Tempe Goreng Rangup | Tempe banyak khasiatnya. Suatu ketika dulu Yaya tak berapa suka dengan tempe ni. Pertama kali makan tempe dapat tempe yang lembik. Emak pula tak pernah menyediakan masakan jawa seperti tempe ni. Jadi Yaya tak pernah tahu rasa tempe yang sedap macam mana.
Sehinggalah dah belajar dan pandai beli makanan luar. Pertama kali mencuba sambal tempe di restoran yang menyajikan pelbagai menu masakan Padang. Tempe goreng rangup yang dimasak sambal bersama ikan bilis, kentang dan kacang tanah memang memikat jiwa. Bermula dari situ lah Yaya jadi pencinta tempe.
Kali ini Yaya nak berkongsi cara membuat tempe goreng yang rangup. Sesuai dijadikan juadah minum petang. Nak menyediakannya pula cukup mudah. Penggunaan jintan manis dalam bancuhan tepung yang menjadikan tempe goreng ni bertambah sedap.
Baca: Resipi Kerepek Ngaku
Khasiat tempe yang perlu korang tahu
1)Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.2) Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.
3) Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.
4) Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
5) Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.
Resipi Tempe Goreng Rangup
Bahan-bahan untuk resipi tempe goreng rangup
- 1 pek tempe
- 1 sudu makan tepung Bestari
- 1 sudu makan tepung beras
- Sedikit jintan manis
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit air
- Garam jika perlu
wah..menariks ni.. tq share resepi...
ReplyDeletesedap buat kudapan ni kan yaya :)
ReplyDeleteMau dicoba nih.
ReplyDeleteSedapnya tempe goreng. Memang lagi sedap letak jintan manis tu. Tambah lagi tepung bestari berperisa. Cicah sambal kicap memang sedaplah ni.
ReplyDeletefavv sangatt ni lahaiii
ReplyDeleteAah kan, tak pernah terfikir nak goreng tempe celup tepung. Boleh cuba lah lepas ni..
ReplyDeletesedapnya dimakan bersama teh o pd waktu ptg.....
ReplyDeleteTepung bestari goreng apapun sedap.
ReplyDeletesedapnya kak <3
ReplyDeleteAda petua kata, nak tempe goreng rangup dan lembut,
ReplyDeletetempenya kena rendam dulu dalam air buat seketika.
Ada jintan manis tu yang tambah sedap bila tergigit!
ReplyDelete