Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Ikan Selayang Goreng

Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Ikan Selayang Goreng | Hari ni masak simple je. Encik suami kata nak makan masak lemak pucuk paku. Alhamdulillah, dapat beli dua ikat sayur pucuk paku yang segar hari ni. Yaya minta beli sayur bayam hijau juga, tapi tak ada kata suami. Rancangnya tengah hari esok nak masak bening sayur bayam campur labu manis. Labu manis ada je suami belikan sebiji saiz tak kecil tak besar. Tapi itulah, tak cukup regu nak dijadikan lauk. Tak pasal dah pening Yaya nak fikir lauk untuk tengah hari esok. Macam ni lah mak-mak kan. Fikir nak masak apa je setiap hari.

Masak Lemak Pucuk Paku
Masak lemak pucuk paku campur udang


Berselera adik Wazif makan nasi tadi. Semenjak dua menjak ni kan dia suka makan masak lemak. Masak lemak kuning ayam dan masak lemak pucuk paku dah jadi lauk kegemaran dia. Kuah nak pedas sikit baru sedap katanya. Pandai dah buat permintaan minta masakkan lauk sekian-sekian. Senang juga ada anak yang pandai minta nak makan apa ni. Mengurangkan pening ibu fikir nak masak apa. Kalau tanya pada si abang, jawabnya nanti ikut ibu lah nak masak apa pun. Hihi 

Petang tadi pergi sekolah abang Wafiq sekejap. Dia mesej di Telegram tanya ibu tak nak datang sekolah ke hari ni. Ibu seharian juga berkira-kira nak pergi ke tak jenguk dia di asrama hari ni. Sebelum asar rasa nak tengok telefon, nampak mesej dia. Apalagi, ayahnya kata jom kita pergi sekolah. Dalam 5.15 sampai sekolah. Sempat lah sembang-sembang dalam kereta. Abang Wafiq rancak bercerita itu ini. Dia cerita kawan-kawan dari dorm lain datang tidur bilik dia semalam sebab nampak hantu dalam bilik. Dia sambung cerita, kawan-kawan dia tu balik semula ke bilik sebab nak kejutkan lagi sorang kawan yang dorang tinggalkan macam tu je sebab lari ketakutan. Tapi ada dengar bunyi ketawa pulak. Cepat-cepat budak-budak ni lari ke bilik abang Wafiq. Yaya kata mana ada hantu dalam bilik, mengarut lah. Lagi pun baru 12 malam. Senior dah bising suruh light off. Haish budak-budak ni..kisah seram dan asrama berpisah tiada.

Esok giliran boys 'outing'. Setakat ni belum pernah lagi dia keluar outing dengan kawan-kawan. 'Outing' bagi dia adalah peluang untuk dia balik rumah. Gini lah kalau sekolah dekat dengan rumah. Masuk sekolah berasrama penuh tapi kerap sangat ni balik rumah. Hihi. Yaya tanya esok nak makan apa, ibu nak masakkan untuk abang. Jawapannya, ikut ibu lah nak masak apa pun. Hmm..itulah jawapannya sokmo-sokmo.

Pucuk Paku

Berbalik cerita masak lemak pucuk paku. Pucuk paku cuci bersih-bersih. Rendam dalam air yang dicampurkan dengan segenggam garam kasar selama 10 ke 15 minit. Sayur-sayuran dan buah-buahan rendam dalam air garam ni tips universal. Semua ibu-ibu pun tahu. Biar sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan ni bebas dari semburan racun dan ulat kecil.  Bukan apa, kadang ulat-ulat kecil ni warna sama dengan daun, tak berapa nak perasan menyorok celah-celah daun. Bila dah rendam dalam air garam ni, nanti mati terapung lah semua. Hihi

Resipi masak lemak pucuk paku

Regu dengan ikan selayang goreng. Rencah mudah gaul dengan serbuk kunyit, garam dan cili boh. Dua ekor atas tu nampak lagi hitam. Encik suami dia suka makan ikan goreng garing. Lagi garing lagi dia suka. Awal-awal kahwin dulu pelik juga, kenapa suka makan ikan goreng keras kejung. Ni dah 14 tahun berumah tangga kita turutkan saja. Hihi. 


P/S : Esok nak masak apa ye? Hmmm.....


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Sedap sangat ni. Udang melingkar dalam mangkuk sayur lemak pucuk paku, ditambah pula dengan ikan goreng.

    ReplyDelete
  2. Masak lemak.. ada ikan goreng.. cukup. Boleh setengah periuk nasi tu selesai. Lagi kalau mendung atau hujan.. lagi selera.

    ReplyDelete
  3. fuhhh..benda bergulai makan pulak dengan lauk goreng garing fuhhh...sepuyuk tak cukup tambah haha

    ReplyDelete
  4. fuhh.. memang kena laa hidangan nihh... pastu suami kita xsah mintak budu...

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post