Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Yaya nak selesaikan segera persiapan kembali ke sekolah anak-anak untuk sesi 2023/2024. Niat hati nak beli dulu mana-mana yang wajib takut nanti beli lambat tak ada saiz dan tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Jadi hari Jumaat minggu pertama cuti sekolah baru-baru ni Yaya bawa anak-anak mencari kelengkapan sekolah.
Kedai pilihan Yaya sudah semestinya Pusat Pakaian Hari-Hari. Kali ni kami ke Hari-Hari cawangan Pusat Niaga Paya Keladi. Kami pergi sebelah pagi, kedai baru buka kami dah terjah masuk. Disambut mesra oleh staff dengan ucapan 'Selamat Datang'.
Saban tahun Yaya ke Hari-Hari. Barang-barang yang dijual sangat berkualiti. Buktinya, baju anak-anak yang dua tahun lepas punya masih elok cuma dah singkat sedikit bila dipakai. Cepat betul anak-anak ni membesar. Tahun 2023 ni abang Wafiq naik tingkatan 2, adik Wazif pula naik darjah 4. Adik banyak yang kena beli baru, untuk abang Wafiq pula cuma tambah sikit-sikit, pakai yang tahun lepas punya.
Pusat Pakaian Hari-Hari One Stop Centre Kelengkapan Sekolah
Keperluan Kembali Ke Sekolah Di Hari-Hari
- Baju sekolah
- Seluar sekolah
- Seluar slack
- Baju sekolah agama
- Baju Tadika Kemas
- Baju pengawas
- Vest
- Selur sukan
- Tudung pelbagai warna
- Anak tudung
- Songkok
- Pakaian dalam
- Beg sekolah
- Kasut
- Stoking
- Tali pinggang
- Alat tulis
- Botol air
- dan macam-macam lagi...
Untuk abang Wafiq, belikan sehelai baju sekolah lengan panjang jenama Jony & Jeny buat tambahan. Tahun lepas belikan 3 pasang baju sekolah untuk dia. Sudahnya cuma hari Ahad je pakai baju sekolah putih dan seluar hijau. Belikan juga sehelai seluar slack warna hitam untuk abang Wafiq pakai dengan baju batik pada hari Khamis. Cun betul seluar slack tu, cutting slim fit sesuai dengan abang Wafiq yang kurus dan tinggi lampai ni.
Pilihan kasut sekolah jenama Jony & Jeny danNo Problem. Boleh tahan smart juga design kan?
Marilah Pergi Hari-Hari! Diskaun 10% Untuk Pembelian Online
Sekiranya tak berkelapangan untuk ke kedai fizikal, boleh je buat belian secara online sama ada di online store ataupun di Shopee. Untungnya mereka yang shopping online ni akan dapat lagi diskaun 10% bagi setiap barangan yang berharga RM10 ke atas sempena kempen Back To School. Kempen ni sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31.03.2023.More info:
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari