Lama sunguh tak makan laksam. Selalu je nampak atas meja warung ada laksam yang dah siap dibungkus. Tapi tak teringin pula nak beli. Dah selalu makan jadi memang nampak biasa-biasa je laksam ni.
Sampai la tengok youtube About Sastra. Mereka datang Terengganu jalan-jalan. Ada satu video tu tergugat betul tengok mereka pekena laksam. Tak pasti mereka makan di kedai mana. Tapi pagi ni Yaya sarapan laksam di kedai Nasi Dagang Atas Tol cawangan Bandar, kedai ni berhadapan dengan bangunan Paya Bunga Square (PB Square).
Kalau yang belum pernah tengok channel About Sastra, boleh la tengok kat youtube. Yaya follow dari hostnya cuma Cikgu Sastra..selepas tu Miss Tika join sekali. Kemudian jadi trio selepas Mr Asiz join. Mereka bertiga ni cikgu dari Indonesia. Best juga layan, awal-awal dulu banyak video reaction. Dah beberapa kali juga mereka datang Malaysia. Ini kunjungan kali pertama ke Terengganu.
Laksam ni makanan tradisional Terengganu. Walaupun dah selalu sangat Yaya makan laksam, ini lah kali pertama Yaya makan laksam yang kuahnya sangat pekat. Terkejut juga mula-mula tu, orang Terengganu sendiri pun terkejut weh. Biasa laksam yang siap bungkus tu kuah santan cair sikit. Yang ini isi ikan dalam kuah memang padu.
Kuah yang pekat dan penuh rasa. Terbaik!
Laksam terengganu mmg terbaikkk..
ReplyDeletesedapppp
Delete