La Cremeria Mango Sticky Rice

La Cremeria Mango Sticky Rice | Aiskrim La Cremeria merupakan sebuah jenama aiskrim premium yang terkenal dengan keunikan dan kelazatan rasa. Dikeluarkan oleh syarikat Nestle, aiskrim ini telah mendapat tempat istimewa dihati peminat aiskrim di seluruh dunia. Dengan pelbagai jenis perisa yang menarik seperti coklat Belgium yang kaya dan vanila Madagascar yang mewah, Aiskrim La Cremeria menawarkan pengalaman aiskrim yang luar biasa dengan tekstur yang lembut dan rasa yang autentik. Ia diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi, memberikan cita rasa yang memuaskan kepada penggemarnya.

Terkini, Nestle telah mengeluarkan aiskrim perisa baharu. Ketika di kedai, buka je peti aiskrim automatik pandangan mata akan melekat pada aiskrim ini. Pembungkusan menggunakan warna kuning yang terang pasti akan menarik perhatian sesiapa pun. Dari rasa tak nak makan aiskrim, terus kuat datang rasa ingin mencuba.


Nestle Mango Sticky Rice, Dibuat Dengan Sos Manga Sebenar

La Cremeria Mango Sticky Rice



Nestle La Cremeria Mango Sticky Rice merupakan produk dari negara Thailand.  Mango sticky rice tu aiskrim pulut mangga lah dalam bahasa kita ni. Pulut mangga merupakan sejenis hidangan tradisional yang popular di kalangan masyarakat Asia Tenggara, terutamanya di Thailand dan negara-negara serantau. Hidangan ini terdiri daripada nasi pulut yang dimasak dengan santan gula dan sedikit garam. Kemudian, nasi pulut ini di makan bersama potongan mangga masak.

Yaya memang penggemar pulut mangga. Pencuci mulut yang tak mampu ditolak. Rasa manis dan kaya lemak dari santan, dipadukan dengan kelazatan buah mangga masak memang sedap. Rasa yang unik. mangga yang masak, mencipta harmoni unik dalam rasa. 

Aiskrim yang dibuat berasaskan tumbuhan ini menggunakan sos mangga sebenar. Tapi, pulut mangga jadi aiskrim. Sedap ke?

Baca: Aiskrim Musang King


Bentuk Aiskrim Mango Sticky Rice Yang Unik

La Cremeria Mango Sticky Rice



Kebanyakan bentuk aiskrim Nestle dan siri La Cremeria ni memang unik dan menarik perhatian. Tengok promosi memang tergoda. Apatah lagi melihat video promosi dari Harry Whuut makan aiskrim ni. Tengok dia makan memang nampak sedap. Harap rasa yang sebenar tidaklah menghampakan.

Bentuk aiskrim mango sticky ini pula dibuat dengan bentuk seakan buah mangga. Ada lapisan yang berlapis selang-seli dengan sos mangga. Gabungan warna putih dan kuning memang nampak menyelerakan.

Yaya memang mudah tergoda dengan benda comel macam aiskrim ni. Hihi. Dengan harga RM4 sebatang,  apa salahnya mencuba. 

Baca juga: Cara Untuk Move On


Ramai Kata Aiskrim Pulut Mangga La Cremeria Sedap!

La Cremeria Mango Sticky Rice




Aiskrim berasaskan tumbuhan sebenar seperti aiskrim mangga ini sememangnya akan memberi kelebihan kepada aiskrim itu sendiri. Pelanggan akan terus rasa ingin mencuba.

Rata-rata komen memberi maklum balas positif. Ramai yang suka akan rasanya. Ada yang terbaca satu komen di media sosial, aiskrim ni berbau harum buah mangga!

Tapi itulah, lain padang lain belalang. Lain tekak lain pula seleranya. Pendapat peribadi Yaya rasanya agak 'kosong'. Sos mangga pula tidaklah berbau harum dan manis seperti buah mangga segar. Tekstur pada bahagian aiskrim berwarna putih sukar untuk digambarkan. Rasa pulut pun hampir tak dapat dikesan. 


Ice Cream Mango Sticky Rice, Tak Cuba Tak Tahu

Kena cuba sendiri. Mana tahu korang bakal jatuh cinta dengan mango sticky rice ice cream La Cremeria ni.  Penerimaan masing-masing. Ada yang puji sedap, ada yang sebaliknya.

Tidak seperti Aiskrim Musang King yang juga dari Nestle, yang ini memang sedap! Buka je pembalut bau harum durian terus menusuk hidung. Yaya dah ulang beli beberapa kali.

Tapi untuk La Cremeria Mango Sticky Rice, cukup lah sekali beli. Oh ya, ini kali pertama Yaya membeli La Cremeria tanpa salutan yang tebal pada aiskrim. Ke dah ada versi La Cremeria yang togel seperti ini sebelum ini?

Korang pula bagaimana? Dah cuba aiskrim mango sticky rice? Kongsilah pendapat korang di komen.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Aiskrim brand ni memang sedap. Haah yang durian memang puas hati beli. Tq review yang mango yaya. Kalau takde bau semerbak mangga tu tak syok la kan..

    ReplyDelete
  2. Kalau yg durian mmg lagi sedap kan

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post