Penjagaan Kesihatan Lelaki Di SuamiSihat.Com.My | Penjagaan kesihatan seharusnya dititikberatkan tidak kiralah lelaki atau perempuan. Namun apa yang sering kita tengok masa kini, kaum lelaki memandang ringan berkenaan penjagaan kesihatan mereka. Kebanyakan mereka mempunyai rasa ego yang tinggi, suka memendam masalah dan tidak berjumpa dengan pakar untuk merawat masalah kesihatan.
Tambah lagi ketika ini dunia sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Pelbagai peraturan diwujudkan untuk mengawal wabak. Bila tak boleh keluar rumah, pelbagai aktiviti menjadi terbatas. Kemudahan teknologi pula semuanya tersedia di depan mata. Nak order makanan, nak beli barang dapur semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Tak perlu bersusah payah keluar rumah.
Hasilnya, manusia hari ni kurang bergerak, kurang bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Tanpa sedar ianya bakal mengundang pelbagai penyakit. Dalam situasi kita berdepan dengan Covid-19 ni, seeloknya kita pastikan penjagaan kesihatan berada pada tahap yang terbaik.
Cara-Cara Dan Kepentingan Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Selalu kita dengar dan disuruh mengamalkan gaya hidup sihat. Namun, adakah kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian? Pengamalan gaya hidup sihat merangkumi beberapa aspek yang perlu diberi perhatian iaitu dari segi pemakanan dan gaya hidup.
1) Mengamalkan pemakanan seimbang
2) Tidak merokok, meminum alkohol dan pengambilan dadah.
3) Melakukan aktiviti senaman yang berkala
4) Mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran
5) Waktu tidur yang cukup
6) Sentiasa berfikiran positif
7) Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Kepentingan Penjagaan Kesihatan Untuk Keharmonian Dan Kebahagiaan Rumahtangga
Penulisan kali ini lebih kepada penjagaan kesihatan suami. Bukan kata isteri sentiasa terbuka mengenai penjagaan kesihatan. Suami adalah pemimpin dan ketua keluarga. Tempat isteri dan anak-anak bergantung. Tugas seorang suami adalah memastikan supaya isterinya selalu berasa bahagia apabila berada di samping suami. Suami adalah pemimpin yang diwajibkan memimpin dan menjaga isteri dan anak-anak kerana mereka adalah amanah dari Allah.
Untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun seorang ayah, seharusnya suami tidak ambil mudah mengenai penjagaan kesihatan. Dengan tubuh badan yang sihat, dapatlah suami melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga dan menyempurnakan nafkah zahir dan batin.
Sekiranya tahap kesihatan yang baik sentiasa diberi perhatian, tidak mustahil hal-hal lain akan bergerak seiring. Apabila kesihatan berada pada tahap yang memuaskan, sudah pasti emosi juga terjaga, tekanan dapat dielakkan dan sentiasa berfikiran positif. Hubungan dengan anak-anak menjadi lebih rapat.
Penjagaan Kesihatan Lelaki Terutamanya Kesihatan Seksual Bukanlah Sesuatu Yang 'Taboo'
Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa disfungsi ereksi merupakan petunjuk awal bahawa seseorang lelaki itu menghadapi masalah serangan jantung (kardiovaskular), diabetes (diabetes mellitus), tekanan darah tinggi (hypertension) atau paras kolesterol darah yang tinggi (hyperlipidaemia).
Penjagaan Kesihatan - Mental Dan Fizikal
Obesiti Dan Masalah Kesuburan Lelaki Di Malaysia Meningkat
Malah obesiti mempunyai kesan negatif terhadap kualiti hidup, kecergasan fizikal, harga diri, seksualiti, kesejahteraan emosi dan sosial dan juga, yang sering dipandang remeh, masalah ketidaksuburan.
American Society for Reproduction (ASRM) melaporkan bahawa lelaki obes lebih cenderung mengalami kecelaruan hormon testosteron. Lemak yang berlebihan menjadi sumber kepada penukaran androgen, kepada estrogen, dan menyebabkan tahap testosterone menjadi rendah, kemerosotan kualiti sperma dan seterusnya mengurangkan kesuburan berbanding lelaki dengan berat badan normal.
Kajian menunjukkan lelaki berlebihan berat badan mempunyai paras testosteron 24% lebih rendah berbanding lelaki biasa, manakala lelaki obes mempunyai tahap 26% lebih rendah testosteron.
Kemungkinan ketidaksuburan lelaki meningkat sebanyak 10% untuk setiap 9 kilogram peningkatan berat badan berlebihan seorang lelaki.
Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) juga melaporkan obesiti mengurangkan kualiti air mani yang berkaitan dengan penurunan kadar spermatogenesis, pembentukan sperma dan morfologi sperma.
Obesiti juga dikaitkan dengan masalah ereksi dan kurang aktif dalam melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Alhamdulillah. Terima kasih perkongsian. Ilmu ni.
ردحذف