Diorama Alam Sekitar PSV Tahun 6 | Yaya nak kongsikan sebagai kenang-kenangan PDPR untuk matapelajaran PSV. Abang Wafiq kena hasilkan diorama bertemakan alam sekitar. Cabaran juga nak menyiapkan tugasan ni. Dalam keadaan lockdown PKPD bahan-bahan pun terhad. Jadi, kita guna apa yang ada sahaja.
Mula-mula tu Wafiq nak buat diorama bertemakan hidupan laut. Nak buat pemandangan di dasar laut dengan haiwan-haiwan laut bergantungan. Kemudian Yaya cadangkan buat tema pemandangan kampung. Eh, tergoda pula dia dengan idea ibu.
Asasnya, nak ada gambar bukit, rumah di tepi sawah padi, ada sungai mengalir dan juga pokok kelapa. Kebiasaannya, kalau melukis pemandangan di sawah padi elemen-elemen ni mesti dimasukkan. Bezanya kali ni nak dijadikan diorama, kena tukarkan ke bentuk model tiga dimensi (3D).
Jom tengok Wafiq buat diorama tema alam sekitar! Diorama dengan pemandangan di kaki bukit, ada sungai, ada orang-orang, ada kandang haiwan. Vibes kampung gituh!
Membuat Tapak Diorama / Diorama Base
Tapak dan dinding diorama tu dihasilkan dengan menggunakan kotak air mineral besar. Pemandangan bukit bukau dilukis di atas tiga helai kertas bersaiz A4 kemudian di tampal pada kotak. Pastikan corak bersambung. Abang wafiq tak lukis, terus dia lakar guna krayon Buncho dan warnakan. Warna guna krayon ni cepat siap, tapi habis ler warna melekat pada tangan. Untuk tapak pun sama juga, tampal kertas putih pada kotak dan warnakan.
Cara buat origami daun palma dan pokok kelapa
Cara buat origami orang-orang / scarecrow
Walaupun sawah padi sekangkang kera, orang-orang kena buat juga untuk takutkan burung yang banyak berterbangan tu. Lukisan burung tu nostalgia sungguh. Dari ibu sekolah tadika lukis burung macam tu. Ni anak umur 12 tahun pun diajarnya lukis serupa gitu juga. Hahaha.
Cara buat origami rumah
Tapi dengan sekeping kertas memang susah untuk bagi stabil. Terutama bahagian sisi rumah. Dah la nipis, pastu nak cantumkan dengan atap pula. Wafiq gunakan kertas yang sedikit tebal, gunting kecil beberapa bahagian dan tampalkan je pada bahagian dalam rumah, jadikan supaya berfungsi seakan pemberat.
Untuk kerusi, tangga, bangku, itik, kura-kura, arnab, kolam, air terjun semua tu dah sedia ada. Yaya ada banyak juga miniatur ni. Buat hiasan dalam pasu kat luar rumah tu. Pokok kaktus tu beli kat kedai eco. Sebelum ni kaktus tu display sekali dengan koleksi Hotwheels. Bila nak buat diorama ni, benda-benda kiut miut ni memang sangat membantu menambah keceriaan.
Dah siap, ambil gambar, hantar video kat cikgu. Sekarang ni, masalah lain timbul, nak simpan mana pulak ler benda alah besar gedabak ni. Huhu.
P/S: Gambar pertama, kenangan rambut bertocang. PKP ni ler rambut panjang sampai boleh ikat. Yaya nak potong depan straight dia tak bagi. hihi
Cantikk
ReplyDeleteKagum betul tengok. Budak-budak sekarang lagi advance dari kita zaman dulu. 🤣
ReplyDeleteKreatif.. Teringat time d'uni buat alat bahan mengajar utk kanak2 oku.. Pembelajaran mcm nie mengasah kreativiti pelajar juga dr mengadap screen saja trus kn..
ReplyDeletewalawehhh
ReplyDeletecantik dan kreatif
kalau Hans yang buat tak tau lah apa jadi
hahahaha
Bijokkk ahhh.. kreatif😍
ReplyDelete