Latihan Matematik 20 Soalan Sehari

Hari ini kelas renang adik diawalkan dari jam kebiasaan. Kalau ikut dengan cuaca tak menentu ni, Yaya pun macam malas juga nak hantar adik Wazif ke kelas renang. Tapi adik ni, dah suka sangat pergi berenang. Kalau kelas tak batal memang ni muka pelajar wajib hadir..haha.. Lagi pula hari ni dah sesi terakhir untuk penutup tahun 2023. Rasa macam baru je daftrakan adik ke kelas renang. Dah setahun rupanya..

Yaya ada kongsikan kat sini : kelas renang untuk adik Wazif




Bila kelas renang diawalkan, tengah hari tadi Yaya ambil adik di rumah bawa ke ofis. Senang nanti gerak terus ke kolam renang dari ofis. Dia ingat bila datang ofis boleh santai-santai. Buku latihan jangan lupa angkut sekali ye. Terutama latihan matematik. Setiap hari kena usahakan buat sekurang-kurangnya 20 soalan.

Ni baru selesaikan 40 soalan objektif dalam masa 40 minit. Ada beberapa soalan dia kurang pasti, jadi main tembak je lah jawapan. Matematik ni bukan je jawapan nak kena betul. Tapi kena selesaikan ikut masa yang ditetapkan. 

Kena cepat dan betul. Gituuu... 

Malam nanti  kita semak sama-sama ye..



Kelebihan membuat latihan Matematik 20 soalan setiap hari


1) Meningkatkan Kemahiran Berfikir


Melalui latihan matematik yang konsisten, anda dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan analitikal dalam menyelesaikan pelbagai jenis soalan matematik. Ini membantu memperkuat daya fikir logik dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah.


2) Memperbaiki Kecepatan dan Ketepatan


Dengan berlatih menjawab banyak soalan, anda akan menjadi lebih cepat dan tepat dalam menjawab soalan matematik. Ini membantu meningkatkan kecepatan dalam menyelesaikan soalan serta mengurangkan kesilapan.


3) Memperdalam Pemahaman Konsep


Latihan yang berterusan membantu dalam memperdalam pemahaman terhadap konsep-konsep matematik yang mendasar. Dengan mengerjakan soalan-soalan yang berbeza, anda dapat melihat aplikasi konsep-konsep matematik dalam pelbagai situasi.


4) Meningkatkan Keyakinan Diri


Melalui latihan yang konsisten, anda akan melihat peningkatan prestasi anda. Ini boleh meningkatkan keyakinan diri dalam menyelesaikan soalan matematik yang lebih kompleks.


5) Persediaan Ujian atau Peperiksaan


Dengan membuat latihan secara berterusan, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi ujian atau peperiksaan matematik. Anda akan memiliki lebih banyak latihan untuk menguasai pelbagai jenis soalan.


6) Kesempatan Menguji Pengetahuan


Membuat banyak soalan membolehkan anda menguji pengetahuan dan kemahiran anda dalam matematik, serta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan yang perlu diperbaiki.



Wazif ni masih lagi kena ingatkan untuk buat latihan matematik setiap hari.  Tapi ada juga hari skip latihan, kalau waktu malam ada aktiviti lain memang tak terbuat la .

Tak apa lah, mana yang mampu je. Kita usahakan supaya anak-anak suka dengan subjek matematik. Bila anak-anak dah dapat grip subjek matematik, Insya Allah subjek lain pun akan menjadi lebih mudah untuk difahami.




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post