20 Fakta Orang Kidal - Selamat Hari Kidal Sedunia | 13 Ogos merupakan hari bagi mengingati pengguna tangan kiri atau lebih dikenali sebagai "International Left Handers Day" yang disambut setiap tahun. Ia mula disambut pada 1976 kerana pengguna tangan kiri dilihat agak pelik dan unik bagi pengguna tangan kanan dan ia tergolong dalam kalangan minoriti. Peristiwa ini disambut untuk memberikan kesedaran tentang wujudnya orang kidal yang terpaksa menyesuaikan diri dalam aktiviti harian mereka kerana rata-rata peralatan dalam kehidupan seharian kita dicipta untuk pengguna tangan kanan.
Contohnya adalah meja dengan kerusi lipat yang dibuat khas untuk pengguna tangan kanan, gunting, motorsikal dan lain-lain lagi. Adapun begitu, pengguna tangan kiri mempunyai keistimewaan tersendiri antaranya adalah mereka berfikiran luar kotak, mempunyai idea yang kreatif dan boleh buat banyak kerja dalam satu masa (multitasking).
Ada kajian yang mengatakan "left handers" di seluruh dunia dalam lingkungan 10 peratus sahaja dan bilangan lelaki kidal lebih dari perempuan. Secara genetiknya, sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah kidal, kebarangkalian untuk anaknya kidal adalah 25%. Sekiranya ibu sahaja yang kidal, kebarangkalian untuk anak kidal adalah 22%. Sekiranya bapa sahaja yang kidal, kebarangkalian untuk anak kidal adalah 17%. Kalau kedua-dua ibu bapa tidak kidal, kebarangkalian untuk anak kidal adalah 10%.
20 fakta mengenai orang kidal
- Otak kanan lebih dominan
- Kreatif dan rajin
- Anak kidal adalah istimewa dan genius.
- Kidal bukan sejenis penyakit.
- Kadang-kadang menulis secara terbalik (mirror writing)
- Cenderung mencapai akil baligh 4 hingga 5 bulan lewat daripada orang tangan kanan.
- Memiliki kecerdasan yang tinggi.
- Ramai yang hebat dalam sukan dan muzik.
- Berfikir lebih cepat dan pandai berolahraga
- Kerap tertukar tangan kiri semasa makan. Ibu bapa kena bersabar dan tegur berulang kali.
- Hampir kesemua kativiti dilakukan menggunakan tangan kiri. Walaubagaimanapun, ada juga yang boleh menggukanan kedua belah tangan. (Ambidextrous)
- Menghadapi kesukaran menggunakan peralatan seharian seperti gunting.
- Tulisan cantik tapi tangan akan comot.
- Lebih terdedah kepada migrain.
- Lebih baik dalam permainan video.
- Lebih berkemungkinan mengalami kurang tidur.
- Lebih cenderung mengalami alahan.
- Boleh buat banyak kerja dalam satu masa dengan cekap (multitasking).
- Mempunyai kawalan diri yang lebih baik. (self-control)
- Menghadapi sedikit kesukaran untuk duduk di kerusi ketika di unversiti.
Kerusi kuliah yang ada sekali papan tempat menulis di sebelah kanan menyukarkan bagi orang kidal. |
P/S: Setiap manusia dicipta mempunyai keistimewaan dan kekurangan tersendiri. Tiada yang sempurna.
Alhamdulillah.. kidal satu rezeki.
ReplyDeletesuami Kak Fuzy pun kidal dan so far mmg creative la juga tapi yang kesian tu dia bila memandu dan dengar waze, dia susah nak identify ke kanan atau ke kiri sampai kena bg tau tangan pakai jam..hahaha
ReplyDelete