Tengok Jewel Wasp Lumpuhkan Lipas

Pertama Kali Tengok Jewel Wasp Lumpuhkan Lipas | Jewel Wasp ni ada yang panggil Emerald Wasp kerana memiliki warna hijau metalik dan corak yang menarik pada badannya. Yaya tak tahu pula nama serangga ni dalam bahasa Melayu. Setiap kali nampak memang Yaya tak tenang, memang ku sembur racun sampai sahih meninggal serangga tu. Bimbang terkena sengatan.

Beberapa hari lepas terserempak lagi, kali ni situasi sedikit aneh. Ada seekor lipas berdekatan dengan jewel wasp ni. Anehnya lipas ni hanya diam tak bergerak. Si hijau tu pula boleh tarik lipas tu. Ada beberapa kali jewel wasp ni menjauhkan diri dari lipas, tapi lipas ni tetaplah tak bergerak, tak berusaha pun nak melarikan diri.

Rupa-rupanya ini adalah fitrah alam. Ada sebabnya... Itu pun Yaya tahu selepas timbul rasa ingin tahu kenapa serangga yang bersaiz kecil ini boleh menarik lipas yang saiznya berganda lebih besar.



Jewel Wasp Pemangsa Yang Strategik

Jewel Wasp atau nama saintifiknya Ampulex Compressa merupakan pemangsa yang strategik. Terkenal dengan cara uniknya untuk melumpuhkan mangsa utamanya, iaitu lipas yang lebih besar daripadanya, untuk digunakan sebagai tempat bertelur

Jewel wasp memiliki strategi yang sangat unik dalam melemahkan lipas sebelum menggunakan mereka sebagai tempat untuk bertelur. Proses ini melibatkan beberapa langkah yang menarik.


Cara Jewel Wasp Lumpuhkan Lipas


1) Penyuntikan Racun

Jewel wasp menggunakan sengatnya untuk menyuntikkan racun ke dalam sistem saraf lipas. Racun ini mempengaruhi pusat-pusat saraf yang mengawal gerakan lipan.


2) Mengawal Pergerakan

Selepas disuntik dengan racun, lipas masih hidup tetapi kehilangan keupayaan untuk bergerak dengan normal. Ia tetap sedar tetapi menjadi terkawal oleh jewel wasp.


3) Membimbing Lipas

Jewel wasp kemudian membimbing lipas yang terkawal untuk pergi ke sarangnya. Ia mengendalikan lipas dengan menariknya menggunakan antena dan mengawal langkah-langkah pergerakannya.


4) Peneluran Telur

Setelah membawa lipas ke sarangnya, jewel wasp akan meletakkan telur di dalam lipas yang terkawal. Kemudian, telur tersebut akan menetas dan larva jewel wasp akan memulakan perkembangan di dalam tubuh lipas.



Proses ini menunjukkan strategi yang sangat kompleks dan terperinci yang digunakan oleh jewel wasp dalam menggunakan lipas sebagai "tuan rumah" bagi telur-telurnya. Selepas larva menetas, larva akan terus memakan lipas secara berperingkat sambil memastikan lipas tersebut tetap hidup untuk memastikan sumber makanan yang berterusan sehingga larva tersebut siap untuk keluar dari tubuh lipas dan meneruskan kitaran hidupnya.


Yaya ada kongsikan video jewel wasp menarik lipas. 



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم