Gulai Daging Terengganu Guna Rempah Cap Bunga Rose | Kali ini masak gulai daging guna daging korban. Dah nama anak jati Terengganu mestilah masak gulai daging gulai stail Terengganu. Dah sinonim sangat dengan orang Ganu kalau nak masak gulai mesti nak guna rempah Cap Bunga Rose. Kalau tak kira kita hold dulu kerja-kerja menggulai ni. Hihi.
BAHAN-BAHAN :
Yaya jarang-jarang masak guna daging ni. Daging tempatan sekilo harganya boleh tahan juga. Sebelum raya haji baru ni cecah RM39 sekilo. Harga dah satu hal..nak memasak pun satu hal lagi. Ambil tempoh masa yang lama. Kalau hujung mingu boleh lah nak menggulai daging. Hari kerja masak daging tak tau lah jam berapa baru boleh makan.
Kalau ada pressure cooker satu syok juga kan. Daging cepat lembut kalau masak guna pressure cooker. memang menjimatkan masa. Hampir-hampir nak terbeli juga satu. Tapi bila difikirkan bukan selalu nak guna pressure cooker ni. Masak daging jarang sekali. Kawan-kawan yang ada pressure cooker pun bagi tau daging masak guna pressure cooker tu memnag lembut tapi rasa tak sama macam masak atas dapur gas biasa ni. Dah selalu dah makan, memang lain sikit lah . Tapi untungnya memang jimat masa memasak. Sekurang-kurangnya orang tua yang tak ada gigi, gigi tak berapa nak kuat tu dapat juga makan daging kan.
Rempah Cap Bunga Rose
Korang yang daging korban belum luak lagi dalam peti ais tu boleh cuba masak ye. Tak susah pun nak cari rempah cap Bunga Rose tu. Di Shopee pun ada orang jual. Kalau dulu sebelum ada Shopee memang ada kawan-kawan dari luar Terengganu minta Yaya poskan rempah cap Bunga Rose ni. Nak beli boleh beli sini https://shope.ee/9K5cz5MuXY
Rempah Cap Bunga Rose ni ada dua jenis ye. Rempah Gulai dan Rempah Masak.
Kebiasannya, Yaya akan guna satu peket kecil rempah gulai. Rempah masak tu kalau peket kecil Yaya guna dalam satu sudu besar je. Campur juga dengan sedikit rempah kari daging Adabi. Ada orang tak letak rempah kari tu, terpulang lah masing-masing punya cara. Ok Jom lah semak resipi gulai daging.
RESIPI GULAI DAGING TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
- 500 gram daging
- 1 kotak santan / 200 ml santan pekat/1 cawan air
- 2 inci kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- Minyak masak
BAHAN KISAR :
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci lengkuas
- 1 inci kunyit
- 3 sudu besar rempah gulai cap Bunga Rose
- 1 sudu besar rempah masak cap Bunga Rose
- 1 sudu besar rempah kari daging
- 3 sudu besar cili kisar
- 2 biji ubi kentang dipotong empat
- 1 sudu besar kerisik
- Air asam jawa - 1 sudu besar asam jawa dicampur dengan sedikit air
- ½ keping nisan / gula melaka
- Garam kasar secukup rasa
Baca: Resepi Sup Tulang
CARA MEMASAK GULAI DAGING TERENGGANU
- Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau
- Masukkan bawang, halia, lengkuas dan kunyit. Tumis sekejap sehingga air bawang sedikit kering.
- Masukkan cili kisar. Tumis sehingga cili garing.
- Masukkan rempah gulai, rempah masak, rempah kari yang dah dicampur dengan sedikit air.
- Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging segar.
- Tutup periuk seketika sehingga turun air daging dan daging separuh masak.
- Kemudian masukkan santan dan air.
- Masukkan kerisik, air asam dan gula melaka.
- Masak dengan api perlahan sehingga daging empuk. Masukkan sekali ubi kentang.
- Kacau rata.
- Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah air panas sedikit demi sedikit.
- Masak sehingga daging empuk, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Rempah gulai dan rempah masak cap Bunga Rose. |
Tips Memasak Daging Cepat Empuk
- Pemilihan Daging Yang Tepat: Pilih daging yang sesuai. Daging dengan sedikit lemak cenderung lebih cepat empuk.
- Pemotongan Daging: Potong daging kepada potongan yang kecil atau nipis. Ini akan membolehkan daging memasak dengan lebih cepat dan empuk.
- Rendam Daging: Rendam daging dalam air garam selama beberapa minit sebelum memasaknya. Ini dapat membantu melonggarkan serat daging dan membuatnya lebih empuk.
- Pemilihan Kaedah Memasak: Gunakan kaedah memasak yang sesuai seperti merebus atau memasak dalam periuk tekanan. Ini akan membantu memecahkan serat-serat daging dengan lebih cepat.
- Tambahkan Bahan Pengempuk: Anda boleh menambahkan bahan seperti asam sitrik (daripada buah-buahan seperti limau nipis atau tomato), yogurt untuk membantu mempercepat proses pengempukkan daging.
- Memasak Dengan Api Perlahan: Memasak daging dalam api rendah dengan lebih lama boleh membantu melembutkannya. Jika memasak dalam periuk tekanan, pastikan untuk mengikut arahan dan waktu yang disyorkan.
- Pemilihan Sayuran dan Rempah: Tambahkan sayuran seperti lobak atau kentang yang akan melembutkan sup dan memperkayakan rasa. Juga, tambahkan rempah seperti serai atau halia untuk menambah rasa dan aroma.
- Penyedap Rasa: Guna penyedap rasa seperti garam dan lada secukup rasa untuk meningkatkan cita rasa daging dalam sup.
- Jangan Terlalu Lama Memasak: Jangan terlalu lama memasak daging, kerana ini boleh membuatnya keras. Sekiranya daging sudah empuk, matikan api dan biarkan daging berehat dalam sup panas selama beberapa minit sebelum disajikan.
Ingatlah untuk menyesuaikan teknik ini dengan jenis daging yang anda gunakan dan rasa sup yang anda inginkan. Semoga berjaya dalam memasak sup yang enak dan empuk!
Selamat mencuba.
Sedapnya!
ReplyDeleteSaya suka aroma rempah gulai cap bunga rose.
Nampak sedapnyer
ReplyDeletesedapnya..:)
ReplyDelete