Drama Projek High Council - Kisah Benar Wujud Sejak 1992

Drama Projek High Council - Kisah Benar Sejak 1992 | Drama premium High Council sebuah kisah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di Malaysia. Negara pernah digemparkan dengan isu kumpulan gengsterism ‘High Council’ di sebuah sekolah berasrama penuh dan isu tersebut menjadi fenomena apabila melibatkan satu kumpulan pelajar yang berkuasa menjalankan aktiviti salah laku termasuk dalam aktiviti membuli pelajar.

Projek High Council - Kisah Benar Wujud Sejak 1992


Projek High Council 

Pengarah: Anwari Ashraf & Zulaikha Zakaria
Genre: Aksi & Fiksyen Remaja
Jumlah Episod: 10
Tarikh Tayangan: Astro Go( bermula 14 Januari 2023),  Astro Ria (bermula 23 Januari 2023)

Lagu OST:
Kudrat - Naim Daniel & SOG
Test Drive - Firdaus Rahmat

Watak Pelakon:
Mierul Aiman sebagai Fakhri
Nadhir Nasar sebagai Naim
Amir Ahnaf sebagai Kahar
Naim Daniel sebagai Ayam
Kahoe Han sebagai Jayden
Ameer Asyraf sebagai Fahmi
Yusof Hashim sebagai Amerr
Fazziq Muqris sebagai Zahrin
Sathis Varan sebagai Prakash
Fadhli Masoot sebagai Hakeem
Hazeeq Dean sebagai Ariz
Daiyan Trisha sebagai Mia
Ben Tan sebagai Mr Sin
Sazzy Falak sebagai Puan Faniza

Sinopsis Projek High Council 

Projek High Council ini berkisarkan tentang dua beradik, Fakri dan Naim yang telah terpisah sejak mereka masih kanak-kanak dan bertemu semula di KUDRAT, sebuah sekolah asrama berprestij tinggi. Mereka berdua memasuki gelanggang “Pilihanraya”, sebuah pertandingan tradisi yang dilangsungkan secara sulit dan diseliakan oleh “High Council”. Pemenang “Pilihanraya” akan dianggap sebagai pelajar paling berkuasa di KUDRAT. Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari ini atau di saluran linear, Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Drama Projek High Council kisah benar asrama SBP




Projek High Council Diinspirasikan Dari Kisah Benar 

Anggota kumpulan ala-Mafia dikenali `High Council' di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, hidup mewah hasil kutipan wang perlindungan dan peras ugut pelajar junior.

Pelajar junior dipaksa membayar jumlah tertentu kepada kumpulan itu sebelum diberikan `lesen' untuk merokok, keluar malam serta ponteng kelas atau kelas tambahan.

Pelajar tingkatan dua dan tiga juga dipaksa membayar wang hanya untuk keluar dari kawasan sekolah pada hujung minggu walaupun dibenarkan berbuat demikian mengikut peraturan sekolah.

Bagi perbuatan tanpa lesen daripada `High Council', pelajar junior berhadapan tindak balas termasuk dibelasah beramai-ramai atau terkenal sebagai `wallop'.

Berdasarkan maklumat, `High Council' wujud sejak 1992 apabila pengurusan STAR berhenti daripada menempatkan warden di setiap blok asrama dan menyerahkan kawalan kepada pengawas sekolah.

Bagaimanapun, berikutan pengawas dilantik tidak sekuat, berpengaruh dan digeruni seperti sesetengah pelajar tingkatan lima menyebabkan penubuhan `High Council'.

Difahamkan, setiap daripada empat blok asrama di sekolah itu mempunyai lima anggota `High Council' yang kesemuanya 20 anggota `High Council' tanpa sebarang hirarki setiap tahun.

Semua anggota kumpulan itu pelajar tingkatan lima yang terbaik daripada segi pengaruh, populariti dan kekuatan fizikal.

Kebiasaannya anggota High Council adalah ahli sukan tetapi mempunyai pencapaian akademik yang kurang cemerlang berbanding pelajar lain.


Upacara pelantikan anggota baru kumpulan itu untuk tahun akademik berikutnya dijalankan ketika minggu terakhir persekolahan sebelum cuti penggal ketiga.

Pada upacara itu, anggota `High Council' sedia ada akan menyerahkan kuasa mereka kepada pelajar tingkatan empat yang terpilih untuk mengambil alih kumpulan berkenaan pada tahun akan datang.

Sumber memberitahu Harian Metro, kewujudan `High Council' terbongkar tahun lalu ketika pengurusan STAR mengadakan `bedah siasat' berikutan keputusan peperiksaan peringkat sekolah yang buruk.

Difahamkan, tahap kecemerlangan STAR pada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada PMR 2001, STAR, sekolah berasrama penuh berprestij yang melahirkan ramai pemimpin dan golongan profesional negara ini, mencipta sejarah apabila gagal memperolehi kelulusan seratus peratus
pada PMR.

Berikutan itu, pengurusan sekolah menggandakan usaha untuk menghadapi PMR dan SPM tahun itu tetapi berasa hairan apabila keputusan agak buruk di sebalik usaha berkenaan.

"Ketika perjumpaan `bedah siasat' itulah pelajar meluahkan tekanan dan ketakutan dihadapi berikutan angkara pemimpin `High Council' sehingga mengganggu pelajaran mereka.

"Pengurusan sekolah kemudian bertindak ke atas pemimpin `High Council' ketika itu dan barisan pelapisnya diminta bersumpah tidak mengulangi perbuatan mereka.

"Bagaimanapun, pengurusan sekolah baru-baru ini menerima aduan daripada pelajar tingkatan tiga mengenai usaha menghidupkan semula `High Council' dan selepas siasatan, 20 pelajar disingkirkan Rabu lalu," katanya.


Difahamkan, buletin Persatuan Bekas Pelajar STAR Ipoh (STAROBA) Jun lalu sudah memuatkan laporan khas mengenai kumpulan `High Council' dan melahirkan kebimbangan mengenai kegiatan kumpulan itu.

Presiden STAROBA, Datuk Ahmad Shafri Man, semalam dilaporkan berkata persatuan memaklumkan budaya itu kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Perak serta pengurusan sekolah sejak empat tahun lalu.

Kesimpulan

Sekolah berasrama ataupun sekolah harian tak lari dari kes buli. Semoga budaya buli membuli ini tidak manjadi ikutan. Guru-guru di sekolah telah berusaha untuk membanteras. Akhlak anak-anak bermula dari rumah, kita lah sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik. Semoga anak-anak kita bukan sahaja cemerlang akademik tetapi cemerlang juga akhlaknya. 


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. belum berkesempatan menonton. nntilah tgk kat on demand

    ردحذف
  2. Iris layan jugak cita ngan Tok Umi dia..mcm best je dengar... MA dengar je la sambil layan cita korea..he he he

    ردحذف
  3. baru faham cerita nya...kita x pnh tgok cerita nie...

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم