Cara Bayar Zakat Pelaburan Melalui AIIMAN | Tinggal beberapa hari je lagi tahun 2021 bakal meninggalkan kita. Mereka yang layak bayar zakat, dah tunaikan kewajipan ke? Yaya sendiri baru selesai buat pembayaran zakat pekerja kepada pusat zakat. Ini pun pemudah cara juga, biar majikan bayar zakat pekerja melalui potongan gaji.
Zaman serba moden ni nak bayar zakat punya lah mudah dan pantas. Islam adalah agama yang bersifat menyeluruh iaitu menerima perubahan dari semasa ke semasa. Dengan kewujudan teknologi dan inovasi ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah dengan lebih mudah dan cepat. Nak bayar zakat fitrah atau zakat harta semuanya hanya dihujung jari. Boleh bayar zakat secara online di LZS, online banking atau e-wallet macam TouchnGo, Boost dan GoPayz.
Kategori Layak Menerima Zakat
Terdapat 8 Asnaf (penerima) zakat dan golongan ini disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran dalam Surah At Taubah, ayat 60.
۞ اِنَّمَا الصَّدَقٰتُ لِلْفُقَرَاۤءِ وَالْمَسٰكِيْنِ وَالْعَامِلِيْنَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوْبُهُمْ وَفِى الرِّقَابِ وَالْغَارِمِيْنَ وَفِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَابْنِ السَّبِيْلِۗ فَرِيْضَةً مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَلِيْمٌ حَكِيْمٌ 60.Sesungguhnya zakat itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang miskin, amil zakat, yang dilunakkan hatinya (mualaf), untuk (memerdekakan) hamba sahaya, untuk (membebaskan) orang yang berutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai kewajiban dari Allah. Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana.
1) FAKIR
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.2) MISKIN
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.3) AMIL
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.4) MUALLAF
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.5) RIQAB
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.6) FISABILILLAH
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.7) AL-GHARIMIN
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya. Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:• Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
• Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
• Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
8) IBNU SABIL
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:• Putus bekalan dalam perjalanannya.
• Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
• Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
• Ditinggalkan dalam perjalanan.
Mangsa Banjir Layak Terima Zakat
Gambar: BH Online |
Runtun hati mengenangkan mangsa banjir. Banjir yang melanda minggu lepas di beberapa negeri menjejaskan ribuan keluarga. Kediaman dan harta benda musnah, malah ada diantara mereka kehilangan orang tersayang.Semoga urusan semua mangsa banjir permudahkan.
Alhamdulillah, mangsa banjir berhak menerima zakat kerana dikategorikan dalam golongan Al-Gharimin. Ini kerana mangsa banjir berada dalam keadaan darurat, terpaksa berhutang untuk meneruskan hidup dan memerlukan bantuan segera.
Inilah contoh dikatakan zakat disumbangkan kembali kepada komuniti. Jadi korang, jangan ambil mudah mengenai tuntutan membayar zakat.
Bayar Zakat Pelaburan Melalui AIIMAN
AIIMAN Asset Management Sdn Bhd ialah syarikat pengurusan pelaburan Islam yang menguruskan aset untuk dana pencen, institusi, korporat, nilai bersih tinggi dan individu mewah. Beribu pejabat di hab kewangan Islam dunia Kuala Lumpur, Malaysia, AIIMAN memberi tumpuan kepada menyediakan pelanggan penyelesaian pelaburan Syariah yang luar biasa dan inovatif yang merangkumi aset ekuiti dan sukuk.Perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan adalah inisiatif AIIMAN Asset Management Sdn Bhd (AIIMAN) untuk membantu para pelabur mengira dan membayar zakat ke atas Pelaburan mereka (yang dibuka dengan AIIMAN sahaja) kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Zakat Pelaburan hanya tertakluk kepada akaun pelaburan individu persendirian di dalam mana-mana Dana-Dana Patuh Shariah Affin Hwang Asset Management Berhad (Affin Hwang AM) & AIIMAN yang dibuka di bawah pelan tunai dengan AIIMAN sahaja.
Pelabur perlu bertanggungjawab untuk melunaskan sendiri kewajipan zakat terhadap akaun pelaburan bersama.
Pelabur perlu bertanggungjawab untuk melunaskan sendiri kewajipan zakat terhadap akaun pelaburan bersama.
Cara Bayar Zakat Pelaburan Melalui AIIMAN
2.5% daripada jumlah akhir pelaburan yang cukup Nisab dan Haul pada 31 Oktober setiap tahun akan ditolak untuk tujuan pembayaran Zakat Pelaburan.
Bagi mereka yang ada membuat pelaburan bersama AIIMAN, korang tidak perlu bersusah payah untuk mengira berapa jumlah zakat yang perlu dibayar.
Caranya mudah sahaja. Para pelabur perlu mengisi borang perkhidmatan pembayaran Zakat Pelaburan yang disediakan oleh AIIMAN. Pelabur hanya perlu mengisi borang perkhidmatan pembayaran zakat pelaburan sekali sahaja sehingga pelabur memaklumkan AIIMAN untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran zakat pelaburan tersebut.
Kempen bermula dari 15 November hingga 31 Disember 2021.
Link Peraduan : My2point5 Zakat Selangor
Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi
Jom sertai Peraduan Jom Tunai Zakat : Menang & Kongsi. Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM17,000 untuk dimenangi.Syarat Kelayakan:
- Terbuka kepada semua KECUALI warga kerja LZS.
- Untuk menyertainya, peserta hendaklah mematuhi peraturan berikut:
- Peserta perlu membuat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
- Peserta perlu imbas kod QR untuk mengisi borang sebagai bukti dan komitmen penyertaan.
- Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
- Setiap peserta berhak untuk satu cabutan.
- Pemenang akan menyumbangkan 50% daripada nilai hadiah yang diterima kepada asnaf yang berhak dan ditentukan oleh LZS sendiri.
Kempen bermula dari 15 November hingga 31 Disember 2021.
Link Peraduan : My2point5 Zakat Selangor
Web : https://www.zakatselangor.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)
Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor
Instagram : https://www.instagram.com/zakatselangor/
No Telefon : 1-300-88-4343 (9:00 pagi hingga 4:00 petang)