Muffin Pisang Coklat Chip Mudah Blend Je | Sejak-sejak minyak mahal ni kan sememangnya Yaya cuba kurangkan memasak masakan bergoreng. Nak goreng keropok keping pun boleh bertukar jadi malas bila mengenangkan harga minyakmasak. Hihi.
Biasa kalau beli pisang Yaya buat juga jemput-jemput pisang. Kali ni kita buat muffin pisang pulak. Dah banyak kali juga sebenarnyaYaya buat muffin pisang guna resipi ni. Sebab resipi muffin pisang ni sangat mudah. Bahan-bahan sukat menggunakan sukatab cawan je. Bahan-bahan pun simple. Sekali buat dah boleh ingat. Tak adalah setiap kali nak buat kena buka buku resepi.
Resipi muffin pisang chocolate chip sukatan cawan:
Bahan A: Ayak semua dan satukan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
Bahan B:
- 200 gram pisang masak (lebih kurang 3-4 biji)
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 biji telur
- 1 1/3 cawan gula perang - Yaya letak secawan je...
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/3 cawan susu segar
- 1/2 cawan coklat chip - Yaya letak dalam 1/4 cawan je..
- Badam untuk hiasan - tak letak
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan A dan ayak. Ketepikan.
- Lenyekkan pisang sehingga hancur dan letakkan garam. Gaul rata. Ketepikan.
- Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan esen vanila. Pukul lagi.
- Setelah adunan kembang, masukkan pisang dan kacau sebati.
- Kemudian masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah kaup balik (guna spatula@senduk kayu).
- Kemudian masukkan susu segar secara kaup balik jugak. Kacau sehingga sebati.
- Akhir sekali masukkan coklat chip. Gaul rata.
- Cedokkan adunan tadi ke dalam papercup muffin (jangan terlalu penuh). Taburkan badam sebagai hiasan. Boleh jugak taburkan coklat chip.
- Bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.
Kredit resipi: Buat Orang Lapo
Muffin Pisang Blend Je Semua Bahan
Kalau ikut resepi asal kena pukul sampai kembang. Tapi biasalah sekali sekala derhaka resipi.Yaya nak blend je semua. Pisang yang dah dilenyek dimasukkan ke dalam blender bersama bahan-bahan B yang lain. Kemudian barulah dikaup balik dengan bahan-bahan A. Masukkan coklat cip dan badam. Cedok adunan ke dalam paper cup dan sedia untuk di bakar. Sekejap sangat nak buat muffin pisang ni. Tak sempat nak penat pun. Hihi. Tuptup dah tersedia hidangan minum petang buat keluaga tercinta.
Tak Ada Oven, Bakar Muffin Guna Air Fryer Je
Oven dah lama rosak, belum berganti baru. Tak ada rencanalagi setakat nii nak gantikan yang baru. Tak ada tempat nak letak dah kat dapur tu. Tapi bila tiba nak raya, terasa juga nak oven sebiji yan besar. Haha. Dapat yang 60 liter pun jadilah. Rindu nak buat biskut raya bermacam jenis.
Jadinya, dah tak ada oven ni bukan alasan tak boleh nak baking. Muffin pisang ni boleh dikukus. Eh lupa nak bagi tahu, boleh jugak guna resepi ni untuk buat kek pisang kalau tak ada papercup. Masuk je terus dalam acuan besar.
Yaya bakar dalam air fryer pada suhu 175°C selama 17 minit. Sekali bakar muat 11 papercup. Dua kali bakar setel semua adunan. Dapat 22 biji muffin pisang semua sekali. Harum satu rumah bau muffin pisang. Berlari-lari anak-anak ke dapur tanya ibu masak apa ni yang sedap sangat baunya. Muffin panas-panas lagi dah makan. Kalau dibiarkan 22 biji tu sekejap je hilang dari pandangan. Hihi. Sempat Yaya simpan beberapa biji nak hantar bagi mak.
Oh ya.. Yaya guna air oven air fryer jenama Russell Taylors Oven Air Fryer AF-50 berkapasiti 12 liter. Gambar atas tu masa buat garlic bread. Puas hati pakai oven air fryer ni sebab saiz besar dan boleh intai tengok dalam. Ada rotating mesh basket boleh guna untuk bakar fries. Oven air fryer ni ada skewer juga, tapi belum datang kerajinan nak buat sate. Kita makan sate Jabi je lah. hihi.
Kalau berminat dengan oven air fryer ni boleh tengok sini https://shope.ee/30BGxjFXnd
boleh cuba ni..:)
ردحذفsejak dah tua dan gig kurang kuat ini, saya suka makan muffin terutama muffin yang basah...
ردحذفtq share resepi..simple. leh try nanti
ردحذفBoleh buat ni. Lagi-lagi bila balik kampung.
ردحذف