McDonald’s Malaysia Iktiraf Guru Luar Biasa - Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

Guru Tunjang Sekolah Sejahtera. Itulah tema Hari Guru pada tahun 2022. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua warga pendidik. Tanpa guru siapalah kita. Sambutan Hari Guru pada 16 Mei tahun ini disambut dengan meriah. Kebanyakan sekolah meraikan sambutan Hari Guru sekaligus dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kemeriahan berganda jadinya. 

Sempena sambutan Hari Guru tahun ini,  McDonald’s Malaysia telah mengiktiraf guru luar biasa melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022.

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

McDonald’s Malaysia umumkan penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 di Universiti Malaysia Kelantan pada 14 Mei 2022, yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan YB Datuk Dr Radzi Jidin.



 Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia menerangkan kepentingan peranan guru dalam pembentukan masa depan negara dan megucapkan terima kasih kepada para guru atas komitmen mereka.



Pada 14 Mei 2022 yang lalu McDonald’s Malaysia mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Anugerah ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak murid.

Memasuki tahun keenam penganjurannya, anugerah ini telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan mulai 10 Mac hingga 2 April 2022. Daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, 25 pemenang telah dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.


“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” 

 

“Semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka dengan didikan dan asuhan guru. Dua tahun kebelakangan ini kita menghadapi situasi sukar, dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid. Namun, kisah yang kami perolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara. Semasa memasuki fasa peralihan endemik ini, janganlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri kita semua, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka, terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Inilah yang perlu dibanggakan,”


-  Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.



YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis, telah menyampaikan anugerah ini kepada 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi.

Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara.

Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan pihak media.

Pencalon untuk pemenang anugerah ini turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Kisah-kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh diikuti pada pautan berikut:

https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.



Senarai Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022

En. Chan Chin Ho dan En. Rohaidee Bin Mustafa merupakan antara dua dariapada 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 yang dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.

Bil.

Nama Guru

Sekolah

1

Encik Chan Chin Ho

SMK Durian Tunggal

2

Mdm Tan Wei Kuan

SJKC Chong Cheng

3

Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin

SMK Orkid Desa

4

Encik Muhammad Suffi bin Yusof

SK Pangkalan TLDM

5

Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris

SMK Syed Abu Bakar

6

Encik Tiew Feilix

SJKC Kwang Hwa

7

Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon

SMK Dato' Bijaya Setia

8

Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya

SK Semayan Pulau Banggi

9

Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib

SMK Jerlun

10

Encik Rohaidee bin Mustafa

SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

11

Puan Angela binti Joseph

SMK Mutiara

12

Encik Noreriffin Bin Norazaman

SMK Lailatul Shahreen

13

Puan Jasleen binti Mohamed Razali

SK Gong Nangka

14

Encik Ishak bin Hassan

SK Bandar Raub

15

Encik Lerry David

KV Keningau

16

Encik Hafizi Fazli bin Bakar

SMK Kemabong

17

Encik Mohana Ram a/l Murugiah

Methodist Girl's School

18

Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad

SMK Tan Sri Jaafar Albar

19

Encik Zulbaseri bin Husain

SK Parang Putting

20

Encik Maheswaran a/l Muniandy

SK Putrajaya Presint 9(1)

21

Encik Huzaire bin Haji Ahmad

SK (F) Mempaga 2

22

Encik Kelimin anak Lidam

SK Long Moh

23

Mohamad Zain bin Md Sevan

SK (F) Pasir Besar

24

Puan Aznida binti Abdul Aziz

Kolej Tingkatan Enam, Petaling Jaya

25

Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat

IPG Dato' Razali Ismail


Tahniah diucapkan kepada 25 orang Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022.

Sambutan Hari Guru oleh McDonald’s Malaysia

Selain itu, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Kru restoran McDonald’s bakal meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi.

McDonald’s juga telah mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Sempena sambutan Hari Guru, baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan 16 Mei hingga 30 Jun 2022.

Latarbelakang McDonald's

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan melebihi 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 40 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih 300 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 15,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan mewujudkan pelbagai peluang perkembangan kerjaya, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.

 

Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

2 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم