Brunch Menu Klasik Di Kedai Makan Belagoangin

Brunch Menu Klasik Di Kedai Makan Belagoangin | Assalamualaikum. Dua hari lepas cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Bila suami cakap hari cuti ni gantung kuali je. Yaya apalagi, terus cadangkan untuk makan di kedai makan Belagoangin. Memandangkan waktu operasi bermula 11.30 pagi, terus brunch je lah. Ahli keluarga yang lain bersarapan menjadi satu kemestian. 

hidangan klasik melayu

Menu klasik dan kedai di tepi sawah mejadi daya tarikan

Bagi penggemar lauk kampung pastinya Kedai Makang Belagoangin tidak akan mengecewakan korang. Terdapat banyak pilihan menu klasik. Lauk-pauk yang sedap seperti masakan di rumah.

Kedai makan pun klasik juga, berkonsepkan bangsal dan beratapkan rumbia. Kawasannya pula agak luas. Kena pula dengan lokasi kedai di tepi sawah. Menikmati juadah dengan pemandangan sawah padi dan angin sepoi-sepoi bahasa. Suasana kampung yang tenang dan begitu mendamaikan. Yaya terasa seperti berada di zaman kanak-kanak pada zaman 80an.

Terimbas kenangan makan tengah hari bersama jiran-jiran sepermainan. Masing-masing usung pinggan dari rumah, siap sedia makan bersila di atas pangkin di bawah pokok. Rindunya zaman kanak-kanak!


Baca juga: Gunung Banang



kedai makang belagoangin





Menyediakan lebih 30 jenis masakan klasik


Kedai Makang Belagoangin menyediakan lebih 30 jenis masakan klasik. Antaranya adalah:

  • Patin masak tempoyak
  • Baung masak tempoyak
  • Gulai daging kawah
  • Gulai telor itik
  • Gulai daging salai
  • Gulai perut lembu campur rebung
  • Pajeri terung bulat
  • Asam pedas pedas Ikan ebek
  • Singgang tulang lembu kampung
  • Singgang ikan aya
  • Sayur lemak labu
  • Sayur air sawi
  • Telur sotong goreng
  • Pais Patin
  • Kerabu perut
  • Goreng sotong
  • Sambal petai
  • Ayam masak merah
  • Ayam goreng
  • Ayam goreng popcorn
  • Ayam percik
  • Kembung percik
  • Keli berlada
  • Keli goreng
  • Kerisi bakar
  • Gelama goreng
  • Cencaru bakar
  • Talapia goreng
  • Talapia berlada
  • Daging goreng
  • Daging Gulai merah
  • Sambal telor kerengga
  • Air asam
  • Budu goreng
  • Ulam ulaman vs budu

Kedai makan harga berpatutan


Hidangan yang dipilih akan diletakkan di dalam nyiru buluh (dulang buluh). Kemudian pelanggan yang akan bawa sendiri nyiru buluh ke meja. Nasi pun ambil sendiri. Cuma pesanan minuman pelayan akan hantar ke meja.



kedai makan klasik Terengganu




Ini pula juadah kami semalam. Semangkuk sayur labu air, sepotong patin masak tempoyak, seekor kembung percik, 2 ekor kerisi bakar cicah air asam dan juga semangkuk paru goreng berlada.

Jumlah perlu dibayar adalah sebanyak RM52 termasuk 5 jenis air, 5 pinggan nasi putih  dan ulam-ulaman. Alhamdulillah, terasa berbaloi makan d luar semalam. Makanan sedap, harga murah, staff yang mesra berserta pakej pemandangan yang indah.


Air buah dan kopi di belagoangin

Pilihan pelbagai minuman dari  Cofee Belagoangin. Kopi ada, jus buah-buahan pun ada juga. 

Alamat & Waktu Operasi Kedai Makang Belagoangin



kedai makang belago angin Terengganu

menu klasik belagoangin

Sekiranya anda berkunjung ke Terengganu, sisipkan juga dalam itinerari anda kedai makan Belagoangin sebagai satu tempat yang mesti dikunjungi.

Alamat : Kedai Makang Belagoangin, Kg Pancur Kuin, Padang Kemunting, Batu Rakit, 21020 Kuala Nerus. Terengganu.
Waktu Operasi : 11:30 AM - 3:30 PM (Tutup Jumaat)
Tel: 019-917 6790
Facebook : https://www.facebook.com/Menuklasik
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post