Resipi Ayam Masak Kurma Terengganu

Resipi Ayam Masak Kurma Terengganu | Masak kurma ayam atau kermok ayam sebenarnya sama cuma nama sahaja yang berbeza. Di Terengganu memang disebut ayam masak kermok. Masa Yaya zaman muda belia remaja keliru juga..hihi. Jauh benor kermok dan kurma. Pastinya menu ni tak melibatkan buah kurma dalam masakan. Yaya tengok ada juga yang masukkan kismis tapi Yaya tak pernah letak.

Ayam masak kurma cara orang Terengganu ada penggunaan bawang goreng dan juga nissan. Warna kuah akan menjadi sedikit gelap jika dibandingkan kurma ayam dari negeri lain.

Satu lagi, di Pasar Payang ada dijual rempah kurma homemade. Memang lagi umphh rasanya kalau guna rempah ni. Boleh juga nak gunakan rempah gulai dan rempah masak cap bunga rose. Untuk resepi kali ni Yaya guna rempah kurma Adabi.

Jom tengok resepi....

Resipi Ayam Masak Kurma / Ayam Kermok

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • rempah 4 sekawan - bunga lawang, buah pelaga. kayu manis, bunga cengkih)
  • rempah kurma - boleh guna rempah kurma Adabi paket kecil 24gm
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1/4 tin susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato - jenama Del Monte
  • segenggam bawang goreng - diramas @ blend kasar
  • 2 helai daun pandan
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 biji cili merah - dibelah dua
  • 2 biji cili hijau - dibelah dua
  • 4 biji cili api - dibelah hujung
  • 2 biji kentang
  • 2 biji tomato 
  • Nissan @ gula melaka
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Minyak Masak

Bahan-bahan kisar:
  • 8-10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas


Cara-cara memasak ayam masak kurma / ayam kermok


Ayam Masak Kurma Kermok Ayam

  1. Perap seketika ayam bersama rempah, bahan-bahan kisar berserta bawang goreng.
  2. Tumis rempah 4 sekawan bersama daun pandan dan bawang hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang diperap, kacau dan biarkan sekejap sehingga turun air ayam dan rempah masak sebati.
  4. Masukkan kentang dan tambahkan sedikit air. Nak kuah pekat atau cair terpulang ye..boleh adjust air.
  5. Masak sehingga mendidih, kecilkan api dan masukkan susu cair, asam keping dan nissan.
  6. Masukkan cili merah, cili hijau, cili api, buah tomato dan garam.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

Sedap dimakan panas-panas bersama nasi minyak atau nasi hujan panas. Makan dengan nasi putih pun sedap.

P/S: Nak gantikan ayam dengan daging pun boleh. Langkah ke-3 kena masak lama sedikit la untuk pastikan daging betul-betul empuk.


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post