Adik Wazif Dah Selesai Bersunat Kaedah Laser

Adik Wazif Dah Selesai Bersunat Kaedah Laser | Alhamdulillah...tarikh bersejarah hari ni buat adik Wazif. Teringin sungguh dia nak bersunat awal. Yaya cakap tunggu darjah tiga elok lah nak bersunat. Abang Wafiq dia dulu pun masa darjah tiga juga. Maka bermula lah episod dia menghitung tahun, menghitung bulan, minggu dan akhirnya menghitung hari. Bila ayah dia dah tempah slot bersunat happy sangat dia. Seronok orang nak bersunat eh. Tapi dua tiga hari sebelum sampai masa dah datang dah rasa berdebar dia.. 'Adik takut lah ibu....' Tu dia...hihi..

bersunat cara laser
Wajah ceria sebelum bersunat..


'Betul ke ibu bersunat macam kena gigit semut je..tak sakit?'

Abang awak dulu meraung-raung..abang awak kata doktor tipu dia kata tak sakit. Bersunat tu rasa sakit tetap ada tapi doktor akan cucuk ubat bius, adik lelaki kenalah kuat, kena berani!

'Tak bersunat tak boleh ke ibu?' Laju Yaya jawab..'tak boleh, nanti adik tak boleh kahwin!' Haha..Orang Islam wajib bersunat dik..ada hikmah kenapa kena bersunat.


Bersunat Kaedah Laser

Jam 9 pagi kami dah sampai depan klinik. Dah ada sorang budak lain sedang menunggu giliran untuk bersunat. Tak lama pun menunggu, nama adik kena panggil untuk letak ubat kebas jenis sapu. Lepas tu keluar semula dan menunggu lebih kurang 15 minit. 

Kali ni untuk adik Wazif kami pilih kaedah laser.  Dulu  abang Wafiq bersunat kaedah clamp. Ok je bagi kami bersunat clamp cuma kena pergi klinik dua kali untuk buka clamp tu. Ingatkan dah pilih laser tak perlu ke klinik dah sebab balutan pun tak ada. Tapi dalam kad temujanji kena pergi klinik Khamis ni (selepas tiga hari bersunat) untuk review sunat. Doktor nak check lah tu agaknya luka baik elok ke tak.

Masa nak masuk dalam bilik rawatan, ayah, ibu dan abang Wafiq pun ikut masuk jugak. Abang Wafiq tu saja je tu nak imbas memori dia bersunat empat tahun lepas di klinik yang sama. Dari semalam lagi dia dah bagi tahu naik ikut juga ke klinik nak tengok adik bersunat.



Adik Wazif pula cool and steady je..raut wajah dia tak nampak pun macam orang berdebar nak bersunat. Yaya pun ada pesan dengan dia, nanti adik kena tahan kalau ada rasa sakit sikit-sikit..kaki tu jangan menggelupur sangat. Kena kuat semangat. Ibu harap masa adik bersunat nanti adik tak perasan pun dah bersunat. Macam dalam cerita Upin Ipin tu... Nanti ibu bagi main phone ye masa sunat...hihi..

Steady Je Hero Bersunat

Alhamdulillah... Mudah sungguh proses bersunat adik Wazif. Tak ada drama..tak ada bunyi meraung..yang buat bunyi seriau tu abang dia..tukang tengok pun naik seriau. Haha. Adik Wazif layan sembang je dengan doktor. Masa nak cucuk bius di empat tempat tu ada nampak dia berkerut sedikit. Masa nak laser tu dia siap tanya bau apa ni. Bau hangit dari laser tu lah...

bersunat kaedah laser

Ni lah alat lasernya yang telah menterunakan anak ibu..hahaha..semua orang pakai mask kecuali adik Wazif..jadi adik je lah yang dapat hidu bau hangit tu. Masa dia tanya bau apa ni Yaya jawab ni bau ubat.. Kalau jawab bau dari alat yang nak potong anu adik, kan tak pasal dia bangun intai..

Tak lama prosesnya. Dari cucuk bius, kemudian potong kulit sedikit sebab doktor kata melekat dengan mata anu tu, proses laser dan akhir sekali proses jahit. Rasanya kurang 30 minit dah selesai semua.

Yang kelakarnya, adik siap tanya, ni tali apa yang panjang-panjang ni. Masa tu doktor tengah jahit. Doktor bagi tahu sabar..nanti kita sunat ye..'Belum sunat eh?' Doktor kata.belum lagi...sabar... Dah siap jahit semua doktor kata ok beres dah.. Adik pun macam..'Sudah dah ke? Dah sunat?' hihii..lawak lah adik ni..







Wajah-wajah ceria selepas bersunat.. happy dapat goodies.. Di klinik pembantu klinik terus hulur air, antibiotik dan ubat tahan sikit. Kemudian, ayah belikan seluar khas bersunat tu. Terus tukar pakai seluar trek. Tak nak pakai kain pelikat dia kata. Macam tak percaya je elok dia berjalan macam biasa.

Harga seluar dalam khas untuk bersunat ni RM20 juga. Kalau beli dari Shopee dapat la harga lagi murah. Yaya dari sehari ke sehari duk berkira nak beli ketak seluar dalam ni sampai terlupa terus nak beli. Itu yang beli dengan klinik je. Kos bersunat kali ni RM 250 tak termasuk seluar khas tu. Sama je harga masa sunat clamp empat tahun lepas.

Masa nak keluar dari klinik adik berbisik dengan Yaya..

'Betul lah ibu..adik bersunat macam Upin Ipin. Tak perasan doktor buat masa mana. Tahu-tahu dah siap sunat..' Sengih je dia..happy dah lepas satu kewajipan.

Baca juga : Nama Anak Lelaki


Tips penjagaan sunat laser dari klinik

  1. Pastikan bersih dan kering selepas membuang air kecil.
  2. Gunakan kapas / tuala untuk mengeringkan.
  3. Tidak sesuai memakai seluar dalam pada masa jangka pendek selepas berkhatan, seeloknya pakai kain pelikat untuk sementara waktu.
  4. Wajib berpantang makanan laut dan sebagainya.
  5. Perlu datang ke klinik selepas 3 hari berkhatan untuk pemeriksaan.

Jadi, dengan rasminya hari ni Yaya tambah lagi satu profession dengan menjadi Confinement Lady. Jaga makan minum orang berpantang je pun. Nak letak ubat ke, cuci luka ke apa..ayah dia lah yang buat. Seriau lah nak buat. Hihi.


Klinik Ar Rijal Kuala Terengganu

Dua kali pengalaman bersunat anak-anak di Klinik Ar Rijal. Yaya puas hati dengan servis yang ditawarkan. Doktor dan pembantu-pembantu klinik yang mesra dan suasana klinik yang mesra kanak-kanak. 

Kepada mereka yang menetap di sekitar Kuala Terengganu mungkin boleh masukkan klinik ini sebagai salah satu pilihan klinik untuk bersunat.

Yaya sertakan maklumat klinik. Jangan terjah klinik macam tu je ye, call dulu dan buat temujanji. 

kos bersunat laser



cara sunat laser

Alamat: Lot 2989, 5894, Jalan Sultan Mohamad, Gong Kapas, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi:  Sabtu-Khamis 8.30AM - 10.00PM, Jumaat 8.00PM- 10.00PM
Telefon: 011-1611 4545
Temujanji: klinikarrijal.com



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post