Ibu Ayah Baca Zikir Ini Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan

Ibu Ayah Baca Zikir Ini Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan | Ada sekolah yang sudah menjalani peperiksaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) pada minggu ini. Namun ada sekolah yang akan bermula peperiksaan pada minggu hadapan. Abang Wafiq dah hari terakhir peperiksaan UASA pada hari ini. Adik Wazif yang darjah tiga tidak terlibat dengan UASA. Tapi adik kata cikgu-cikgu ada juga bagi lembaran soalan, meja di dalam kelas dijarakkan dan pelajar tidak dibenarkan berbincang. Tapi tidaklah soalan-soalan diberikan terus menerus seperti minggu peperiksaan. Bergantung kepada cikgu mata pelajaran.

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak akan menduduki peperikaan Yaya nak berkongsi mengenai zikir yang kita boleh baca ketika anak sedang menghadapi peperiksaan. Ini adalah rentetan perkongsian daripada Ustazah Nurhafizah Musa mengenai kekuatan kekuatan Asma'ul Husna.

Umat Islam disuruh menggunakan Asma'ul Husna bila merujuk kepada Allah terutama sekali ketika berdoa.

Dan Allah memiliki Asma'ul-husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebutnya Asma'ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalah ertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

- Al-A'raf Ayat 180

Baca juga:

Amalan Zikir Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan

Zikir Ketika Anak Menghadapi Peperiksaan


Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

1. Allahumma 1x
Ya Alim 
Ya Hakim 
Ya Roshid. 40x

Bicara hati: 

Ya Allah, alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x


2. Allahumma 1x
Ya Zohir 40x

Bicara hati: 

Ya Allah, kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x


3. Allahumma 1x
Ya Fatah 40x

Bicara hati: 

Ya Allah, bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x


4. Allahumma 1x
Ya Baari' 40x

Bicara hati: 

Ya Allah, aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu untuk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawap dengan pimpinanmu Ya Hadi. Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x



Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam... zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe. Mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..


Maksud Asma'ul Husna Dan Fadhilatnya

1. Ya Alim
-  Yang Maha Mengetahui

Dizikir ‘Ya ‘Alim’ sebanyak 100 X setiap selesai solat Maktubah, Insya’Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna. Sesiapa menyebut ‘Ya ‘Alim’ berulang kali, Insya’Allah akan bersinar hatinya dengan cahaya suci (makrifat), juga dibukakan pintu ilmu dan hikmah.

2. Ya Hakim
- Yang Maha Bijaksana

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insa Allah akalnya akan menjadi cerdas dan lancar di dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.


3. Ya Roshid 
- Yang Maha Bijaksana

Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin. Nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas. 
Segala rancangan atau perjalanan tugas akan menjadi terang nyata samada dalam mimpi atau ilham jika dizikirkan ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali setiap hari
Sesiapa menyebut ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah segala kebuntuan dan kesusahannya akan hilang.

4. Ya Zohir 
- Yang Maha Nyata

Amalkan zikir ini sebanyak 1106x selesai solat di tempat sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dar segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.


5. Ya Fattah
- Yang Maha pembuka

Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh. Insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.

6. Ya Baari' 
- Yang Maha Merancang

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit tersebut.




Selamat maju jaya untuk mereka yang akan menghadapai peperiksaan. Tak kira lah peperiksaan apa pun. Usaha sudah, berdoa pun sudah. tinggal pasrahkan sahaja semuanya kepada Allah.

Mudah-mudahan perkongsian ini dirahmati Allah.


Doa ketika anak sedang menduduki peperiksaan



Marilah kita doakan kejayaan buat mereka kita yang sedang menduduki peperiksaan.



بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم 
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ 
ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ 
اهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين

بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء  وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين




🎓 Ya Allah,
Minggu ini adalah minggu  anak-anak kami menduduki peperiksaan, kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

🎓 YA ALLAH,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

🎓 YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

🎓 YA ALLAH,
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah.

🎓 YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

🎓 Ya ALLAH,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH.

🎓 Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah.

🎓 YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

🎓 YA ALLAH,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH.

🎓 Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

🎓 YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.




🎓 رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ

🎓رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 

🎓رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.

🎓رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 
وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
وَعَلىَ آلِهِ وصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 
سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

آمين يا رب العالمين.


Selamat maju jaya kepada semua calon-calon khasnya mereka yang sedang menduduki SPM ketika ini.




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Syukur Alhamdulillah. Ibu bapa yang prihatin sudah tentu tidak tinggalkan zikir ini ketika anak-anak sedang menghadapi peperiksaa.

    ردحذف
إرسال تعليق
أحدث أقدم