Cara Bayar Zakat Pelaburan Melalui AIIMAN

Cara Bayar Zakat Pelaburan Melalui AIIMAN | Tinggal beberapa hari je lagi tahun 2021 bakal meninggalkan kita. Mereka yang layak bayar zakat, dah tunaikan kewajipan ke? Yaya sendiri baru selesai buat pembayaran zakat pekerja kepada pusat zakat. Ini pun pemudah cara juga, biar majikan bayar zakat pekerja melalui potongan gaji. 

Zaman serba moden ni  nak bayar zakat punya lah mudah dan pantas. Islam adalah agama yang bersifat menyeluruh iaitu menerima perubahan dari semasa ke semasa. Dengan kewujudan teknologi dan inovasi ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah dengan lebih mudah dan cepat. Nak bayar zakat fitrah atau zakat harta semuanya hanya dihujung jari. Boleh bayar zakat secara online di LZS, online banking atau e-wallet macam TouchnGo, Boost dan GoPayz.

Bayar zakat menggunakan medium online ni harus dan digalakkan. Sesetengah orang macam skeptikal juga nak bayar zakat online ni. Orang tua lah biasanya. Dari dulu lagi dah biasa berjabat tangan, ada akad, ada baca doa baru rasa puas hati bayar zakat. Apabila kita bayar zakat secara online sebenarnya niat sudah berlaku ketika itu dan pemindahan pegangan harta iaitu wang juga sudah berlaku. Jadi, dah cukup syarat-syarat sah pembayaran zakat. Jadi, jangan ragu-ragu lagi. 



Zakat Pelaburan


Kategori Layak Menerima Zakat 

Bayar Zakat Online


Terdapat 8 Asnaf (penerima) zakat dan golongan ini disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran dalam Surah At Taubah, ayat 60.

۞ اِنَّمَا الصَّدَقٰتُ لِلْفُقَرَاۤءِ وَالْمَسٰكِيْنِ وَالْعَامِلِيْنَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوْبُهُمْ وَفِى الرِّقَابِ وَالْغَارِمِيْنَ وَفِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَابْنِ السَّبِيْلِۗ فَرِيْضَةً مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ  60. 

Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana.

1) FAKIR

Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2) MISKIN

Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3) AMIL

Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4) MUALLAF

Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5) RIQAB

Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6) FISABILILLAH

Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

7) AL-GHARIMIN

Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya. Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
• Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
• Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
• Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

8) IBNU SABIL

Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
• Putus bekalan dalam perjalanannya.
• Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
• Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
• Ditinggalkan dalam perjalanan.

Mangsa Banjir Layak Terima Zakat

Banjir Selangor
Gambar: BH Online

Runtun hati mengenangkan mangsa banjir. Banjir yang melanda minggu lepas di beberapa negeri menjejaskan ribuan keluarga. Kediaman dan harta benda musnah, malah ada diantara mereka kehilangan orang tersayang.Semoga urusan semua mangsa banjir permudahkan.

Alhamdulillah, mangsa banjir berhak menerima zakat kerana dikategorikan dalam golongan Al-Gharimin. Ini kerana mangsa banjir berada dalam keadaan darurat, terpaksa berhutang untuk meneruskan hidup dan memerlukan bantuan segera. 

Inilah contoh dikatakan zakat disumbangkan kembali kepada komuniti. Jadi korang, jangan ambil mudah mengenai tuntutan membayar zakat. 


Bayar Zakat Pelaburan Melalui AIIMAN

AIIMAN Asset Management Sdn Bhd ialah syarikat pengurusan pelaburan Islam yang menguruskan aset untuk dana pencen, institusi, korporat, nilai bersih tinggi dan individu mewah. Beribu pejabat di hab kewangan Islam dunia Kuala Lumpur, Malaysia, AIIMAN memberi tumpuan kepada menyediakan pelanggan penyelesaian pelaburan Syariah yang luar biasa dan inovatif yang merangkumi aset ekuiti dan sukuk.


Zakat Pelaburan

Perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan adalah inisiatif AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (AIIMAN) untuk membantu para pelabur mengira dan membayar zakat ke atas Pelaburan mereka (yang dibuka dengan AIIMAN sahaja) kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). 


Zakat Pelaburan hanya tertakluk kepada akaun pelaburan individu persendirian di dalam mana-mana Dana-Dana Patuh Shariah Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM) & AIIMAN yang dibuka di bawah pelan tunai dengan AIIMAN sahaja.

Pelabur perlu bertanggungjawab untuk melunaskan sendiri kewajipan zakat terhadap akaun pelaburan bersama.

Cara Bayar Zakat Pelaburan Melalui AIIMAN

2.5% daripada jumlah akhir pelaburan yang cukup Nisab dan Haul pada 31 Oktober setiap tahun akan ditolak untuk tujuan pembayaran Zakat Pelaburan.

Bagi mereka yang ada membuat pelaburan bersama AIIMAN, korang tidak perlu bersusah payah untuk mengira berapa jumlah zakat yang perlu dibayar.

Caranya mudah sahaja. Para pelabur perlu mengisi borang perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan yang disediakan oleh AIIMAN. Pelabur hanya perlu mengisi borang perkhidmatan pembayaran zakat pelaburan sekali sahaja sehingga pelabur memaklumkan AIIMAN untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran zakat pelaburan tersebut.


Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi

Jom sertai Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi. Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi.

Syarat Kelayakan:
  • Terbuka kepada semua KECUALI warga kerja LZS.
  • Untuk menyertainya, peserta hendaklah mematuhi peraturan berikut:
  1. Peserta perlu membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
  2. Peserta perlu imbas kod QR untuk mengisi borang sebagai bukti dan komitmen penyertaan.
  3. Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
  4. Setiap peserta berhak untuk satu cabutan.
  5. Pemenang akan menyumbangkan 50% daripada nilai hadiah yang diterima kepada asnaf yang berhak dan ditentukan oleh LZS sendiri.

Kempen bermula dari 15 November hingga 31 Disember 2021.

Link Peraduan : My2point5 Zakat Selangor

Jom Tunai Zakat


Peraduan Zakat


Zakat Selangor LZS

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

Web : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق (0)
أحدث أقدم