaya makan laksam yang kuahnya sangat pekat. Terkejut juga mula-mula tu, orang Terengganu sendiri pun terkejut weh. Biasa laksam yang siap bungkus tu kuah santan cair sikit. Yang ini isi ikan dalam kuah memang padu. 

Kuah yang pekat dan penuh rasa. Terbaik!
 

Laksam

Wajib ada taugeh, hirisan kacang panjang, daun kesum, timun dan kubis. Limau nipis tu Yaya tak perah pun, tak biasa pula makan laksam dengan perahan limau. Tapi cili boh dengan belacan tu wajib gaul sekali. Baru la kick!



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post