Wordless Wednesday - Jaga Kesopanan Di Tempat Awam | Dah selalu sangat nampak signboard ni. Hari tu selesai tengok wayang movie Mat Kilau kita selfie lah sekali. Gambar tak full sebab tangan kita tak cukup panjang. Hahaha.
Sesungguhnya Allah Itu Maha Melihat |
Tempat duduk penonton lelaki dan wanita di dalam pawagam diasingkan mengikut tiga lokasi, iaitu:
(a) Lokasi lelaki – untuk semua individu atau kumpulan penonton lelaki sahaja
(b) Lokasi wanita – untuk semua individu atau kumpulan penonton wanita sahaja, dan
(c) Lokasi keluarga – untuk keluarga, pasangan suami isteri atau mahram.
Jangan macam-macam dalam pawagam ye, jaga kesopanan di tempat awam, anda diperhatikan.
memang dah ada pengasingan ke dalam cinema? haritu pegi campur2 je
ردحذفPawagam di Terengganu macam ni..ada garis panduan.
حذفTak pernah jumpa pula signboard ni. Lama tak tengok wayang. Eloklah tu bagi peringatan. Mencegah lebih baik :)
ردحذفRasanya hanya di Terengganu.
حذفShida pun tak pernah lg nampak signboard mcm ni tapi perlu kita patuhi peraturan. Ada sebab kenapa peraturan diwujudkan..
ردحذفHarap2 pawagam akan dibuka di Kelate nanti.
ردحذفdah bagi peluang dapat tengok wayang di Terengganu.. jadi sama2lah kita kita jaga apa yang patut kan..
ردحذف