Pengalaman Menginap Di Metro Hotel Bukit Bintang | Al kisah, sempatlah kami sekeluarga mengisi cuti sekolah dengan jalan-jalan di sekitar Bukit Bintang. Flight pagi dari Kuala Terengganu, sampai KL pun awal lagi. Telefon hotel kalau boleh tinggalkan luggage di hotel sebab check-in pun lambat lagi jam dua petang. Alhamdulillah, boleh tinggalkan je luggage kami. Staff di kaunter siap check booking kami dalam sistem kemudian bagi tahu bilik belum ready. Ye lah..baru 11 pagi kut. Agaknya kalau bilik ready dah boleh terus check in.
Tempahan Bilik Melalui Traveloka
Yaya tempah Metro Hotel untuk 3 hari 2 malam melalui platform Traveloka. Total RM 317.75 untuk Family Triple Room tanpa sarapan pagi. Sudah cukup selesa untuk kami empat beranak. Hotel ni tak ada kolam renang ye. Kalau travel drive sendiri harus angkut juga baju renang anak-anak. Tema bercuti kali ni nak jalan-jalan je. Hihi. Stay hotel pun untuk tidur semata-mata. Tak sempat pun nak round hotel.
Masa nak buat pembayaran dapat kupon dari Traveloka. Alhamdulillah banyak juga dapat diskaun.
Lokasi Metro Hotel Bukit Bintang
Metro Hotel Bukit Bintang terletak di Jalan Pudu. Lokasi hotel berhadapan dengan Berjaya Times Square dan juga Lalaport. Stesem monorail Imbi pula jaraknya hanya lebih kurang seminit berjalan dari hotel dan sangat dekat dengan Plaza Low Yatt.
Lokasi yang sangat strategik. Kalau nak shopping di Lot 10, Fareinheit 88, Pavilion atau ke Plaza Sungei Wang boleh juga naik monorail dari stesen Imbi dan turun di stesen Bukit Bintang. Tapi kami hanya berjalan kaki ronda-ronda tempat menarik di Bukit Bintang.
Baca juga: IKEA Damansara
Kemudahan Dalam Bilik Family Triple Room
- Air conditioning
- Hot & Cold shower
- Hair dryer
- Drinking water
- Coffee / tea
- Refrigerator
- Television
- Writing desk
- Safety deposit oox
- Wifi
- 32' LCD TV
Gambar selepas katil dah kena ligan dengan anak-anak. Bantal dan katil empuk walaupun hanya hotel tiga bintang. Puas hati dapat bilik hotel bersih dan tak berbau. Bilik tak terlalu padat dan nampak luas. Hadapan katil masih luas dan ada satu meja kerja. Boleh solat kat depan katil ni.
Puas hati ni. Kemas dan bersih!
ردحذفnampak besar dan selesa
ردحذفterbaik la hotel dia walaupun bkn 5 bintang..:)
ردحذف