6
Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids Bantu Anak Kekal Fokus Dalam Pembelajaran | Kita ibu bapa sentiasa berpesan kepada anak-anak sebelum ke sekolah, 'dalam kelas kena fokus masa cikgu mengajar'. Bila tumpuan dapat diberikan, proses pembelajaran menjadi lebih mudah. Anak lebih mudah faham dan akan ingat apa yang dipelajari pada hari itu.
Semua ini sebenarnya berkait rapat dengan tahap kesihatan otak. Salah satu cara untuk menjaga kesihatan otak adalah dengan menjaga pemakanan. Makanan untuk jiwa adalah dengan perbanyakkan membaca Al-Quran dan makanan untuk diri perlulah berasaskan diet yang seimbang.
Namun anak-anak kita pada hari ini lebih terdedah kepada makanan proses dan makanan ringan yang tinggi kandungan garam. Ada pula anak-anak yang agak cerewet dalam pemilihan makanan, kurang pengambilan buah-buahan dan tidak makan sayur-sayuran.
Fasa tumbesaran kanak-kanak merupakan fasa yang penting. Mereka perlukan nutrisi yang cukup untuk kecerdasan otak, sistem imun dan kesihatan badan yang baik secara menyeluruh.
Di entri ini Yaya ingin berkongsi mengenai Eskayvie i-Qids yang merupakan booster untuk minda yang cerdas dan dapat membantu anak kekal fokus dalam pembelajaran. Eskayvie i-Qids diformulasi dengan ramuan premium bernutrisi tinggi untuk mendorong sel-sel otak untuk berhubung.
6 BAHAN NUTRISI UTAMA UNTUK OTAK YANG SIHAT DAN MINDA YANG CERDAS
1) Phosphatidylserine (Serine)
Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang kurangnya 100mg Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak kanak kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!
Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individu terdedah dengan pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.
Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.
2) Alpha Linolenic Acid (ALA)
Ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak kanak kekurangan nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan semula jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan, namun akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.
Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.
3) 22 Ekstrak Buahan & Sayuran
Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah kanak kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan?
Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam sayuran tersebut.
Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak kanak, lebih lebih lagi yang kurang makan sayur.
4) Moringa Oleifera
Kebiasaannya tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.
Khasiat moringa yang anda perlu tahu:
- 3x zat besi berbanding bayam
- 4x kalsium
berbanding susu
- 3x potassium
berbanding pisang
- 7x vitamin C
berbanding oren
- Kaya dengan
vitamin A, B kompleks, Copper, Manganese dan Zinc.
- Menyokong
kesihatan organ
- Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan
Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.
Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini.
5) Prebiotik
Prebiotik merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.
Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus.
Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.
6) Multivitamin dan Mineral
Sebenarnya ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Lebih lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak anda.
Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.
Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkapi dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak.
Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh membantu.
MANFAAT ESKAYVIE i-QIDS BUAT ANAK ANDA
- Merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
- Menguatkan memori & daya ingatan.
- Meningkatkan fokus & daya tumpuan.
- Memperbaiki mood dan mengurangkan stres.
- Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran.
- Melengkapkan keperluan nutrisi dengan 22 jenis vitamin dan mineral serta 22 jenis ekstrak buahan dan sayuran.
CARA PENGAMBILAN ESKAYVIE i-QIDS
Waktu pengambilan Eskayvie i-Qids yang disyorkan adalah selepas makan. Disyorkan untuk menjarakkan pengambilan Eskayvie i-Qids kepada beberapa kali sepanjang hari. Contoh, 1 biji pagi dan 1 biji malam, selepas makan.
Jika umur dan berat badan (kg) anak anda berbeza, disyorkan untuk rujuk cara pengambilan Eskayvie i-Qids berdasarkan berat badan terkini.
DIHASILKAN OLEH FORMULATOR DR SYID AYOB
Eskayvie i-Qids diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri. menggunakan bahan-bahan semula jadi dan halal. Beliau merupakan anak tempatan berjiwa besar.
Dr Syid Ayob menggunakan kepakarannya selama lebih 30 tahun di dalam bidang perubatan moden, alternatif dan anti penuaan di dalam memformulasikan produk-produk terbaik Eskayvie.
Eskayvie i-Qids ini dibuat khas untuk kanak-kanak bagi menjaga kesihatan otak, minda yang cerdas dan tumbesaran yang sihat.
TESTIMONI ESKAYVIE i-QIDS
Sebenarnya banyak lagi testimoni pengguna i-Qids yang ada dan kebanyakkan mereka memberikan reaksi yang positif selepas anak mereka amalkannya. Ada anak yang ada masalah buang air besar seminggu sekali mungkin kerana masalah sembelit dan kalau membuang mesti ada keluar darah tapi lepas amalkan i-Qids kini sudah boleh buang air besar secara normal. Ada yang cikgu sekolah kongsikan anak murid semakin ceria dan berkeyakinan diri serta mula bergaul dengan rakan sekelas.
AMALKAN PENGAMBILAN ESKAYVIE i-QIDS UNTUK ANAK-ANAK
Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Melihat anak-anak membesar dengan sihat dan pintar adalah anugerah terindah.Bila mengetahui nutrisi yang terkandung dalam Eskayvie i-Qids, tak salah kalau Yaya katakan ianya merupakan pelaburan yang berbaloi untuk dapatkannya untuk anak kesayangan.
Mana nak cari produk yang ada bahan-bahan premium tinggi untuk melengkapkan nutrisi anak-anak kita yang lopong sana-sini. Kunyah-kunyah dua kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang luar biasa buat anak-anak.
Apalagi, dapatkan Eskayvie i-Qids sekarang. Untuk lebih info, boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie.
#EskayvieDiffenz #EskayvieDiffenzJunior
#KitaIkhtiar
Makanan tambahan perlu.. elok untuk membantu dan menyokong proses tumbesaran anak-anak.
ReplyDelete