Solat Taubat - Bersihkan Hati Dengan Memohon Keampunan Allah | Sifat manusia ini tidak sempurna. Sentiasa kita melakukan khilaf dan dosa sama ada secara sengaja atau tidak. Kadang tu kita tak sedar pun kita telah melakukan dosa. Sebab itu lah kena sentiasa bersihkan hati dengan melakukan solat taubat.
Jangan di biarkan dosa-dosa berkumpul, lama-kelamaan hati menjadi hitam dan keras. Buat dosa pun dah tak rasa bersalah. Buatlah solat taubat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Taubat nasuha pula merupakan kemuncak penyesalan tertinggi dalam agama Islam. Taubat yang sebetul-betulnya taubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi.
Apa Itu Solat Taubat
Solat taubat adalah solat yang disunatkan untuk dilakukan setelah seseorang menginsafi kesalahan diri atas segala dosa yang telah dilakukan atau merasakan diri telah berbuat dosa dan ingin bertaubat memohon pengampunan dari Allah SWT.
Solat taubat memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana bertujuan untuk membersihkan hati dan menjalin kembali hubungan yang baik dengan Allah SWT.
Manusia yang baik di hadapan Allah bukan mereka yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi mereka yang segera bertaubat setelah melakukan kesalahan.
Syarat Solat Taubat
Syarat-syarat taubat adalah:2) Meninggalkan perbuatan yang membawa dosa tersebut
3) Berjanji pada diri tidak akan melakukan perbuatan dosa itu lagi
Tetapi apabila kita melakukan dosa terhadap sesana manusia seperti mencuri, mengumpat, memukul dan sebagainya, maka hendaklah ditambah lagi satu syarat iaitu:
Waktu Untuk Melakukan Solat Sunat Taubat
Solat taubat boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja kecuali waktu-waktu yang diharamkan untuk sola. Inikerana solat taubat perlu disegerakan sebaik sahaja melakukan dosa. Segera beristigfar dan solat taubat setelah melakukan dosa untuk memohon keampunan dibimbangi jika ditangguh nanti hati kita akan semakin keras ataupun kita mati sebelum sempat bertaubat.Waktu haram solat
- Sesudah solat subuh
- Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
- Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
- Ketika matahari hampir terbenam.
- Sesudah solat asar.
Waktu sunnah solat taubat
- Solat Tahajjud: Solat Tahajjud dilakukan setelah tidur sebentar pada malam hari sebelum waktu Subuh. Ini adalah waktu yang sangat dianjurkan untuk beribadah, termasuk melakukan solat taubat.
- Solat Dhuha: Solat Dhuha dilakukan setelah terbitnya matahari beberapa waktu setelah Subuh. Ini adalah waktu yang penuh berkah untuk melaksanakan solat sunnah, termasuk solat taubat.
- Solat Sunnah Rawatib: Solat sunnah rawatib adalah solat sunnah yang dianjurkan sebelum dan sesudah solat fardu wajib. Anda dapat melaksanakan solat taubat sebagai bagian dari solat sunnah rawatib sebelum atau sesudah solat fardu.
- Waktu-waktu Mustajab: Selain itu, ada beberapa waktu yang dianggap mustajab atau waktu yang lebih dicontoh oleh amal ibadah, termasuk solat taubat. Contohnya, menjelang akhir waktu hari Jumaat, saat hujan turun, antara azan dan iqamah, serta di waktu sepertiga malam terakhir.
Cara Solat Taubat
1. Dilakukan dua rakaat seperti solat sunat biasa dengan lafaz niat:
Lafaz niat solat taubat:
Usolli Sunnata Ttaubati Rok'ataini Lillahi Taala
Maksudnya: ''Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala''
2. Setelah membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat diteruskan membaca surah berikut:
- Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
- Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
* atau mana-mana surah yang disukai
3. Digalakkan membaca tasbih sujud iaitu doa nabi Yunus pada sujud terakhir, sebelum duduk tahiyat akhir sebanyak 40 kali.
Tasbih Sujud dengan doa Nabi Yunus
Maksudnya: ''Tiada tuhan melainkan Engkau, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang banyak. Maka tiada siapa yangdapat mengampuni dosaku melainkan Engkau. (Surah Al-Anbiya: 87)
4. Disarankan beristighfar seberapa banyak kali selepas selesai memberi salam. Istighfar boleh sahaja dilakukan dengan mengucapkan lafaz ‘’Astaghfirullah’’, ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah S.W.T. Iaitu seseorang itu menyesal terhadap maksiat yang dilakukan, berhenti dari melakukannya, serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selamanya.
Maksudnya: '' Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada tuhan melainkan Allah, Diala yang Maha Hidup, Maha Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya''
Kesimpulan - Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Dan sesiapa yang melakukan suatu keburukan atau dia menzalimi dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah nescaya dia akan mendapati bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.[Surah Al-Nisaa : 110]
Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah Al-A’raaf ayat : 153)
Alhamdulillah... Perkongsian yang menarik. Semoga kita semua sama-sama diberikan petunjuk dan terus beramal soleh
ReplyDeleteAlhamdulillah..aaminnn..
Delete