Wafiq Sertai MILO® Champions Clinic: Badminton E-Coaching | Memikirkan anak-anak yang kehidupannya hanya di dalam rumah sejak berlakunya pandemik, kami ibu ayah mencari inisiatif untuk anak beraktiviti supaya sentiasa aktif, cergas dan cerdas. Tidaklah hanya menghadap skrin tengok smartphone dan laptop sahaja.
Wafiq dan Wazif walaupun aktif dalam sukan taekwondo, Yaya memang nampak mereka ada minat dan kecenderungan juga ke arah sukan badminton. Semasa anak kecil ini, tak salah untuk kita memberi galakkan untuk anak menyertai lebih dari satu jenis sukan. Kita sendiri belum pasti sukan yang mana yang lebih kena dengan jiwa anak. Sebagai ibu bapa, kita berusaha untuk menerapkan sukan dalam jiwa anak-anak.
Bila Yaya tahu Milo membuka pendaftaran untuk menyertai clinic untuk sukan badminton secara E-coaching, memang Yaya tak lepaskan peluang untuk daftarkan anak. Milo Champions Clinic adalah latihan sukan bertaraf dunia yang dipimpin oleh jurulatih-jurulatih kebangsaan. Yaya cepat-cepat membuat pendaftaran. Buat permulaan ni Yaya daftarkan untuk abang Wafiq je dulu.
MILO® Champions Clinic E-Coaching 2021 - Badminton
Milo Champions Clinic menawarkan tiga sukan pilihan iaitu futsal, bola keranjang dan juga badminton. Sesi latihan atas talian ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia yang berumur 7- 12 tahun. Ketiga-tiga sukan ini dilatih oleh jurulatih-jurulatih hebat negara.
Pada mulanya kami tertanya-tanya juga bagaimana clinic e-coaching ini bakal dijalankan. Setelah meneliti modul latihan, barulah kami nampak sedikit gambaran. Nampaknya belajar badminton secara e-coaching ini memerlukan penglibatan antara ibubapa dan anak. Apa-apapun kita buat pendaftaran dulu.
Terdapat dua pilihan pakej iaitu pakej asas (RM50) dan pakej penuh (RM85). Yang membezakan dua pakej ini adalah dari segi peralatan yang akan diterima. Untuk Wafiq, yaya daftarkan untuk pakej penuh. Jadi nanti kami akan terima:
- Raket x 1
- Kon x 6
- Bulu tangkis sintetik x 6
- Jersi Latihan MILO® x 1
Latihan badminton secara online selama 5 minggu
Modul MILO® Champions Clinic untuk badminton ini digubah oleh Coach Daphne Ng iaitu seorang bekas pemain badminton kebangsaan. Modul ini direka untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai pengalaman untuk mempelajari asas-asas sukan. Ia untuk peringkat permulaan dengan konsep "Sentuhan Pertama" / “First touch”.Belajar teknik asas bermain badminton yang betul
Sepanjang latihan selama 5 minggu ini, peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Wafiq berada dalam kumpulan 43 bersama dua lagi peserta dan akan mendapat tunjuk ajar daripada coach Wong Howe Nguong.Modul Latihan 1
- Cara Memegang Raket - Pegangan Hadapan, Pegangan Kilas
- Forehand Overhead Lob
- Frontback Footwork
- Servis
- Latihan Fizikal
Modul Latihan 2
- Cara Memegang Raket - Forehand overhead service, Backhand Front Lift
- Gerakan Kaki
- Servis Forehand Overhead Lob
- Servis Backhand Lift
- Latihan Fizikal
Modul Latihan 3
- Forehand Front Lift
- Gerakan Kaki
- Kombinasi Overhead Lob & Forehand Front Lift
- Latihan Fizikal
Modul Latihan 4
- Ayunan Forehand & Backhand Gripping
- Mid-Court Forehand Lift
- Gerakan Kaki
- Servis Forehand Tinggi
- Latihan Fizikal
Modul Latihan 5
- Mid-court Backhand Lift
- Backhand Side Lift
- Teknik Servis Kilas
- Gerakan Kaki
- Latihan Fizikal
Asalam terjah blog ini..dah lama follow ya
ReplyDeleteanak ammi yang no. 2 nampak suka dgn badminton tapi sekarang ni kaki kanan dia injured jadi perlu direhatkan sampai habis sessi fisio dia. dia nak skipping pun ammi risau
ReplyDeleteErima kasih kerana masih sudi baca blog saya.
ReplyDeleteAnak anak saya semuanya tak meminati sukan. Macam ayah depa la kot...huhu
alamak .. rugi betullah. anak kak azni pun tengah minat badminton. kalau tak boleh join
ReplyDeleteminat bersukan perlu dididik sedari kecil. Tahniah!
ReplyDeleteKalau dah minat, bagus juga join e-coaching. Banyak modul yang disediakan.
ReplyDeleteWah! Ada gaya bakal pemain badminton negara ni Wafiq.
ReplyDeleteWah, hebat Wafiq..daebakkk
ReplyDelete