Tidur Lena Dengan Bantal Hotel Viral, DAS Abdul Global (DAG)

Tidur Lena Dengan Bantal Hotel Viral, DAS Abdul Global (DAG) | Dapat tidur lena, bangun dengan badan yang segar dan melakukan aktiviti seharian dengan cergas memang satu nikmat. Ada orang letak je kepala atas bantal terus lena. Ada sesetengah orang pula pusing kanan, pusing kiri, peluk bantal busuk, tak juga dapat lelap. 

Bantal Hotel Viral

Bukan semua orang dapat tidur yang berkualiti walaupun dah tidur lapan jam setiap malam. Bila bercakap mengenai tidur yang berkualiti ianya bukan mengenai berapa lama korang tidur, tapi berapa jam tidur berkualiti yang korang dapat.


Alah membeli menang memakai

Nak berbelanja ni memang Yaya akan buat kira-kira dulu. Berbaloi atau tidak penggunaannya, sekadar keperluan atau kehendak. Terutama kalau barang yang nak dibeli agak mahal. Tapi bab kesihatan, kita usaha juga dapatkan yang terbaik. 

Contohnya tilam dan bantal. Nak dapatkan tidur yang lena, elak masalah sakit belakang, sakit leher selepas bangun tidur, pemilihan kualiti tilam dan bantal yang baik perlu diambil kira juga.

Tilam dan bantal ni banyak betul range harga yang terdapat di pasaran. Dari harga mur-mur sampai harga ribu-riban. Semestinya perbezaan harga ni ada kaitan dengan kualiti barang. 

Bila check-in hotel, bukan main empuk tilam dan bantal tu kan. Kali ni Yaya nak review pasal bantal je sebab Yaya baru je beli bantal hotel viral dari DAS Abdul Global. Nampak macam ala..bantal je pun. Haish korang, ada banyak masalah kesihatan berpunca dari sebiji bantal yang mungkin korang pandang remeh ni. 


6 Masalah Kesihatan Berpunca Dari Bantal

1) Masalah Jerawat

Bantal mengumpul banyak bakteria daripada sisa sel kulit, air liur, kelimumur dan lain lain. Sel kulit mati adalah makanan hama dan kutu kecil. Kutu meninggalkan najis yang menyebabkan gejala alahan seperti selsema,gatal gatal, batuk dan bersin. Ia membuatkan kita berasa sangat sensitif dan bakteria pada sarung bantal adalah penyebab jerawat.

Dinasihatkan sarung bantal ditukar setiap 1-2 minggu sekali dan perlu dibasuh setiap 6 bulan. Ataupun jemur bantal dibawah cahaya matahari boleh membunuh bakteria dan menyegarkan bau bantal

2) Sakit leher

Jika korang menundukkan kepala dalam waktu yang lama, tak terkecuali saat tidur. Posisi ini bisa menyebabkan ketidaknyamanan di bagian leher. Selain itu, bantal yang terlalu lunak maupun terlalu keras juga bisa menyebabkan sakit leher.

Anda perlu memilih bantal yang pas dan jangan menundukkan kepala ketika tidur untuk menghindari sakit leher.

3) Sakit kepala

Tidur menggunakan bantal yang salah boleh menyebabkan sakit kepala. Jika bantal terlalu keras atau tidak sesuai lekuk leher, boleh menyebabkan leher tegang dan sakit kepala.

4) Sakit punggung

Bantal yang menyokong kepala, leher dan bahu juga boleh memengaruhi punggung korang. Posisi bantal dan tubuh yang tidak sesuai boleh menyebabkan sakit punggung.

Korang disarankan menggunakan bantal yang cukup tinggi agar leher dan tulang belakang berada dalam satu baris ketika tidur. Lekuk bantal yang sesuai boleh membantu mencegah sakit punggung.

5) Alergi

Jika korang susah untuk tidur, mata gatal, sakit kepala, bersin dan merasa penat di siang hari. Semua itu mungkin dipengaruhi oleh bantal tidur. Apalagi, cuci lah bantal tidur secara teratur jika ingin menghindari alergi akibat kotoran dan debu yang berkumpul pada bantal.

6) Tidur terganggu

Bila dah tersalah pilih bantal, dapat pula sakit kepala, sakit leher, ini akan mengganggu kualiti tidur seseorang. Bila dah tak cukup tidur ni, mula lah datang  penyakit lain macam darah tinggi. 


Bantal Quilted, Bantal Hotel Viral Dari DAS Abdul Global (DAG)

Untuk makluman korang, DAG menjadi Jenama Top di Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

Korang boleh mendapatkan pelbagai produk kelengkapan bilik tidur bertarf hotel 7 bintang seperti bantal tidur, bantal peluk, sarung bantal, tuala dan comforter. 

Menariknya korang ada pilihan untuk membuat bayaran ansuran tanpa faedah sehingga 3 bulan. Menarik bukan? Selepas ni dah boleh feeling macam tidur di hotel mewah walaupun hakikatnya tidur di rumah sendiri jer..hihi.

Terkini, DAS Abdul Global mengeluarkan bantal Quilted. Bantal dengan isian microfiber ni mempunyai lapisan quilted yang lembut pada sebelah bahagian dan sebelah bahagian lagi microfiber tanpa quilted.  

Berat Bantal Quilted 

  • Bantal = 1.6kg
  • Bantal with box = 2.3kg
  • Berat kotak = 0.7kg
  • Ukuran bantal = 19"x 29"


Ciri-Ciri Bantal Quilted

Bantal Quilted

  • Isian microfiber yang gebu
  • Direka khas dengan double piping untuk menyerlahkan kekemasan bantal
  • Teknologi fabrik yang boleh menyerap lembapan, dan cepat kering.
  • Membantu mengurangkan masalah berpeluh ketika tidur
  • Tidur yang lebih selesa kerana bantal ini membantu menyesuaikan mengikut keadaan suhu persekitaran.
  • Bantal selamat digunakan kerana ianya anti bakteria dan tidak berbau
  • Tidak digalakkan untuk basuh menggunakan mesin basuh
  • Rekaan quilted yang kemas dan eksklusif. Bantal Quilted pertama DAG
  • 2 in 1 pillow - microfiber fabric & microfiber fabric with quilted

Bantal Hotel
2 in 1 pillow - microfiber fabric & microfiber fabric with quilted



Pengalaman guna bantal Quilted keluaran terbaru DAG

Ahamdulillah, dah seminggu Yaya tidur berbantalkan bantal Quilted ni. Masa mula-mula dapat bantal ni kan, terkejut juga bila tengok saiz bantal yang agak lebar dan tinggi. Jahitan double piping pada bahagian tepi bantal bukan sahaja menjadikan bantal nampak kemas, tapi isian dalam bantal tak jadi membukit. Biasa kita beli bantal bahagian tengah akan jadi lebih tinggi, tapi bantal Quilted ni memang lain.

Yaya cukup sensitif sebenarnya  dengan bantal tidur.  Bantal tak boleh tinggi sangat. Silap pilih bantal terus sakit kepala dan leher ni. 

Bantal Hotel Selesa Dan Empuk


Bantal Quilted ni walaupun nampak agak tinggi, bila dah letak kepala tu terasa sangat empuk dan selesa. Sangat best! Tak ada masalah sakit kepala dan tidur pun lena sangat. Bagai orang mengantuk disorongkan batal, terus kroh kroh. Haha.

Mengenai material pula, memang tak ada masalah. Seperti yang di claim, fabrik yang digunakan pada bantal Quilted ni boleh menyerap lembapan, dan cepat kering. Kalau berpeluh masa tidur tu cepat je kering, bila dah mudah kering, bau hapak pun tak ada.

Ukuran bantal yang besar sememangnya buat Yaya rasa selesa untuk tidur dalam apa-apa posisi pun sama ada mengiring atau terlentang. Nak tidur sebantal dengan suami di sebelah pun boleh, masih lagi selesa. Mengeratkan hubungan gitu...haha.

Hilangkan Sakit Kepala Sakit Leher Dengan Quilted Pillow

Tapi masalah lain pula timbul, ni budak atas ni. Dah ambil alih kuasa. Dia kata dia nak bantal quilted fluffy ni.. Alahai anak, bantal ibu ni. Mai sini duit tabung awak, ibu nak order lagi dua biji quilted pillow ni. Hihi


Sesuai dijadikan hadiah

Hadiah Bantal Varial Bantal Quilted
Quilted Pillow


Kebiasannya kita selalu berdepan kekangan idea nak bagi hadiah kepada seseorang. Yaya pun macam tu juga. Selepas ini, boleh lah masukkan bantal Quilted dari DAG ni dalam list hadiah.

Bila korang beli bantal ni, bantal siap diletakkan di dalam sebuah kotak khas. Siap dengan pemegang. Nampak eksklusif sangat kan? Kotak pun dah lawa, tak perlu balut dah..hah, telus gitu hadiah korang takde selindung-selindung. Hihi.

Sesuai sangat dijadikan hadiah kepada pengantin baru, hadiah harijadi, hadiah kepada anak nak masuk asrama pun boleh sangat ni.


Macam mana nak beli dan berapa harga bantal Quilted DAS Abdul Global ni?

Harga Asal : RM150

Diskaun kepada pelanggan menggunakan guna kod diskaun : RM135

Korang dah baca review bantal quilted ni dan berminat nak beli, nak dapatkan penjimatan, masukkan kod diskaun ‘yaya’ di daspillow.com atau boleh terus klik link ini untuk membuat pembelian.

Promosi sah sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Jadi korang yang ada masalah tidur, apa kata beli bantal Quilted dari DAS Abdul Global ni untuk dapatkan tidur yang lena. 


Jana pendapatan bersama DAG secara percuma, tanpa modal

Perniagaan Tanpa Modal Daftar Percuma

Di zaman serba mencabar ni, memang digalakkan kita mencuba pelbagai cabang perniagaan untuk mendapatkan rezeki lebih dan dapat meningkatkan taraf hidup. Tak perlu set perniagaan yang menggunakan modal, pulangannya pula belum tentu.

Mulakan dengan perniagaan yang tidak memerlukan modal. Salah satunya, dengan menjadi usahawan DAG. Pendaftaran pula secara percuma, tak perlu modal dan tak perlu simpan stok. Terpulang pada korang, nak jalankan bisnes secara sepenuh masa ataupun secara sambilan sahaja.


Mudahnya menjual bantal DAG

Atasi Masalah Tak Cukup Tidur
Bantal Hotel Viral DAS Abdul Global (DAG)

  • Segala bahan termasuk gambar, video berserta copywriting disediakan.
  • Dibimbing secara EXCLUSIVE oleh Team HQ DAG dengan ilmu lebih ADVANCE dan TERKINI. 
  • Support group bersama team HQ di Whatsapp/ Telegram/ Facebook
  • Marketing tools yang kawkaw dijalankan oleh HQ seperti FB ADS, RADIO, majalah, surat khabar, TV dan memiliki BILLBOARD di seluruh Malaysia.
  • Reward dan penganugerahan disediakan.
  • Lucky Draw Reseller.


Untuk maklumat lanjut boleh layari website dan media sosial DAS Abdul Global

Website : https://www.dasabdulglobal.com/
Facebook : https://www.facebook.com/dasabdulglobal/
Instagram : https://www.instagram.com/dasabdulglobalofficial/

#dasabdulglobal #bantaldag #bantaldasabdul #bantalqueenDAG #MudahnyaBerniagaBersamaDAG


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

3 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم