Yoodo, Telco Digital Dan Buat Sendiri Unlimited Plan

Yoodo, Telco Digital Dan Buat Sendiri Unlimited Plan | Korang pernah dengar Yoodo? Yaya dah pernah dengar sebelum ini dan ada beberapa orang kenalan menggunakan Yoodo. Tapi setakat tahu macam itu saja lah. 

Bila nak dapatkan talian telco untuk memudahkan anak belajar dari rumah, Yaya mula membandingkan pelan dari beberapa telco yang ada di Malaysia ni. Masa ni barulah Yaya Tahu mengenai Yoodo. Rupa-rupanya Yoodo dah bertapak dalam dunia telekomunikasi sejak 3 tahun lepas lagi.


Apa itu Yoodo?

Yoodo adalah perkhidmatan telco pertama di Malaysia di mana 100% adalah digital dan customisable unlimited plan. 

Memang tak akan nampak kedai fizikal Yoodo ni di mana-mana sebab semuanya dilakukan secara digital. Bermula dengan pembelian kad sim sehinggalah bantuan khidmat pelanggan, semuanya dilakukan secara digital.

Customisable tu pula di mana pengguna boleh memilih dan mengubahsuai sendiri pelan mudah alih mengikut keperluan dan bajet bila-bila masa sahaja tanpa kontrak. 

Pengguna tak pelu bimbang mengenai liputan kerana Yoodo dikuasakan oleh Celcom dengan rangkaian 4G LTE terluas. 



Keistimewaan Yoodo berbanding telco lain di Malaysia

Memang susah juga nak pilih telco yang sesuai ni. Setiap telco yang ada di Malaysia menyediakan unlimited plan. Begitu juga dengan Yoodo tapi istimewanya  dengan Yoodo pengguna boleh membuat sendiri unlimited plan dengan menggunakan aplikasi sahaja.

Kalau dah boleh buat sendiri pelan yang sesuai keperluan kita, jadi Yoodo ni postpaid ke prepaid?

Bukan postpaid dan bukan juga prepaid. Yoodo adalah gabungan postpaid dan prepaid. Maksudnya kat sini, segala fungsi dan ciri bulanan yang ada pada postpaid digabungkan dengan semua fleksibiliti dan pilihan pembayaran yang mudah yang ada pada prepaid.




1. Unrestricted Unstoppable Unlimited Plan

Pengguna tidak terikat dengan pelan mudah alih tetapi bebas untuk menentukan kelajuan data, hotspot kuota, voice minutes dan sms.


2. Change Your Plan Anytime

Ini yang best. Kebiasaannya kita akan terikat dengan pelan ataupun kotrak. Tapi tidak dengan Yoodo. Pengguna bebas menukar pelan bila-bila masa sahaja.


3. Power Pass

Power Pass ialah pengguna boleh add-on data packet dengan hanya RM2 sahaja. Turn on sahaja apps yang ingin digunakan. Ini membolehkan pengguna menikmati high-speed data untuk tempoh satu jam tanpa mengganggu pelan sedia ada. 


4. Yoodo Rewards

Yoodo memperkenalkan Yoodo Rewards di mana pengguna akan mendapatt 1 Add-On percuma dengan setiap pembelian 10 Add-Ons.


Yoodo memperkenalkan konsep yang menyokong komuniti


Memang menarik konsep yang dibawakan Yoodo. Yoodo berusaha memupuk bakat yang ada pada generasi Y dan Z dalam gaming /e-sports, music and entertainment, active sports dan juga KPop. 

Sekarang ni ramai anak muda menjadikan gaming, muzik contohnya sebagai cabang untuk menghasilkan duit. Yoodo dengan konsep yang dibawa akan mendekati anak-anak muda ini dan mengetengahkan bakat yang ada pada mereka. Mana tahu dari sekadar minat boleh berubah menjadi profession?

>> Gaming/E-Sports

Memang terserlah usaha yang dilakukan pihak Yoodo apabila menjadi telco yang mendominasi e-sports mahupun active sports. Beberapa pasukan dibentuk dan telah menyertai pelbagai tournament.



>> Music & Entertainment

Untuk mengetengahkan bakat anak-anak muda terutamanya dari kumpulan pemuzik bebas, Yoodo telah berkerjasama dengan Rakita FM untuk Carta Indie Kita. 


>> Active Sports

>> KPop



Macam mana nak dapatkan simkad Yoodo?

Atas tadi Yaya dah maklum Yoodo tiada kedai fizikal. Jadi untuk mendapatkan simkad, mula-mula sekali kena muat turun aplikasi Yoodo. Buat pendaftaran dan simkad akan dihantar ke alamat korang secara percuma

Nak kekalkan nombor sedia ada pun boleh. Masa nak daftar pilih untuk kekalkan nombor lama. Dan kalau korang tak sabar untuk menunggu simkad sampai ke rumah, simkad boleh dibeli di Celcom Blue Cube, BH Petromarts dan juga Petronas Mesra dengan hanya RM3.

Hah, nak simkad free atau nak bayar RM3? Hihi

Tapi, kalau telefon korang ada fungsi eSIM, Yoodo merupakan telco yang menyokong fungsi eSIM. Korang tidak perlu menggunakan nano-SIM fizikal dan pelan diaktifkan secara digital sahaja. 

Permohonan simkad dan eSIM  juga boleh dibuat di website Yoodo.


Daftar segera Yoodo, dapatkan promosi dan tawaran terkini 


>> Monster Returns - 20 GB data dengan hanya RM20

>> Power Pass - 12 Jam 100 GB dengan hanya RM10 (berakhir 14/10/2021)

>> Refer 2 Earn - RM20 kredit percuma setiap kali ada rakan mendaftar menggunakan kod refferal korang dan rakan korang juga akan dapat 7GB data percuma.

>> Prihatin Pass - 80GB data berkelajuan tinggi dengan hanya RM5 sebulan. Rakyat Malaysia yang layak boleh mendaftar sehingga 30 September 2021


Tunggu apa lagi. Cepat-cepat daftar Yoodo. Untuk lebih info boleh ke wesbsite dan media sosial Yoodo.

Instagram: https://www.instagram.com/yoodomy/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@yoodomy?


p/s: korang kena tengok video atas tu, memang best, menghiburkan. Macam-macam loghat keluar dari perkakasan rumah. Fahami maksud yang tersirat...deep sangat.

#whatyoowant  #youdoitbetter


Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

1 تعليقات

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

إرسال تعليق
أحدث أقدم