Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Penghuni Rahim Pertama Ibu

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Penghuni Rahim Pertama Ibu | Tarikh 16 Julai yang sentiasa segar dalam memori. Kalahiran permata hati sulung yang sangat bermakna. Penyeri hidup dan penguat kasih sayang antara kami. Entri kali ni sempena ulang tahun kelahiran yang ke 13 buat anak ibu Tengku Ahmad Wafiq. Buat pertama kalinya hari ini ucapan hari jadi hanya melalui mesej di Telegram. 

Pagi-pagi lagi ibu dah chat dengan Wafiq di Telegram sebab ibu tahu pagi Sabtu ada prep. Kebiasaannya dia akan on ipad. Penggunaan ipad ni terhad masanya, cuma di dalam kelas sahaja. Tak boleh bawa balik masuk dorm. Bagus juga macam ni, dengan masuk sekolah asrama ni je cara yang ibu dapat fikirkan untuk kawal penggunaan gajet. Kalau kat rumah..humm.. Bermula PKP anak-anak dengan gajet serasi bersama sungguh. Melarat sampai habis PKP..

Dia tahu awal dah kami nak datang Jumaat, tapi tak sangka datang sekali dengan hadiah birthday. Itu hadiah dari ayah, ibu belum bagi lagi. Dah tanya dah last week nak hadiah apa. Dia minta sepasang baju melayu warna hitam. Lega Yaya dengar sebab tak susah nak mencari baju melayu. Lagi pun kat sekolah, setiap malam pun pergi prep pakai baju melayu. Tapi last tukar fikiran pulak dia. Katanya nanti dia bagi tahu nak apa. 


Hadiah dari ayah dalam plastik tu hah. Memang tak nak bungkus, bagi terus je dalam plastik senang. Belon tu pulak sengaja ibu pilih yang kecil je. Nanti besar-besar nak simpan macam mana dalam dorm. Kut nanti kita bagi belon besar, terus dan dan tu juga kena bawa balik rumah semula. Hihi

Tahun ni tak ada kek harijadi. Ibu ganti dengan brownies Congo Bar kegemaran abang. Congo bar ni ibu minta Mak Lang buatkan. Dia ingat ibu dia ni buatkan..hihi..dulu kerap lah buat tapi sejak oven rosak belum berganti baru jarang dah buat brownies atau kek. Setakat nak makan kek atau muffin simple bakar guna oven air fryer je.


Ni hadiah dari adik. Malam sebelum tu balik dari training taekwondo kami singgah sekejap di Pasar Karat. Adik ternampak patung penguin comel ni. Kecil je saiznya. Yang kelakarnya masa nak bayar ingatkan harga RM3 seekor..rupanya harga tu untuk dua ekor. Nak beli satu pun boleh. Tapi adik kata 
nak dua, satu lagi nak bagi hadiah birthday untuk abang. Sweetnya adik...layan jer lah..hihi.


Petang semalam dah sambut ala kadar.  Bersembang sambil makan-makan di kantin sekolah. Menjamu selera dengan pasta goreng cili padi, air soya dan congo bar.  Insya Allah hujung bulan nanti boleh balik bermalam di rumah kita minta ayah belanja makan sedap. Makan sedap abang Wafiq tu level dia lain sikit. Bukan makanan mewah, dapat burger ayam tak ada sayur kurang sos happy sangat dah dia. Hihi.






Doa ibu, semoga abang Wafiq sentiasa dalam rahmat Allah. Tabah dalam menjalani kehidupan seharian di asrama dan pandai membezakan mana yang baik, mana yang tak elok. Ibu tahu abang wafiq seorang yang kuat semangat, sentiasa ada matlamat dan berjuang untuk mendapat yang terbaik. Semoga semua impian abang Wafiq menjadi kenyataan. Aamiin... Ibu, ayah, adik sayang abang.


P/S: Esok kali pertama ada ujian sejak masuk sekolah ni. Katanya ujian setara. Insya Allah kalau dah study, dah bersedia boleh lah jawab. Nanti awal bulan lapan peperiksaan pertengahan tahun pula. Good luck my dear son...


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment
Previous Post Next Post