Kelas Renang Untuk Adik Wazif

Bismillah, tercapai juga hajat yang sekian lama nak daftarkan anak ke kelas renang. Dari sebelum PKP Yaya dah mencari kelas renang untuk kanak-kanak. Kemudian sibuk pula dengan abang Wafiq nak exam UPKK, UKKM, PKSK pada tahaun yang sama. Semua peperiksaan tu diambil masa darjah enam. Memang banyak fokus untuk dia. 

Sehinggalah sekarang abang Wafiq dah nak habis tingkatan 1 di SBP barulah Yaya sambung semula misi mencari kelas renang untuk adik Wazif. Punya lah lama tergantung hajat. Untuk abang Wafiq nanti lah bila cuti sekolah ibu bawa selalu ke kolam renang, belajar berenang sendiri Insya Allah lama-lama pandai lah tu. Tak pandai juga cuti sekolah belajar dengan adik pulak nanti. Hihi.

Kami tidaklah terlalu kerap bawa anak-anak ke kolam renang walaupun ada dua kolam renang awam yang dekat dengan rumah. Sebab tu anak-anak tak berapa nak pandai berenang kut. Masa kecil dulu macam dah boleh berenang sikit-sikit, lama tak pergi jadi tak berapa yakin. Setiap kali ke water theme park terkial-kial budak berdua tu..hihi..

Bila terpandang satu iklan mengenai kelas renang dalam group komuniti minggu lepas, Yaya minta suami Whatsapp untuk tahu lebih lanjut mengenai harga dan berapa kali kelas dalam sebulan. Kelas yang ini pendaftaran perlu bayar RM100 dan bayaran bulanan sebanyak RM180. Waktu kelas pula sekali seminggu dan setiap sesi kelas selama 1 jam. Kelas di kolam renang awam di bawah seliaan Majlis yang tak jauh mana pun untuk kami pergi.

Kelas Renang Kanak-Kanak Kuala Terengganu


Harga Kelas Renang Kanak-Kanak

Yaya tak pernah tau harga untuk kelas renang kanak-kanak ni. Bila diberitahu RM180 sebulan Yaya rasa agak mahal. Anggaran Yaya dalam RM120 ke RM150. Rupanya dah tersalah bajet...hihi. Jurulatih yang ini katanya jurulatih untuk atlit sukan negeri juga, dan nanti akan dapat sijil Majlis Sukan Negeri. Kelas bukan sekadar teori, ada kelas praktikal juga.

Yaya tanya kawan-kawan di Facebook mengenai harga kelas renang. Rupa-rupanya memang mahal ye. Saudara Yaya komen dia pernah tanya harga kelas renang untuk anak-anak dia, RM600 dan latihan 4 kali sebulan. Merecik harga! Mereka yang komen semua maklum harga kelas RM350 dan ke atas. Harga kelas mungkin berubah atas faktor lokasi.

Baca juga :

Sehinggalah ada kawan Yaya yang di Terengganu ni juga memberi komen. Kelas renang untuk anak-anak dia RM100 sebulan. Murah sangat kan? Apa lagi Yaya terus minta contact dari dia dan minta suami Whatsapp. 

Jadi, kelas renang yang juga diadakan di kolam renang awam ni yurannya RM100 sebulan, pendaftaran RM30 dan setiap sesi berlangsung selama 1 jam 30 minit. Nampak yang ini lebih affordable. Terus minta suami daftarkan nama adik Wazif.


Kelas Renang di Kompleks Sukan, Terengganu Equestrian Resort (TER)


Kelas Renang Kanak-Kanak

Semalam, Selasa 03/01/2023 bermulalah sesi pertama kelas renang untuk adik Wazif. Adik memang tak sabar sebab masa cuti sekolah baru ni dia minta ke LOWT nak main air kat sana. Jauh dia request, nak repeat percutian ke LOWT masa pergi pada penghujung tahun 2021. Bila bagi tahu nak belajar renang terlajak happy lah dia dapat pergi kolam renang.

Jadi bertambah lah satu rutin di tahun baru 2023. Dulu pernah ulang-alik hantar si adik bongsu berlatih kuda di TER. Sekarang dari tempat kerja terus ke TER untuk kelas renang adik Wazif pula.

Mula-mula sampai kena bayar yuran masuk kolam dulu. Yuran kolam renang RM6 untuk kanak-kanak dan RM 9 untuk dewasa. Yuran untu Yaya tak perlu bayar sebab tak mandi, cuma masuk untuk temankan anak sahaja. Ok dah jimat boleh masuk percuma je. Yuran kolam renang di bawah Majlis tak silap Yaya RM3 untuk kanak-kanak.


Video Di Hari Pertama Belajar Renang



Nampak happy je adik belajar renang. Latihan semalam adik belajar teknik pernafasan dan teknik tendangan katak atau 'Frog Kick'. Ibu tak sangka sangat bila tengok keberanian adik. Tak takut untuk mencuba.

Masa ibu seusia adik..(keluar dah cerita 33 tahun yang lalu) ibu pun masuk kelas renang. Kolam renang Majlis tu lah tempat ibu belajar. Tapi bila dikenangkan dan dibandingkan keberanian adik dengan ibu memang jauh beza. Hahaha.. Ibu masa hari pertama tangan tak lepas tangga kolam, instructor suruh selam kepala pun tak nak buat. Haha. Sempat lah ibu pergi kelas 3 sesi..lepas tu tak nak pergi dah.. Penakut sungguh..


Swimming Class For Kids Terengganu

Kelas selama sejam setengah terasa sangat cepat berlalu. Boleh pulak dia tak nak balik..nak main air lagi. Sabar dikk...minggu depan kita datang lagi. Tapi kena cari goggle baru dulu.. goggle adik putus tali, tak sempat ibu nak cari yang lain, nasib instructor ada goggle lebih.

Sekiranya mereka di Kuala Terengganu berminat nak sertai kelas renang, boleh belajar renang bersama Blue Shark Swimming - TRG. 




Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post