Majlis Syukuri Ramadan 2022 Bersama Rumah Anak Anak Yatim Baitul Sakinah di Kuala Terengganu Golf Resort

Majlis Syukuri Ramadan 2022 Bersama Rumah Anak Anak Yatim Baitul Sakinah di Kuala Terengganu Golf Resort | Assalamualaikum, pejam celik hari ini sudah 20 Ramadan. Cepat sungguh hari demi hari berlalu. Umat Islam telah melangkah ke fasa ketiga Ramadan. Jom sama-sama kita manfaatkan Ramadan yang berbaki hanya 10 hari ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan dan memohon keampunan Allah. Dihari Nuzul Quran yang lepas, Yaya sekeluarga sangat bertuah kerana berpeluang menghadiri:

'' Majlis Syukuri Ramadan 2022 Bersama Rumah Anak Anak Yatim Baitul Sakinah, Kuala Terengganu ''.


Majlis berbuka puasa yang bertempat di Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) berjalan dengan lancar dalam suasana yang begitu harmoni. Seramai 60 orang kanak-kanak dari rumah anak yatim bersama penjaga diraikan.Anak-anak yatim dirai dan disantuni oleh kakitangan KTGR dan pihak pengurusan UDA Holdings. 

Ketibaan anak-anak yatim di perkarangan KTGR


Jauh dalam sudut hati Yaya terbit rasa sayu apabila mengamati wajah-wajah comel anak-anak ini yang kelihatan begitu ceria sekali. Mengenangkan Yaya sendiri ada anak-anak yang seusia mereka. Mereka menjadi tumpuan dan diberi perhatian orang sekeliling. Gelagat anak-anak kecil yang begitu keletah ini membuat Yaya tersenyum sendiri. 


Sumbangan Baju Raya & Duit Raya dari UDA Holdings

Setelah anak-anak ini duduk di tempat masing-masing, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan ringkas pembukaan majlis oleh En. Emirul Azman, pengurus kelab KTGR dan wakil pengurusan UDA Holdings.

Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan baju raya dan duit raya dari UDA Holdings. Seronok anak-anak ini menerima hadiah. Semoga dengan sumbangan ini mereka akan bergembira dan ceria seperti kanak-kanak lain di hari raya yang bakal menjelang tiba.









Wakil anak anak yatim berterima kasih kepada pemberi sumbangan. Semoga lebih ramai individu, badan korporat yang lebih cakna dengan mereka. Percayalah setiap sumbangan kita amat bermakna buat mereka semua.


Sementara menanti waktu berbuka, majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh anak yatim.


Laungan azan dari wakil anak yatim menandakan telah masuk waktu berbuka puasa.


Bufet Ramadan dari Warisan Serantau

Tiba masa berbuka puasa. Kami disajikan dengan juadah enak-enak belaka. Terasa seperti suasana di hari raya apabila juadah tapai turut disediakan.  Anak-anak yatim pun nampak seronok memilih juadah yang berkenan di mata.

Yaya berbuka puasa dengan nasi putih bersama gulai daging, ikan masin, telur masin dan kerabu mangga. 

Suami  Yaya memilih hidangan nasi minyak dan anak-anak pula bila dah nampak spaghetti terus tak jadi makan nasi. Mushroom soup kegemaran mereka pun ada. Anak-anak kata semua sedap. Alhamdulillah..

Oh ye, Jamuan buffet ramadan ditaja oleh KTGR. Terima kasih banyak-banyak KTGR.




Pelbagai menu bufet Ramadan 









Apalagi,  dapatkan harga istimewa dengan membuat tempahan awal untuk berbuka puasa. Dan, rebut peluang untuk beramal di bulan puasa ini dengan menaja anak-anak yatim berbuka puasa dengan harga RM380.00 untuk satu meja. Ruang makan di KTGR mampu memuatkan sehingga 10 meja (80 orang).

Boleh hubungi nombor-nombor di bawah untuk tempahan: 

Untuk tempahan buffet Ramadan: 019 - 967 1019 (Syaidatul)
Untuk tajaan anak-anak yatim: 011-6234 3211(Encik Emirul)



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post