Tarikh Hari Ini Pada 25 Tahun Yang Lalu | Assalamualaikum, 17 Julai 1997, salah satu tarikh penting dalam hidup Yaya. Perempuan dan tarikh-tarikh berpisah tiada. Semua tarikh pun boleh ingat. Tarikh birthday family, hari anniverssary, hari perkenalan dan tarikh hari perpisahan pun ingat jugak. Ajaib sungguh ingatan seorang perempuan. Lelaki ni susah sikit kan nak ingat tarikh. Betul tak? Haha.
Sempat buat reels di Instagram sempena 25 tahun kenal encik suami. Kami sambut Jubli Perak hari ni. Hihi.. Lepas post reels Yaya whatsapp dia minta tengok Ig bini dia ni. Tahu dah dia memang tak ingat tarikh hari ni. Lagi pun dia memang tak berapa layan Instagram, Facebook ni.
17 Julai 1997 jatuh pada hari Khamis, cuti umum hari tu sempena hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW. Pada tarikh ini lah Yaya kenal encik suami. Masih bersekolah lagi masa ni. Yaya tingkatan 3 dan suami tingkatan 4. Tapi kami bukan satu sekolah. Alkisah bermula apabila si dia menyertai kejohanan taekwondo dan pertandingan tu berlangsung di sekolah Yaya. Pertandingan taekwondo tu Yaya tak tengok dan Yaya memang tak kenal dia. Tapi titik tolaknya di situ lah. Hihi.
Orang lain yang crush dengan dia, orang lain yang nak berkawan dia. Eh Yaya yang muncul dari mana ni pulak jadi bini dia. Hahhaha. Nak cerita pun tak reti. Panjang sangat kisahnya.. Lawak pun yer.. Begitu lah, jodoh pertemuan, ajal maut semua tu rahsia Allah.
Dia balas kenapa rambut dia macam mak lampir? Lol. Tapi dia kata lagu tu best. Ye lah, This Promise I Swear tu lagu feveret dia. Zaman bercinta duk tuju lagu tu lah untuk Yaya. Suruh Yaya dengar..stress tau dengar lagu metal jiwang ni. Haha.
Semoga ikatan cinta antara kami berdua sentiasa mekar dan kekal bersama hingga ke syurga.
Semoga kekal bahagia selamanya
ردحذفTerima kasih Wak..
حذفmoga berkekalan till jannah..aamiin
ردحذفWahh..lama tu. Bab tarikh ni perempuan memang ingat. Hehehe...
ردحذفSemoga terus berbahagia sampai syurga. Aaminnn...