Resipi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Resipi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap | Rasa rajin pula nak berkongsi resipi nasi ayam hari ni. Kebetulan minggu lepas masak nasi ayam dan ada gambar hasilnya. Biasanya kalau memasak ni, bukan main lagi niat nak update di blog. Sediakan bahan-bahan ambil gambar, lauk atas dapur ambil gambar. Tapi bila hidang tak sempat nak ambil gambar. Banyak perut yang lapar menunggu. Ada tu bila dah habis makan baru teringat lupa ambil gambar. Ada yang macam Yaya tak? Awal-awal je beria ambil gambar...hihi

Nasi ayam ni Yaya jarang-jarang buat..bukan susah tapi renyah. Banyak benda nak kena sediakan. Kalau hari bekerja memang tak buat lah..tunggu hujung minggu baru buat. Anak-anak suka nasi ayam, biasa Yaya buat ayam bakar madu, bakar guna air fryer je..jimat minyak.


Resipi Nasi Ayam Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan nasi ayam:

Untuk ayam (direbus):

  • 1 ekor ayam 
  • 3 liter air
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 2 cm halia - diketuk
  • Bahagian akar daun sup

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 3-4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat - optional
  • 2 sudu besar madu
  • 2 cm halia - ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras - Yaya guna beras basmathi Faiza
  • 3 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan-bahan tumisan untuk nasi:

  • 2 sudu besar butter
  • 2 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 1 cm halia - ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit untuk warna - optional

Bahan-bahan untuk sambal cili:

  • 2 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air limau kasturi atau cuka
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan-bahan untuk sup:

  • 2 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • Air rebusan ayam
  • 1 rempah sup bunjut
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit garam
  • Daun sup 
  • Bawang goreng

Bahan-bahan untuk kuah kicap:

  • Lebihan kuah kicap perapan ayam
  • Air rebusan ayam
  • Kicap manis
  • Sedikit garam

Bahan-bahan ulam:

  • Salad
  • Buah tomato
  • Timun

Cara-cara penyediaan nasi ayam

Cara-cara penyediaan ayam

  1. Masukkan air ke dalam periuk bersama halia, bawang putih dan akar daun sup.
  2. Biarkan mendidih dan kemudian barulah dimasukkan ayam.
  3. Biar ayam masak sepenuhnya (jimat masa untuk membakar nanti)
  4. Keluarkan ayam dari periuk dan lumurkan ayam dengan bahan perapan. Perap seketika.
  5. Bakar dalam air-fryer selama 15 minit. (Boleh juga digoreng)
nasi ayam Ayam bakar madu


Cara-cara memasak nasi ayam

  1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit. (Sekiranya guna beras biasa tak perlu rendam dan masukkan air rebusan ayam ikut sukatan memasak nasi seperti biasa)
  2. Di dalam periuk nasi, panaskan butter, lalu tumis semua bahan dan daun pandan sehingga naik bau.
  3. Masukkan beras ke dalam periuk. 
  4. Masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan beras.
  5. Tambah sedikit garam dan boleh tambah sedikit serbuk kunyit kalau nak nasi nanti berwarna sedikit kekuningan.
  6. Masak nasi seperti biasa.
nasi ayam beras basmathi faiza



Cara-cara memasak sup nasi ayam

  1. Tumis bunga lawang, pelaga, kayu manis, bawang merah dan bawang putih sehingga terbit bau.
  2. Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk yang berisi air rebusan ayam tadi.
  3. Rebus bersama sup bunjut, kiub ayam sehingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan masukkan bawang goreng dan daun sup.
cara memasak nasi ayam yang mudah


Cara-cara menyediakan sambal cili nasi ayam

  1. Kisar semua bahan
  2. Masak di atas api perlahan sampai hilang bau cili dan sambal menjadi sedikit pekat.
sambal cili nasi ayam


Cara-cara menyediakan sambal kicap nasi ayam

  1. Campurkan kesemua bahan dan masak seketika.
sos kicap nasi ayam



resipi nasi ayam mudah dan sedap


Hidangkan nasi ayam bersama-sama hirisan timun, tomato dan daun salad.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post