Kelebihan Halia #1 Mampu Buang Angin Dalam Badan

Kelebihan Halia #1 Mampu Buang Angin Dalam Badan | Dulu Yaya cukup pelik dengan mereka yang kerap sendawa. Ini bukan sendawa kekenyangan tapi sendawa disebabkan angin berkumpul dalam badan. Tekan situ sendawa, picit situ sendawa. Sampaikan Yaya kata cuba jangan ditekan, jangan dipicit belakang leher tu, biar je.. nak tengok sendawa ke tidak. 

Tapi sebenarnya mereka yang ada masalah angin dalam badan ni akan mengurut perlahan dibahagian badan khususnya perut untuk mengurangkan rasa tidak selesa dan sekaligus mengeluarkan angin dalam badan melalui pusat badan dan usus-usus.

Apabila Yaya melahirkan anak kedua, Yaya mula rasai sendiri ketidakselesaan akibat angin dalam badan. Tak pasti apa punca dan bagaimana ia bermula. Tapi seksa sungguh rasanya. Itulah..dulu tengok orang sendawa sebab angin pelik sangat kan. Kan dah merasa...

Yaya akan kongsikan pengalaman Yaya menggunakan serbuk halia tulen Halia #1. Teruskan membaca yer...

Halia #1

 

Punca Angin Dalam Badan

Melalui pembacaaan, Yaya jumpa beberapa penyebab atau punca angin dalam badan. Ada yang berpunca daripada masalah kesihatan dan ada disebabkan pemakanan.

Baru Yaya tahu mereka yang ada gastrik, gejala pedih hulu hati atau 'gastro-esophageal reflux disease' (GERD) senang dapat masalah angin dalam badan ni. Tapi Yaya tak ada masalah ni semua.

Jadi sah lah Yaya dapat angin dalam badan ni berpunca dari faktor pemakanan. Ada beberapa jenis makanan yang menjadi punca angin dalam badan.

Jangan tak tau, makan sambil bercakap pun boleh jadi punca angin tau. Hah..lepas ni masa mengunyah tu jangan banyak menyembang. Berpusu-pusu angin luar masuk dalam badan tu. Hihi.

Antara simptom yang mungkin dialami apabila banyak angin terkumpul dalam badan adalah:

  • perut kembung
  • senak perut
  • sendawa
  • sakit atau kejang dibahagian perut
  • sakit pada bahu, belikat, leher dan kepala
  • bunyi bising yang kuat dari perut
  • perut berasa penuh dan tidak selesa
  • kerap rasa kebas pada tangan dan kaki


Atasi angin dalam badan dengan minum air rebusan halia

Halia terbukti banyak khasiatnya. Antaranya merendahkan paras kolestrol dan membantu melancarkan sistem penghadaman badan. 

Merebus seinci halia yang diketuk dengan dua cawan air dan kemudian baru lah diminum dengan mencampur sesudu madu. Ini petua yang Yaya dapat apabila perut berasa tidak selesa.

Nampak remeh bukan. Tapi itulah yang dilakukan untuk mengurangkan angin dalam badan.Memang lega bila sendawa dan angin keluar. Lega seleganya perut ni. Badan rasa ringan dan lebih segar.

Tapi Yaya tak boleh tersalah makan terutamanya makanan berasaskan gandum seperti roti dan jemput-jemput. Dahlah ni makanan feveret. Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, bunga kubis dan kacang juga punca angin dalam badan. Sayur-sayuran ni lah yang selalu ada dalam peti ais sebab boleh simpan lama berbanding sayuran berdaun hijau. Nak elak pun susah juga. 

Kesudahannya, dah tau nanti akan rasa tak selesa perut tapi makan juga. Orang kata makan dulu, sakit kemudian kira. Hihi. Nak rebus air halia pun ada hari malas tu datang juga. 


Diperkenalkan dengan produk Halia #1, 100% Serbuk Halia Tulen

Alhamdulillah, bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Yaya diperkenalkan oleh rakan blogger iaitu Ben Ashaari dengan produk Halia #1. Halia #1 ni 100% diperbuat daripada halia. Tiada campuran bahan-bahan lain. Nampak tak betapa pure nya serbuk halia ni.

Dah ada serbuk halia ni, tak perlulah nak merajinkan diri pergi merebus air halia. Ambil sedikit sahaja serbuk halia, kalau guna sudu kecil tu ambil hujung-hujung sudu dah memadai. 

Yaya pernah campur serbuk halia ni dengan teh kosong. Nak minum dengan air lemon pun boleh. Ikut suka korang lah nak minum macam mana. Tapi Yaya kerap campurkan serbuk halia ke dalam se mug air suam dan ditambah dengan sesudu madu. Sedap!

Bulan-bulan puasa ni nak tidur minum secawan. Bangun esok lega perut.. Tak berani nak ambil lepas berbuka, kang tak pasal terganggu terawih akibat terkentut jer..hihi


Air Halia Buang Angin Dalam Badan




Kelebihan serbuk Halia #1

  1. 100% serbuk halia tulen.
  2. Menggunakan halia mentah terpilih dari Banjaran Crocker dan Banjaran Titiwangsa.
  3. Ditanam oleh para petani yang menanam halia secara tradisional sejak berabad lamanya.
  4. Halia ditanam di atas tanah yang tidak pernah ditanam apa-apa sebelumnya. Jadi tanah bebas daripada penggunaan bahan kimia.
  5. Diproses dengan teknologi terkini bagi mengekalkan khasiat semulajadi.
  6. Lebih kurang 12 kilogram halia segar dikisar untuk mendapatkan 1 kilogram serbuk halia. Jadi untuk setiap botol 40 gram memerlukan  480 gram halia segar.


Baca juga: Ubat Buasir


Serbuk halia tulen buatan Malaysia



Pengalaman Yaya menggunakan Halia #1

Alhamdullillah...love sangat dengan serbuk Halia #1 ni. Yaya nak kongsi kat sini apa yang Yaya rasa setelah dua minggu duk minum air halia ni.
  • Yaya boleh tolerate dengan rasa Halia #1 ni. Kalau korang kata halia rasa sama je mana-mana pun tapi Yaya penah cuba serbuk halia 3 in 1  jenama lain yang ada di pasaran, rasa pedas halia tu sangat kuat tak boleh nak terima. Tak sama dengan Halia #1. Yang ni lagi sedap.
  • Dua hari lepas tiba-tiba datang sakit kepala. Cuaca panas agaknya. Pekena secawan teh halia terus rasa segar.
  • Yaya setiap kali makan makanan berasaskan gandum seperti roti mulalah badan serba rasa tak kena. Makan dalam kuantiti sedikit je pun perut rasa penuh. Sekarang ok dah, tak ada dah rasa tak selesa selepas makan roti.
  • Yaya sebelum ni kerap sangat lah perut ni berkeroncong. Orang duduk sebelah pun boleh dengar bunyi dari perut ni. Masalahnya berkeroncong selepas makan. Tu bukan tanda minta diisi makanan tapi angin nak keluar tak lepas. Seminggu dua ni macam tak ada pulak terdengar perut ni berbunyi. 
  • Sebelum tidur minum secawan air halia ditambah sesudu madu. Bangun pagi lawas je membuang. 
  • Perut ni nampak macam dah kempis sikit..haha. Badan pun rasa ringan dan cergas.


Testimoni Halia #1

Korang tak perlu ragu-ragu lagi. Yaya sendiri dah amalkan. Dan bila Yaya baca-baca testimoni mereka yang dah menggunakan serbuk halia satu ni ni rata-rata memberikan maklum balas positif. 

testimoni serbuk Halia #1

Halia #1

Serbuk Halia air halia

gastrik dan halia





perut berbunyi

air halia lemon madu

minum air halia redakan batuk

halia melegakan sakit tekak

halia merawat batuk

lawas membuang dengan air halia


Sekiranya korang pun berminat juga nak mencuba Halia #1 ni boleh klik link whatsapp di bawah untuk membuat pembelian.

https://wa.link/ve4p9p



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم