6 Makanan India di Malaysia Yang Patut Dicuba

6 Makanan India di Malaysia Yang Patut Dicuba | Malaysia terdiri dari pelbagai kaum maka tak hairanlah jika makanan India turut berjaya mendapat tempat di hati para penggemar makanan di Malaysia. Makanan india di Malaysia sebenarnya sama popular dengan makanan menu melayu dan cina. Paling terkenal sudah tentu roti canai hingga roti canai ini sudah sangat sinonim sebagai salah satu menu sarapan yang sangat popular.

1. Roti Canai


Flickr @ mila0506


Roti Canai merupakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia dan biasa dinikmati sewaktu sarapan pagi. Pada dasarnya, roti canai adalah sejenis lempeng yang dibuat dengan mencampurkan tepung gandum, minyak, ghee atau mentega, diuli menjadi bola dan kemudiannya ditebarkan sehingga menjadi leper dan bulat.

Doh tersebut kemudiannya digoreng di atas kuali leper yang telah dipanaskan dan dihidangkan bersama dhal dan kari ayam atau ikan, ada juga yang menikmati roti canai bersama gula atau susu pekat.

Terdapat pelbagai jenis variasi roti canai, antaranya adalah mencampurkan telur bagi menjadikan Roti Telur, sardin menjadi Roti Sardin, pisang menjadi Roti Pisang, dan sebagainya.


2. Ayam Tandoori


Flickr @ mat_gebu


Kesemua bahagian ayam atau hanya bahagian yang tertentu sahaja yang diperap dalam adunan yang merah pekat dengan yogurt dan rempah-ratus dan kemudiannya dicucuk dengan batang besi dan kemudiannya diletakkan ke dalam ketuhar yang membakar daripada atas.

Dibiarkan buat sementara dan kemudiannya diangkat, dan hasilnya adalah ayam yang kemerahan yang enak dan menyelerakan. Ayam tandoori sangat sesuai dinikmati dengan sos pudina yang pedas dan roti naan biasa atau tidak beragi.


3. Kambing Kurma


Flickr @ dopiaza


Kambing Kurma atau Kari Kambing adalah hidangan daging kambing yang sedap yang dimasak dalam ramuan yang berempah, seperti ketumbar, biji lada, jintan manis, kunyit, bunga lawang, buah pala, kayu manis dan juga buah pelaga.

Jintan putih merupakan bahan utama dalam menghasilkan hidangan ini, ia memberi warna kuning seperti yang biasa kita lihat. Rasanya pula hasil daripada gabungan rasa pedas yang tidak begitu kuat dengan letupan rasa yang pelbagai.


4. Nasi Briyani


Flickr @ Chia Nien Hong


Hidangan ini sangat popular di seluruh benua kecil India dan sesiapa sahaja yang berasal dari sini. Nasi Briyani dibuat dengan menggunakan rempah, nasi dan juga daging, sama ada daging ayam, lembu dan sebagainya dan sayur-sayuran, ia juga merupakan antara hidangan nasi yang sihat.

Nasi briyani terkenal disebabkan oleh rasa aroma rempah dan juga rasanya yang menyelerakan. Jumlah rempah dan perasa yang diperlukan untuk membuat nasi briyani agak banyak sehingga membuatkan hidangan ini sukar untuk dibuat bagi sesetengah orang.


5. Nasi Daun Pisang


Flickr @ Barney KoKo


Menyajikan nasi diatas daun pisang adalah kedah tradisional untuk menyajikan hidangan nasi dalam masakan India Selatan. Kaedah ini merupakan salh satu tradisi yang masih bertahan sehingga kini.

Nasi daun pisang dihidangkan di atas daun pisang dengan pelbagai jenis sayuran, acar, papadom dan lain-lain lagi. Biasanya hanya kuah sayur yang akan disajikan dengan nasi tetapi kedai kedai sekarang menawarkan pelbagai jenis kari, lauk dan sebagainya.

Kebanyakan tempat makan akan menyediakan sudu dan garpu untuk anda walaupun nasi daun pisang sentiasa dimakan dengan menggunakan tangan secara tradisional bagi meningkatkan deria dan rasa hidangan. Namun tetap menggunakan tangan kanan kerana tangan kiri dianggap kotor.


6. Gulab Jamun


Flickr @ jyoti singh


India mempunyai pelbagai jenis pencuci mulut, dan yang paling dikenali adalah Gulab Jamun. Pencuci mulut yang berasaskan susu yang berasal dari benua kecil India ini sangat terkenal di India, Sri Lanka, Pakistan dan juga Nepal. Maka tidak hairanlah dengan kumpulan dari benua kecil yang menjadi ketiga terbesar di Malaysia, dapat membuat rakyat Malaysia menikmati hidangan ini.

Dibuat dengan memanaskan susu di atas api kecil sehingga sebahagian besarnya menguap, susu yang menjadi pekat kemudiannya diuli menjadi doh dengan sedikit tepung, dan kemudiannya dibentuk menjadi bebola kecil.

Ianya digoreng dalam masa yang singkat dan selepas itu direndam dalam sirap gula yang ringan. Anda boleh dapatkan pencuci mulut ini di kebanyakan restoran yang terdapat hidangan India. Ia sering dinikmati semasa perayaan, ulang tahun ataupun sambutan majlis besar-besaran seperti majlis kahwin atau perayaan festival Hindu Diwali.

Baca juga: 
Apakah Nasib Food Delivery?

Nampak sedap semua ni sampai terus rasa nak makan. Tapi apakan daya dalam tempoh berkurung jadi nak makan semuanya dah tak boleh terus ke mana-mana restoran macam dulu lagi.




Tak apalah, setidaknya kita masih boleh order food secara online dengan pihak Foodpanda Malaysia. Kat website mereka tu ada banyak pilihan. Rambang mata dibuatnya.

Nak makan apa boleh dikatakan pelbagai pilihan ada. Sekarang ni hanya perlu tepuk dada dan tanya selera. Kalau dah susah sangat tak tahu nak pilih, order je tiap satu menu untuk hari ini, esok dan bila-bila. Awas, jangan sampai membazir.



Yaya Azura

Yaya | Blogger Since 2010 | Email : yayaazura82@gmail.com

7 Comments

Terima kasih sudi baca. Komen membina sangat dihargai. Komen yang mengandungi 'link', menggunakan unknown profile tidak akan disiarkan. Harap maklum.

  1. yang nombor 1 tu macam makanan ruji dah kat rumah ni...dah lupa asal usul makanan tu makanan tradisi india

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba lagi yang nombor 6 tu. Nampak macam sedap.

    ReplyDelete
  3. nasi daun pisang dengan roti canai cicah gula pilihan saya

    ReplyDelete
  4. urmm... sedaplah pulak tgk semua nih .... lama tak makan restoran indai

    ReplyDelete
  5. Tak sebut pun capati. Ibu_suri dimasa sihatnya pandai buat capati. Kalau ada keramaian dia memang diminta buatkan.

    Dia belajar dari tok tirinya seorang pakistan...

    ReplyDelete
  6. Terliur kita baca entry ni malam malam

    ReplyDelete
Post a Comment
Previous Post Next Post