Culinary Schools - Game Online Percuma

Culinary Schools  - Game Online PercumaTanpa Iklan | Ada ketikanya Yaya teringin juga nak main game, tapi tak tahu nak main game apa. Dah level mak-mak ni, nak main game yang simple-simple je, yang boleh hilangkankan stress. Bukan makin main game makin stress. 

Percaya lah, berehat sekejap main game  pun dah recharge energy. Lepas tu dah boleh sambung buat kerja rumah. Jangan pula main game sampai hal-hal rumah terbengkalai. Mentang-mentang la duk main game masak-masak di Culinary Schools,  memasak di dunia realiti pun boleh terlupa. Hahaha.


Game Masak-Masak Di Culinary Schools

Menariknya di website ni  iklan lalu lalang tidak lah terlalu meriah, tapi masih ada iklan untuk beberapa jenis games. Ye lah, dorang pun nak kena ada fulus jugak nak tanggung hosting and maintenance. Ok lah, Yaya nak kongsikan beberapa game masak-masak yang best di website Culinary Schools Game yang Yaya selalu main. Boleh ajak anak-anak join sekali sebabnya semua game ni memang untuk kanak-kanak pun. Haha. Ibu saja je ni nak imbas kenangan dulu-dulu..


1. Ice Cream Bar 

Halah..rilek sangat main game Ice Cream Bar ni. Klik-klik je tapi best. Korang kena sediakan ice cream mengikut apa yang pelanggan order. Kena cepat-cepat sediakan sebab ada masa. Ada 20 level semua sekali. Bila dah level up,  dah boleh buka kunci perisa aiskrim tambahan, kon ais krim, minuman, buah-buahan dan mesin pemerah jus.




2. Tasty Kingdom

Tasty Kingdom bukan game masak-masak. Tapi masih ada kaitan dengan makanan. Sesuai sangat kalau main bersama-sama dengan anak kecil. Dalam game ni di ajar untuk mengenal pasti makanan yang bagus untuk kesihatan dan apa pula makanan kategori junk food. 

Kena bergerak menggunakan anak panah ke kiri atau ke kanan dan anak panah ke atas untuk melompat. Health meter tu cepat betul bergerak, jadi kena makan buah epal banyak-banyak supaya tak habis nyawa.


Ada info kesihatan, sambil main game dapat juga ilmu ye. 


3. Veggie Slice Frenzy

Jom layan permainan memotong sayur-sayuran pulak di Veggie Slice Frenzy. Potong pakai tetikus tak berbahaya langsung untuk jari jemari. Hihi. tapi jangan terpotong bom nanti hilang nyawa. bila dah activates frenzy mode masa ni lah korang boleh potong sayur-sayuran sekaligus sebab tak ada bom. Senang nak score big combos. Lepas frenzy mode akan keluar boss mode pulak. Kena lawan bos. Kena potong banyak kali sampai bos tu terbelah dua.

Yang penting masa main ni korang kena on sound/music. Baru layan bunyi sayur-sayur tu kena potong. Hihi.



4. Coffee Drip

Main game Coffee Drip ni kena pakai otak kerana sedikit mencabar..sikit je la. Tak la sampai stress. Dalam game ni kita kena sediakan sebanyak munkin kopi. Tapi ada cabarannya macam kena elak lava dan dalam masa yang nak kena kutip biji kopi juga. Kena buat laluan supaya air kopi tu jatuh ke dalam cawan dengan sempurna. 


Lava tu bergerak-gerak..timing kena bijak..


kerja jual kopi.. kayo makcik macam ni..


5. Cashier Simulator

Ini game yang Yaya paling suka main. Dapat feeling jadi cashier. Di Cashier Simulator, kita uji ketangkasan tangan, masukkan harga barang secara manual, ada juga yang scan barcode. Lepas tu masukkan kuantiti pula. Walaupun tak ada had masa kena buat cepat-cepat tau, nanti pelanggan marah beratur tungu lama-lama. Hahaha..kan nak feeling jadi cashier..hihi.


Pembayaran pula ada banyak method, tunai boleh, pakai kad pun boleh. Tak macam dunia realiti ni..ada supermarket tu buka kaunter untuk pembayaran tunai sahaja. Huk aloh..dah la orang beratur pakai cash tak ramai tapi kita pula tak ada cash. Sakit dan geramnya tuh di sini wak..


Ni pula kena pulangkan baki kepada pelanggan. Kena hati-hati, duit short tak tau..nanti hujung bulan potong gaji.


Ada Banyak Pilihan Games Menarik




Dah la games semua best-best. Percuma pula tu. Korang boleh pilih dari game yang santai-santai sehingga la game yang nak main kena pakai otak. Kena fikir sikit la. Yaya kadang-kadang suka juga layan game yang adventure ni, bergantung pada mood dan emosi masa tu la macam mana.

Hidup kita ni kena pandai balance kan. Jangan la serius je memanjang, Masa kerja, kita kerja, waktu wajib beribadat kena buat. Hiburan untuk diri sendiri pun perlu juga. Ada yang suka beriadah, window shopping atau main game online. 

Tak gitu?

 
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم