Pasta Goreng Cili Padi Mudah Dan Sedap | Salam penghujung Jumaat. Kurang satu jam dah masuk hari Sabtu. Entah lah malam ni macam ada sedikit kerajinan nak update blog. Sekarang ni malam-malam cepat sangat datang mengantuknya sampai blog pun tak sempat nak jengah.
Mungkin hari ni kurang sedikit penatnya. Itu yang rasa nak berceloteh. Sebab tak ada aktiviti menggosok baju hari ni. Hihi. Bermula anak sulung Yaya masuk boarding school beberapa bulan lepas, hujung minggu memang tak menang tangan. Awal-awal ni kita mudahkan dulu urusan abang Wafiq di asrama.
Buat permulaan ni biar dia rasa syok duduk asrama. Baju kotor mak basuh. Petang Khamis ayahnya akan ambil, hari Sabtu giliran Yaya pula menghantar berpasang-pasang baju siap iron. Belum lagi dia minta kita lawat dia hari Jumaat. Mentang-mentang ler sekolah dengan rumah tak jauh mana.
Selepas masak lauk pauk tengah hari terus sambung menggoreng pasta cili padi. Teringat-ingat resipi ni Khairul Aming share masa puasa hari tu. Baru berkesempatan nak buat. Nak buat pun mudah sangat ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Tapi kena letak seafood jugak baru sedap. Ni letak udang je, stok sotong tak ada.
Buat pasta ni pun sebab dah janji dengan abang Wafiq hari ni nak pergi melawat dia. Baru je Selasa baru ni hantar dia balik asrama selepas habis cuti Raya Haji. Itu yang minta dia basuh dan gosok sendiri je baju kotor untuk dua hari lepas.
Suka lah dia makan pasta tak ada sayur dan bawang kat dalam tu tak dapat dikesan. Ku cincang halus bawang putih tu. Kenal sangat perangai si bujang tu. Pantang betul dia kalau tergigit bawang, terus kembang muka. Hihi.
Lebihan pasta siang tadi kita buat santapan makan malam pula. Udang banyak tapi pasta sikit semestinya untuk Yaya. Haha. Lauk pauk yang ada udang ni memang feveret lah. Biasa lah..yang sedap ni kita simpan hujung-hujung baru nak makan. Tapi..si bongsu pulak datang meminta. 'Ibu..nak udang boleh, nak udang jer..'.hmmm..ye lah nak...
Udang sikit tapi pasta banyak semestinya untuk ketua keluarga. Dia makan laju-laju, sekejap je licin pinggan. Tak sempat adik Wazif nak minta udang. Hihi.
Yaya share resipi sini..boleh lah buat main masak-masak lain kali. hihi
Bahan-Bahan Pasta Cili Padi
- 5 ulas bawang putih cincang halus
- 3-4 biji cili padi hiris nipis
- Udang dan sotong
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu kicap manis
- 1 peket pasta yang dah direbus (fettuccine/spaghetti)
- Daun ketumbar
- Limau nipis
Mesti abang Wafiq rasa puas hati bila ibu ayah datang ziarah. Rasa lain bila tak datang. Dah biasa berkumpul. Nak biasakan dengan suasana baharu ambil masa.
ReplyDeleteBetul tu..kita yang kat rumah ni pun rasa lain bula dia tak ada.
DeleteSejenis x berapa mkn pedas okay la letak sebiji je heheee. sedap juga buat pasta goreng cmni yaya..tq share resepi dan HBB untuk wafiq :)
ReplyDeleteTq Shida.. belum belated lagi. Memang hari ni birthday dia. Sambut awal sehari.
DeleteTukar namalah
ReplyDeletePasta goreng udang
ye lah...haha...udang terlebih dari cili..
Deletesedapnya lahai..:)
ReplyDelete