BELI BAJU SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

BELI BAJU SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI | Alhamdulillah, hujung minggu baru ni selesai juga misi mencari baju sekolah dan segala kelengkapan kembali ke sekolah untuk anak-anak. Semestinya tempat yang dituju adalah Pusat Pakaian Hari-Hari. Seronok berbelanja kat sini, semua ada. Ibaratnya one stop centre. Tak perlu nak pergi banyak tempat. Percayalah persiapan back to school dari rambut hingga ke hujung kaki semuanya ada di Hari-Hari.

Kali ini Yaya berbelanja kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Yaya suka shopping kat sini sebab kedainya yang luas dan kawasan parking pun sangat luas. 


Terasa sedikit kelainan bila berbelanja uniform sekolah pada bulan Mac. Biasa akhir tahun beli persalinan baru untuk anak-anak nak naik darjah. Sebelum ni seluar sekolah sedikit senteng pun tak gaduh nak cari yang baru. Pakai baju sukan dan berkasut sukan je ke sekolah.  Adik Wazif akan naik darjah 3 akhir bulan Mac, abang Wafiq pula akan melangkah ke tingkatan 1. Awal bulan 4 baru sesi persekolahan bermula bagi sekolah menengah. Jadi, jom semarakkan semangat anak-anak kembali ke sekolah dengan baju sekolah baru!

Masa Yaya pergi Jumaat baru ni, meriah sungguh keadaan dalam Hari-Hari. Kira dah masuk minggu akhir dah ni ibu ayah nak siapkan kelengkapan sekolah anak-anak. Mujurlah staff Hari-Hari sama-sama bantu Yaya cari size baju dan seluar.


Kenapa Pilih Berbelanja Di Pusat Pakaian Hari-Hari?

  • Ada banyak pilihan barangan
  • Harga lebih murah
  • Barangan berkualiti
  • Barangan tersusun dan teratur
  • Staff yang peramah dan sentiasa membantu 

Setiap kali Yaya ke Hari-Hari semestinya akan disambut dengan ucapan 'selamat datang'. Lepas tu mereka akan tanya Yaya cari apa dan tunjukkan arah. Kemudian akan ada lagi staff  yang akan datang membantu Yaya memilih pakaian atau barangan apa pun.

Baju Sekolah jenama No Problem dan Jony & Jeny pula sangat berkualiti. Jahitan pun kemas. Nak cari uniform sekolah yang biasa ke, baju pengawas, baju kelas agama, vest pengawas semua ada. Baju tabika Kemas pun ada. Nak cari saiz pun mudah. Semuanya tersusun rapi di atas rak mengikut saiz. 




Macam-macam lagi keperluan sekolah ada di Hari-Hari. 
  • Beg sekolah
  • Tudung
  • Anak tudung 
  • Tali pinggang 
  • Stokin 
  • Kasut sekolah 
  • Pakaian dalam 
  • Botol air
  • Songkok 
  • Alat tulis
  • Pelitup muka 
dan ada macam-macam lagi ada di bawah satu bumbung. Tak perlu nak cari kat tempat lain dah.








Kempen Kembali Ke Sekolah (Back To School) Sehingga 31 Mac 2022 Untuk Pembelian Online

Yaya nak berkongsi dengan korang kut ada lagi yang belum beli baju sekolah anak-anak. Sekarang ni Pusat Pakaian Hari-Hari sedang menjalankan kempen Kembali Ke Sekolah (Back To School) di online store dan juga di Shopee. Mana yang tak sempat nak ke kedai boleh la beli baju secara online.

1) Pembelian di Online Store - www.ehari.com

  • Diskaun sebanyak 10% untuk semua barang keperluan sekolah untuk item yang berharga RM10 dan ke atas.

2) Pembelian di platform Shopee - harihari_

  • Diskaun sebanyak 10% untuk semua barang keperluan sekolah untuk item yang berharga RM10 dan ke atas.
  • Diskaun 5% bagi pengikut baru kedai harihari_ di Shopee dengan pembelian minima RM50.
  • Extra diskaun untuk beberapa item ketika Shocking Sales. Jadi, korang kenalah follow Shopee harihari_ supaya tak terlepas extra diskaun ni.
  • Untuk lebih penjimatan, korang boleh claim voucher free delivery dengan Shopee dengan syarat jumlah pembelian RM15 dan ke atas.

90 Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari Di Seluruh Malaysia

Boleh semak 90 cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Cawangan mana yang berdekatan dengan korang? Berhampiran Yaya ada dua cawangan  Hari-Hari. Memang memudahkan sangat-sangat bila ada kedai Hari-Hari dekat dengan rumah ni. Mereka pun duk seru '' Marilah Pergi Hari-Hari '', terngiang-ngiang di telinga ni tau. Jadi memang akan tuju kedai Hari-Hari kalau nak jimat berbelanja uniform dan kelengkapan sekolah


Penukaran Saiz

Kalau korang beli di kedai fizikal ada fittting room. Boleh cuba dulu. Tapi kalau tak cuba cuma setakat ukur di badan, kemudian dah balik rumah baru cuba saiz pula tak kena. Jangan risau boleh je tukar. Saiz terlalu besar ke, terkecil ke boleh buat penukaran dalam masa 7 hari. Tapi korang jangan pula cabut tanda harga tu. Resit tu bawa sekali masa nak tukar saiz nanti.

Kalau korang buat pembelian di online store ataupun di Shopee pun boleh buat penukaran saiz. Boleh buat pertukaran di cawangan Hari-Hari yang berdekatan dengan korang. Nak tukar saiz guna perkhidmatan kurier pun boleh.


Marilah Pergi Hari-Hari

Apa lagi korang, sebelum kempen kembali ke sekolah berakhir pada 31 Mac 2022 cepat-cepatlah beli kelengkapan sekolah online. Memang jimat banyak. Rugi tau kalau terlepas peluang.



@yayaazura82 Lega dah selesai beli kelengkapan sekolah anak-anak. @Hari-Hari #pusatpakaianharihari #backtoschool2022 ♬ Good Day - Maher Zain

Untuk maklumat lanjut layari:

Website: www.hari.com.my
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم