MYLEA APPRECIATION NIGHT - PELANCARAN MYLEA DREAM CURVE | Alhamdulillah, semalam Yaya berkesempatan menghadiri majlis malam penghargaan bersama Amylea Group Sdn. Bhd. Majlis yang diadakan di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu dengan bertemakan Glamorous & Tuxedo berlangsung dengan lancar dan begitu meriah sekali.
Mylea Jenama Dipercayai Ramai
Sesuai dengan slogan “Kecantikan Anda, Tanggungjawab Kami”, Mylea adalah jenama yang dipercayai untuk menghilangkan cela di wajah, terutama sejak 2013 lagi. Dianugerahkan Asia Pacific Super Health Award 2020/21, dipercayai sangat selamat dan tidak hanya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan tetapi juga di seluruh Asia Pasifik.
Amylea Group Sdn Bhd atau dikenali MYLEA telah mengadakan Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 bagi meraikan para fighter (business partner), ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn. Bhd. untuk pencapaian bagi tahun 2020 dan 2021. Majlis ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020 lagi tetapi terpaksa ditunda disebabkan wabak Covid-19.
Majlis Makan Malam Amylea Group Sdn. Bhd. 2022
Majlis diraikan dalam SOP yang terkawal tetap berlangsung dengan meriah. Yaya nak kongsikan di sini aturcara yang telah berlangsung sepanjang majlis semalam.
Majlis dimulai dengan bacaan doa, tayangan video kejayaan Mylea untuk tahun 2020 dan 2021, diikuti ucapan dari En. Fakhrul Razi (CEO Amylia Group), ucapan perasmian oleh Puan Amylia Farhana (COO Amylia Group).
Selepas itu pula ada persembahan Magic Show dari Fakhrul Illusion yang cukup menghiburkan. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam dan persembahan nyanyian dari Nura dan Aiman Hashim (DJ Manis FM).
Pemudian majlis diteruskan dengan penyampaian anugeah dan diselangselikan dengan beberapa sesi cabutan bertuah. Penutu majlis semestinya pengumuman anugerah best dress untuk King dan Queen.
Pelancaran New Packaging Dream Curve
Pada majlis makan malam ini juga, turut diadakan pelancaran New Packaging Dream Curve. Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte. Dirasmikan oleh Pengasas Mylea itu sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd Fakhrulrazi.
Minuman ini menfokuskan penyelesaian masalah berat badan yang mana telah diberi nafas baru dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement di dalam satu kotak.
Penghargaan Pakej Umrah
Pada malam tadi juga, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea.
Penerima Pakej Umrah |
Penerima Pakej Umrah |
Penerima Pakej Umrah |
Bagi kategori fighter, penerima adalah seperti di bawah:
1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 2020- RM 1,889,639.00, 2021- RM 2,559,529.00.
2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 2020- RM 1,044,848.00, 2021- RM 1,672,030.00
3. Hf Stylish Enterprise 2020-RM1, 607,414.80 , 2021- RM 1,430,155.00
4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 2020 - RM 958,602.00, 2021- RM 1,112,543.00.
Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti di bawah:
1. Pn Najihah binti Yusof 2020- RM 262,421.40, 2021- RM 419,413.75
2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 2020- RM 299,119.30, 2021- RM 279,986.64
Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti di bawah:
1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 2020- RM 1,923,343.00, 2021- RM 754,014.00
2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 2020- RM 963,453.00, 2021- RM 562,455.55
Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam tadi hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja.
Anugerah Marketer Terbaik 2020 & 2021 |
Anugerah Sales Terbaik 2020 & 2021 |
Penerima Anugerah Learning Point Terbaik, Anugerah Bonding Terbaik, Anugerah Top Sales Bukan Leader, Anugerah Komitmen (Join Kelas) dan Anugerah Komitmen (Tepati Masa) |
Cabutan Bertuah Gores & Menang |
Pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang telah membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar.
Tahniah Kepada Semua Pemenang
Semoga majlis makan malam penghargaan ini akan sentiasa menyuntik semangat mereka yang bernaung di bawah Amylea Group. Semoga Amylea Group sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi antara penyumbang zakat terbesar.
Untuk mengetahui lebih info mengenai produk-produk Mylea boleh layari website dan juga media sosial Mylea Group seperti di bawah.
Website: www.mylea.my
Facebook: Mylea Skincare Malaysia
Instagram: mylea_hq
Emel: myleaskin@gmail.com
sonok ah kak yaya leh join ..
ReplyDeletetahniah untuk pemenang
keep it up...
ReplyDelete