Sajak Hari Merdeka - Luahan Anak Pertiwi | 31 Ogos 2022, kita bakal menyambut sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-65 bertemakan 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'. Bila dah masuk bulan merdeka ni teringat pula pada tahun lepas masa darjah enam abang Wafiq menyertai pertandingan kolaboratif kokurikulum peringkat daerah Kuala Terengganu kategori deklamasi sajak sempena Hari Merdeka.
Masa tu Pdpr jadi pertandingan secara atas talian sahaja. Alhamdulillah rezeki menang saguhati. Tuan punya badan pun tak sangka dapat saguhati. Dia memang tak ada pengalaman deklamasi sajak. Persediaan pula memang disaat akhir. Dia cuba beranikan diri untuk ambil bahagian demi sekeping sijil.
Sajak Luahan Anak Pertiwi Jadi Pilihan
Bila kali pertama Yaya dengar di Youtube dan amati setiap patah perkataan dari karya ini terus Yaya salin dan cetak dan minta Wafiq hafal. Maksudnya yang sangat mendalam, realiti Malaysia kita hari ini bukan semuanya indah belaka.
Korang tengok lah video bawah ni. Memang nampak gugup abang Wafiq. Dengan keras kejungnya. Hihi. Tak apalah, jadikan ini pengalaman. Sekurang-kurangnya dia berani mencuba. Syabas mere bete.
Tajuk Sajak: Luahan Anak Pertiwi
Karya : Syahmi Zufayri
Enam dekad sudah berlalu
Tanda telah henti sengsara pilu
Tanah tidak lagi dirobek bertalu-talu
Diganti gema sorakan Stadium Merdeka
Dengan laungan azimat yang sama disahut
Namun sekarang ku dengar ia di cabul
Izhar lah! Kita belum merdeka
Hari ini ...
Anak muda telah diracuni
Budaya songsang telah meresap dirohani
Kononnya...inilah gaya terkini
Saksi aku akan bangsaku
Merempit buta mencari penyakit
Fikirnya ramai mengepit?
Berpakaian singkat dan ketat
Fikirnya ramai terpikat?
Gerun jiwaku ...
Saat si teruna telah hilang jati diri
Si dara melayang harga diri
Lagu tarian penjajah dihadam satu satu
Puisi warisan langsung kau tertawa
Adat budaya telah diabaikan
Bahasa pula kian pudar keaslian
Perkauman semakin menebal
Rusuhan semakin membedal
Apakah ini sebuah pemikiran mentah
Tindakan musnah
Ternyata ...
Luka semalam kembali berdarah
Bila ... kita mahu buka mata
Adakah saat Malaysia juga turut hilang dari peta dunia?
Baru lintang pukang tak tentu rasa
Baru terhegeh-hegeh bersatu jiwa
Sudah terlambat wahai saudaraku
Aku sedar ...
Luahan ku tidak di peduli
Kerana aku bersuara melalui puisi
Namun, marilah kita teguhkan hati
Dengan rasa cinta yang sejati
Aku rindukan Malaysia pertiwi
Bukan seperti Malaysia Hari ini
Mohon... pulang lah Malaysia ku kembali
P/S: Best tengok versi asal, boleh tengok SINI
masa sekolah dulu... pantang nampak sajak...terus baca dengan gaya deklamasi...hahaha...sekarang segan sudah
ردحذف