Selamat Tahun Baru 2023

Alhamdulillah, Selamat Tahun Baru 2023

Page 1 of 365,  mulakan lembaran baru dengan semangat yang baru. Ada azam baru ke? Tak salah ada azam, bermatlamat lah sikit hidup ni kan. Seandainya tak menjadi kenyataan pada tahun ini kita foward usaha ke tahun depan. Sebolehnya berusahalah untuk dapat apa yang kita idamkan.

Macam Yaya sendiri, masih lagi berazam nak kuruskan berat badan. Azam yang satu ini setiap kali sambut tahun baru pun masih masuk senarai. Di akhir- akhir 2022 tekad nak kuruskan badan semakin membuak. Tapi masih belum capai target untuk mendapat berat ideal. Tak apa, akan teruskan di tahun baru 2023. Insya Allah dipermudahkan jalan untuk untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Pagi ini keluar rumah awal sedikit daripada biasa. Adik Wazif lah semangat sungguh dia nak ke sekolah. Dengan Yaya sekali terlajak awal sampai di pejabat. Di pejabat dimulakan dengan aktiviti wajib setiap hari Ahad iaitu membaca surah Yasin sebelum memulakan tugas. 


Selamat Tahun Baru 2023


Bullet atau dotted notebook. Yaya beli buku ni untuk conteng-conteng Zentangle art. Sebelum ini tak ada buku khas. Jadi di tahun 2023 ni kita pakai dua buku, satu planner untuk nota-nota meeting di pejabat. Bullet book ni untuk art dan juga planner di rumah. Yaya akan manfaatkan buku ni masa teman anak buat homework.

“New year—a new chapter, new verse, or just the same old story? Ultimately we write it. The choice is ours.”


Happy new year 2023.


 

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Selamat tahun baru 2023, semoga tahun ini lebih baik dan ceria 😊

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru 2023 yaya..:)

    ReplyDelete
  3. semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya..
    ammi tak retilah pakai jurnal, bullet note bagai ni. pernah cuba tapi awal tahun je buat pastu tersadai

    ReplyDelete
  4. teringin nak ada buku planner..tapi tu la..nanti kosong je tak bertulis pulak..hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post