Bismillah, misi mencari set penjagaan muka untuk kulit kering. Kulit muka Yaya jenis kulit kering, susah nak ada jerawat tapi berisiko untuk dapat jeragat dan bintik hitam.
Serum, pelembap dan pencuci muka boleh pula habis serentak. Mahu tak mahu melangkah juga kaki masuk ke dalam Guardian petang tadi. Esok 2 Januari 2023 hari terakhir Guardian mengadakan Beauty Days 50% Off All Cosmetics. Siapa suka mekap, nak beli bedak je ke masa ni lah ye korang, potongan separuh harga. Memang sangat menjimatkan. Ramai betul manusia dalam Guardian petang tadi. Tapi bila pergi dengan adik Wazif, dia bukan suka berlama-lamaan dalam tu. Tak sempat pun Yaya nak jenguk-jenguk bahagian kosmetik. Huhu..
Skin Care Hada Labo Jadi Pilihan
Agak lama juga Yaya setia dengan sek skin care Yuja Niacin. Yuja Niacin ni tak ada jual di drugstore. Memang serasi dengan Yaya cuma kali ni rasa nak beralih arah. Begitulah bila masuk tahun baru, set penjagaan kulit pun rasa nak bertukar yang baru. Hihi.
Tapi untuk pencuci muka memang Yaya pakai jenama Hada Labo premium tiub warna biru gelap. Hada Labo ni ada beberapa set penjagaan kulit mengikut keperluan kulit wajah masing-masing iaitu:
- Hydrating (packaging warna putih) - sesuai untuk kulit normal/dry
- Premium Hydrating (packaging warna kuning) - sesuai untuk kulit normal/dry/dehydrated skin.
- Sensative Hydrating (packaging warna putih + merah) - sesuai untuk kulit normal/dry
- Premium Whitening (packaging warna biru gelap) - sesuai untuk semua jenis kulit
Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash
Kali ni nak cuba Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash with super Hyaluronic Acid. Asesuai untuk kulit jenis normal / dry skin. Yaya beli 2 tiub sebab 1 tiub nak letak di ofis. Bebas pewarna,wangian, minyak galian dan alkohol. Harga selepas diskaun RM 15.90 satu (100 gm).
Baca : Sunscreen Hada Labo Untuk Kulit Kering
Hada Labo Premiun Whitening Lotion
Lepas dah cuci muka, langkah seterusnya adalah toner atau essence. Untuk set Hada Labo ada Premiun Whitening Lotion (Light) yang sesuai untuk normal/oily/combination skin.
Masa tengok dalam gambar ni baru Yaya perasaan. Yaya tersilap ambil. Lotion yang ada dalam set Hydrating dan Premium Hydrating ada dua jenis. Botol sama je..yang membezakan hanyalah satu perkataan. Untuk kulit jenis normal/dry skin ada di label 'Rich'. Untuk kulit normal/oily/combination skin di label dengan perkataan 'Light'. Rasanya Yaya dah pegang yang Rich tu tapi kenapa boleh terambil yang Light...Adushhh...stress pulak rasa..hahah..dah la sebotol ni harga RM41.40 (170ml) selepas diskaun.