Semoga semakin murah rezeki pakcik

Semoga semakin murah rezeki pakcik | Assalamualaikum semua, salam Jumaat. Lamanya tak bersiaran. Pagi ni Yaya cuba untuk buat quick post. Nak berkongsi cerita fresh. Cerita pagi ini juga kejadiannya.

Alkisah, teringin nak makan roti keramat. Di Terengganu ni kami panggil 'kayu keramat'. Atau lebih tepat sebutannya 'kayu kamak'. Kadang-kadang sengaja disebut Hollywood bila ditukar ke bahasa omputih. Haha.  Sedapnya roti keramat cicah teh panas.

Teringat kejadian lama dulu. Yaya pernah buat roti keramat ni. Itulah kali pertama dan terakhir. Bila dihidang untuk minum petang suami tanya 'kuih apa ni, macam monster rupanya' haha.. Percubaan pertama yang gagal.

Lepas tu tak buat dah. Bukan merajuk cuma tak paksa diri untuk buat sendiri memandangkan senang nak dapat roti keramat ni. Dah la yang dijual tu sedap, lagi sedap dari yang buat sendiri. Haha. Murah pula tu. Baik beli jela. Hihi.


Semua ni cuma RM 1

Ye..semua kuih muih ni RM1. Tiga peket roti keramat, 1 peket apam aiskrim dan 1 pek mee goreng hanya dibayar RM1. Kuih muih orang lama ni, kalau dah rasa nak makan tak boleh bawa bincang. nak jugak. Hihi

Tadi sebelum suami ke pasar, minta suami belikan roti keramat dekat gerai seorang pakcik ni. Tak dekat juga dengan rumah tapi on the way tu akan tempuh gerai pakcik ni dulu. 


Roti keramat

Kalau diikutkan tidaklah terlalu lewat. Lebih kurang jam 9.30 pagi suami tiba di gerai pakcik tu. Tapi barang jualan dah nak habis. Rezeki Yaya roti keramat masih ada. Terkejut suami bila pakcik tu bungkuskan semua baki kuih muih yang masih belum terjual. Nak tutup gerai dah katanya.

Pakcik ni memang pemurah. Kalau orang dah biasa beli kat gerai dia tau lah betapa pemurah dan ramahnya dia. Setiap kali membeli pasti akan dapat kuih percuma walaupun hanya sebiji kuih bait.


kayu Keramat Roti Keramat
Semua kuih muih ni cuma RM1

Harga yang perlu dibayar cuma RM1, harga asal untuk sepeket kayu keramat. Alhamdulillah, rezeki Yaya di pagi Jumaat. Semoga pakcik tu pun semakin murah rezeki. Aamiinnnn..


Servis baiki iPhone rosak

Baiki iPhone

Alang-alang ni, Yaya nak share juga mengenai Chamo, sebuah  kedai repair dan baiki handphone dengan kepakaran juruteknik yang mahir.

Mereka boleh menukar bateri/skrin phone yang rosak dalam masa 30 minit sahaja. Servis-servis lain macam nak tukar front/backglass iPhone, repair motherboard, atau reset software pun mereka boleh uruskan dengan pantas.

Apa lagi korang, kalau ada nak baiki iPhone rosak, boleh ke https://chamo.my di Seri Kembangan. 
Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo:

No. Telefon: 017-282 8089
Alamat: 118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

4 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. Aamiin. Semoga rezekinya terus mengalir deras dari segenap pintu-pintu rezeki yang terbuka seluas-luasnya.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi kuih kayu keramat. Semoga penjual kuih tu sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
  3. Aminnnn.

    Negeri cantik In Sha Allah orang nya pun baik-baik. Gituu tagline

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post