Wordless Wednesday - Jaga Kesopanan Di Tempat Awam | Dah selalu sangat nampak signboard ni. Hari tu selesai tengok wayang movie Mat Kilau kita selfie lah sekali. Gambar tak full sebab tangan kita tak cukup panjang. Hahaha.
Sesungguhnya Allah Itu Maha Melihat |
Tempat duduk penonton lelaki dan wanita di dalam pawagam diasingkan mengikut tiga lokasi, iaitu:
(a) Lokasi lelaki – untuk semua individu atau kumpulan penonton lelaki sahaja
(b) Lokasi wanita – untuk semua individu atau kumpulan penonton wanita sahaja, dan
(c) Lokasi keluarga – untuk keluarga, pasangan suami isteri atau mahram.
Jangan macam-macam dalam pawagam ye, jaga kesopanan di tempat awam, anda diperhatikan.
memang dah ada pengasingan ke dalam cinema? haritu pegi campur2 je
ReplyDeletePawagam di Terengganu macam ni..ada garis panduan.
DeleteTak pernah jumpa pula signboard ni. Lama tak tengok wayang. Eloklah tu bagi peringatan. Mencegah lebih baik :)
ReplyDeleteRasanya hanya di Terengganu.
DeleteShida pun tak pernah lg nampak signboard mcm ni tapi perlu kita patuhi peraturan. Ada sebab kenapa peraturan diwujudkan..
ReplyDeleteHarap2 pawagam akan dibuka di Kelate nanti.
ReplyDeletedah bagi peluang dapat tengok wayang di Terengganu.. jadi sama2lah kita kita jaga apa yang patut kan..
ReplyDelete